Saya pasti mereka yang ingin menguruskan badan tahu tentang Diet Atkin. Diet atkin dikenali diseluruh dunia. Ramai yang mengamalkan diet Atkin mengakui mampu mengurangkan berat badan sehingga 3kg dalam masa seminggu sahaja.
Saya pernah cuba diet atkin tapi cuma bertahan dua hari saja. Saya mengakui diet atkin ni bukan mudah ya. Suami saya juga menemani saya mengamalkan diet Atkin. Tapi keputusannya agak menakjubkan. Berat badannya turun 4kg kurang dari seminggu. Diet ini disertakan dengan rutin bersukan ya.
Disini saya ingin mengupas serba sedikit tentang diet Atkin. Semasa saya sedang mengamalkan diet Atkin. Saya membaca sedikit sebanyak tentang diet ini.
Diet Atkin diperkenalkan oleh Dr. Atkin lebih 30 tahun lalu. Buku yang dihasilkan sangat laris terjual diseluruh dunia. Ia merupakan diet rendah karbohidrat ataupun carbohydrate restriction. Anda dibenarkan mengambil karbohidrat < 20gm sehari. Seperti gambarajah, anda perlu amalkan diet paling banyak bermula dari bawah. Dan sumber makanan paling atas perlu dihadkan. Dalam regime diet ini, anda perlu makan 5 hidangan sehari. Tidak perlu berlapar seperti kebanyakan diet lain.Tapi anda tahu tak hampir semua makanan kita mengandungi karbohidrat.?
Contoh makanan karbohidrat :
-Nasi / oat / Bijiran /mee
- Sumber tepung seperti bun / roti
- Produk tenusu
- Kebanyakan sayuran hijau mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi
- Pisang / buah jeruk
-Pelbagai lagi ( Boleh google untuk tahu lebih banyak sumber karbo)
Malah menurut Dr. Atkin diet akan lebih berkesan jika karbohidrat langsung tidak diambil. Ini termasuk mengelak sebarang pengambilan gula seperti minuman ringan, bergas dan makanan ringan. Kerana sumber ini juga mengandungi gula.
Bagaimana Diet ini bekerja ?
Sumber karbohidrat yang kita ambil akan ditukarkan menjadi gula dalam badan. Cth:
1. Apabila anda makan nasi (karbohidrat)
2. Nasi ditukarkan menjadi gula dalam badan
3. Gula ditukarkan menjadi sumber tenaga
Tapi apabila karbohidrat tidak diambil :
1. Badan kita akan membakar sumber lemak dalam tubuh
2. Sumber lemak ditukarkan menjadi sumber tenaga
2. Proses ini dikenali sebagai ketosis
Menurut Dr. Atkin juga cara ini memprcepatkan metabolisme.
Namun hal ini juga menjadi kontroversi dikalangan pakar diet kerana diet ini menggalakkan pengambilan daging dan sumber protein berlebihan. Ini mencetus diet yang tidak sihat serta merbahaya kepada tubuh. Tanpa sayuran hijau dan sumber bijirin, kolestrol yang tidak baik akan bertambah dan risiko penyakit jantung kepada pengamal diet Atkin.
Sesetengah doktor menemui diet atkin menggalakkan pengambilan protein yang tinggi boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Pengkaji pula mengesahkan diet atkin mampu menentang penyakit diabetis dalam jangka masa pendek.
Menurut sumber yang saya baca.. Dr. Atkin sendiri telah meninggal kerana serangan jantung. Dan pencetus penyakit jantung adalah daripada gaya pemakanan yang tidak sihat.
Dan siapa kata sumber karbohidrat tu semuanya jahat?
Tahukah anda pengambilan oat secara konsisten membantu menurunkan kolestrol yang tidak baik, menyerap air berlebihan dalam tubuh dan menjaga jantung anda.?
Kini, saya dah tak amalkan diet atkin. Untuk mengamalkan diet ini adalah terpulang kepada anda sendiri. Renung-renungkan dan kajilah diet ini sebelum memulakannya. Pilihan ditangan anda sendiri.
Disini saya juga nak share tips kurus dari saya : mudah dan sihat.
1. Jangan sesekali skip makanan anda. Saya pernah baca 1 pepatah menarik dan baik untuk diamalkan :
Breakfast like a king
Lunch like a prince
Dinner like a pauper
Maknanya, makanlah banyak seperti seorang raja pada waktu pagi kerana tenaga anda diperlukan untuk sepanjang hari. Kurangkan makan pada tengahari dan hadkan pada waktu petang.
2. Jika selama ini anda makan nasi 1 mangkuk penuh.. Kurangkan separuh. Ataupun gantikan nasi anda dengan oat. Lebih berkhasiat. Lihat jenis oat. Saya amalkan oat quaker. Oat quaker warna biru boleh dimasak menjadi bubur.5 minit saja dah siap. Campurkan sebarang sayuran ataupun lauk. Kenyang juga.
Pengambilan oat awal pagi membantu mengimbangkan gula dalam badan.
3. Jangan ambil makanan segera dan tinggi gula seperti minuman bergas, minuman pek 3 dalam 1, burger.
4. Jangan makan selepas pukul 5 ptg kerana makanan yang diproses akan ditukarkan menjadi gula dalam badan. Gula yang tidak digunakan menjadi tenaga akan tinggal dalam tubuh dan menjadi sumber lemak dalam tubuh.
5. Amalkan detoks untuk menyingkirkan toksin berlebihan dari tubuh. Membantu pelansingan tubuh.
6. Bersenam! Untuk mempercepatkan anda kurus.
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.