Ketika mengemas semula barang-barang lama, saya mendapati komik-komik lama kesayangan saya sudah berhabuk. Sesetengah komik saya terpaksa letak dalam stor kerana terlalu banyak. Saya hanya menyimpan komik bersiri cinta dan komik lawak didalam bilik. Komik siri cinta memang diminati remaja-remaja perempuan seperti saya dahulu. Saya berminat untuk share kepada anda koleksi-koleksi saya. Ini bukan untuk dijual ya..
Komik ini saya baru beli (tak ingat langsung tahun lalu ataupun tahun ini). Maid maiden saturday & Maid maiden sunday. Komik berwarna ini cukup menarik. Karya ini dihasilkan oleh Kaoru. Pelukis malaysia. Saya cuma sempat beli siri saturday dan sunday sahaja.
Komik inspirasi remaja dari korea. Berwarna. 20 projek inspirasi remaja bervisi &Kasih sahabat selamanya. Kartun dari korea boleh tahan juga.
Komik ini dah lama saya beli. Komik cinta remaja. Semuanya colour hitam dan putih. Aku, Dia dan Pustaka Biru. Miss bhgn dua (Pertama tak sempat beli) & Desir-desir Sakura.
Komik ini penuh dengan pengajaran dan lawak jenaka. Ikhtiar hidup tangani krisis & kembara khazanah china adalah siri dari korea. Kokko & may pula dari m'sia. Kesemuanya berwarna.
Komik sebelah kiri ini sebenarnya adalah kepunyaan suami saya. Saya tak bacanya langsung tapi simpan sebagai koleksi saja. Dua lagi komik ini berasal dari korea. Lawak jenakanya memang cukup comel dan memikat hati.
Bebuih cinta adalah antara komik yang paling saya gemari. Komik ini dilukis oleh pelukis dari china. Dan lukisan dan warnanya cukup unik dan cantik. Ini adalah kisah duyung ya. Sehabis bicara cinta dan kemasyuran putera di balik tabir adalah cerita dari Jepun. Menarik juga dengan warnanya yang hitam dan putih.
Setelah meneliti buku komik habis-habisan. Rupanya saya juga telah menghasilkan komik ciptaan sendiri di usia belasan tahun. Agak kreatif juga pemikiran remaja saya dulu ya. Tapi ia tak habis pun. Saya berhenti melukis untuk menumpukan perhatian terhadap pelajaran. Untuk apa yang telah saya kecapi kini. Rasanya berbaloi. Boleh lihat gambar ini.
Jika anda mempunyai koleksi komik untuk dishare bersama saya. Tinggalkan jejak saja. Saya pasti akan melihat koleksi komik-komik anda.
sekian.
Hello there! Ƭhis article couⅼdn't be written much better!
ReplyDeleteReading through thіs artіcle remindѕ me of my previous roommate!
He constantly kept preaching about this. I'll forward thіs
post to him. Pretty ѕure һe'll have a ᴠery good
read. Thаnk you for sharing!
my гeview here : How To Passwoгd Protect Folder
Thanks for sharing your thoughts on read info.
ReplyDeleteRegards