Wednesday 2 July 2014

Waspada ! Laman Web Si Penipu LaberiaModelHeight.com

Tujuan saya menulis posting ini adalah atas permintaan seorang teman untuk mengingatkan pembaca diluar sana yang berniat untuk membeli produk dari laman web si Penipu LaberiaModelHeight.com


Saya berharap mereka yang sedang research mengenai produk laberia akan menemui laman web ini dan mengelak dari menjadi mangsa seterusnya. Saya juga melihat dia berniaga secara aktif dan laman facebooknya boleh ditemui di SINI. (laman facebook si penipu tidak wujud lagi)


Laberiamodelheight merupakan produk menambah ketinggian. Tidak dapat disahkan kewujudan produk ini. Yang pastinya produk yang telah dipesan ini tidak pernah sampai. Jika anda melihat laman web si penipu ini memang sangat mencurigakan. Testimoni juga mencurigakan. Agak mengejutkan dia sanggup membangunkan laman web dan facebook secara aktif hanya untuk menipu orang lain.

Melalui emel yang saya terima dari sahabat ini, saya melihat dia reply emel secara aktif pada mulanya. Namun selepas pembayaran dibuat. Balasan emel hanya sekali sahaja dan hilang begitu saja. Ini adalah nombor wassap si penipu itu.. saya dedahkan antara emel yang saya telah terima.


Dan saya tunjukkan anda bukti transaksi :


Pembayaran telah dibuat sebanyak Rm370.00. Namun tiada yang diterima. Ini juga sebenarnya adalah pengajaran..Yang agak mahal. Lakukan kajian sebaik mungkin sebelum mendapatkan produk. Dengan bukti transaksi ini..saya juga telah mendedahkan nama si penipu itu ialah WIRAYUT A/L CHAK LIAU. 
Namun saya juga tidak pasti samada si penipu ini menggunakan nama sebenar. Laporan polis telah pun dibuat terhadap si penipu ini namun tiada sebarang berita diterima. Saya berharap hukum karma akan membalas si penipu yang sanggup menipu duit hasil usaha orang lain.

Saya berharap mereka yang membaca artikel ini akan share kepada orang lain agar tidak menjadi mangsa kepada laberiamodelheight.com


2 comments :

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.