Wednesday, 9 July 2014

Apa Yang Anda Perlu Tahu Pasal Migrain Dan Tips Mengatasinya

Adakah anda selalu merasa sakit kepala yang berdenyut dan sakitnya menyucuk? Sakit kepala ini kadangkala disertai dengan mual, muntah,kurang selera, letih, pitam, pucat ataupun pandangan kabur ?

Ketahuilah bahawa anda sedang migrain jika mengalami simptom-simptom ini.

Migrain biasanya berlaku disalah satu bahagian dikepala. Jika anda kerap mengalami migrain dan ingin merawatnya dengan lebih efektif.

Anda perlu tahu punca migrain dahulu:

1. Perubahan hormon - Penghasilan hormon estrogen berlebihan boleh menjadi punca migrain dikalangan wanita.
2. Level serotonin yang rendah - Impuls ini menghantar kawalan mode seperti tidur  dan selera.Ia menyebabkan kesakitan yang amat apabila salur darah mengecut.
3. Kurang khasiat magnesium - Mineral yang penting untuk fungsi saraf.
4. Neuropeptida - Merupakan protein kecil seperti molekul yang boleh mencetus penerima sakit (pain reseptor) untuk menjadi aktif.
5. Keabnormalan semasa sel menghantar ion kalsium. Berlaku semasa penghantaran signal saraf.
6. Inflamasi pada saraf maxillary - Saraf pada bahagian belakang tulang pipi yang mengawal sensasi pada mulut dan hidung.

Ketahui Pencetus migrain 

1.  Perubahan pada tahap emosi seperti stress.
2. Sesetengah makanan ataupun bahan kimia  - Ini termasuklah coklat, alkohol, kekacang, monosodium glutamate (MSG), keju, daging yang diproses seperti hotdog serta makanan atau minuman tinggi kafein.
3. Lapar atau dehidrasi - Terutamanya jika anda skip masa makan ataupun kurang minum air.
4. Perubahan cuaca - Terutamanya ketika cuaca terlalu panas ataupun terlalu sejuk.
5. Perubahan corak tidur.
6. Bunyi yang terlalu kuat 
7. Bau yang terlalu kuat seperti perfume berlebihan dan penyegar udara.
8. Aktitvi fizikal - Contohnya aktiviti seksual, mengangkat barang-barang berat dan sebagainya.
9. Perubahan hormon pada wanita. Boleh disebabkan tempoh haid, kehamilan, ubat perancang, terapi hormon untuk menopouse.

Punca yang saya senaraikan diatas membantu anda untuk mengelak atau mengatasi pencetus migrain ini.

Pengalaman saya 
Dulu saya sering migrain. Hampir setiap minggu mesti mengalami migrain. Kadangkala sakitnya terlalu hebat sehingga saya terpaksa mengambil cuti rehat selama 2 hari. Disebabkan menjadi pengamal tegar tab. paracetamol setiap kali migrain, badan saya telah menjadi kebal terhadap tab. paracetamol. Kesannya sudah tidak terasa lagi.

saya mengambil keputusan untuk makan ubat khas untuk migrain sahaja. Setelah berjumpa doktor, saya dipreskripsikan Tab. caffox. Hanya makan sebiji dua kali sehari. Migrain memang hilang.Tapi side effect ubat ini pula menyerang. Saya merasa pitam dan kaki pula mengalami lenguh yang teramat. Saya juga telah makan bermacam-macam ubat tahan sakit selama migrain. Seperti tab. tramadol, tab.piroxicam dan tab.ibuprofen. Walaupun membantu sedikit untuk kurangkan migrain tetapi semua side effect ubat ini pula menganggu saya. Imuniti badan saya semakin lemah kerana kesan ubat yang masuk berlebihan.

Terdetik juga dihati ini sampai bila harus bergantung pada ubat-ubatan. Walaupun ubat ini membantu sedikit tapi untuk jangkamasa pendek saja.Kesannya tinggal untuk jangkamasa panjang dan memusnahkan sistem dalaman tubuh sedikit demi sedikit.

Jadi berbekalkan sedikit semangat TIDAK pada ubat-ubatan kimia.Saya cuba membantu diri sendiri.

Kawal stress
Siapa kata mudah untuk mengawal stress. Terutamanya jika banyak kerja menanti anda. Stress biasanya dialami mereka yang bekerja. Tapi suri rumah pun boleh stress juga. Terutamanya dengan sikap anak-anak. Walaupun terperangkap dengan suasana kerja yang sibuk.Saya cuba untuk manage masa dan tidak terlalu memaksa diri. Saya bekerja dengan lebih relaks. Saya masih memberi komitmen terhadap kerja tapi masih meletakkkan diri sendiri lebih penting.

Jangan skip masa makan seboleh-bolehnya
Mengapa saya katakan begini ? Kerana saya mengalami hal yang sama. Sukar untuk makan semasa bekerja. Semasa bekerja pada syif pagi, sarapan saya adalah jam6 pagi dan makan tengahari pada sekitar jam 3petang. Dan ketika bekerja pada syif petang. Makan tengahari saya adalah pada jam12.30. Dan makan petang adalah sekitar jam9.30- 10.30 malam.
Memang migrain pada mulanya.Tapi badan saya telah adjust pada timing ini. Tapi saya harap anda tidak jadi seperti saya.

Jangan ambil kafein langsung 
Anda mungkin selalu mendengar kafein tapi tidak pasti sumber kafein. Lakukan sedikit research. Banyak sumber makanan yang mengandungi kafein. Saya elakkan minum kopi, makan coklat serta minum minuman berkarbonat seperti cola dan pepsi.

Percaya atau tidak, Beberapa bulan lalu saya berhenti minum minuman berkarbonat dan minuman tinggi gula seperti pek 3 dalam 1 milo. Kalau nak minum milo pun. Bancuh sendiri tanpa gula untuk kurangkan manis. Kadangkala jika teringin minum minuman manis, saya gantikan dengan air mineral.

Saya menyedari saya tidak mengalami migrain untuk tempoh yang agak lama. Saya juga mengurangkan pengambilan makanan MSG, untuk berhenti 100% memang payah agaknya. Untuk pengetahuan anda MSG adalah sejenis bahan kimia yang memberi isyarat kepada otak dan menafsirkan makanan yang anda makan cukup sedap. MSG terdapat pada kebanyakkan produk maggie, sos tiram, ajinomoto 100% Msg. Makanan segera seperti kfc juga mengandungi MSG. Apapun anda boleh baca label pada makanan jika mengandungi Msg.

Hasil daripada blogwalking, saya temui banyak tips semulajadi dari rakan blogger yang lain. Kini saya tidak lagi bergantung pada ubat tahan sakit.Tapi untuk buat ubat migrain dari tumbuhan semulajadi semasa migrain rasanya tak larat langsung.

Terapi terkini saya jika mengalami sakit kepala ataupun stress adalah merendam kaki dalam air suam. Semasa merendam kaki, saya biasanya tutup mata dan kosongkan fikiran. Memang lebih relaks dan tenang selepas itu. Bernafas secara dalam (Deep Breathing Exercise) membantu penukaran oksigen yang lebih lancar dan efektif dalam badan.Oksigen adalah makanan yang sihat untuk darah kita.Darah akan mengalir ke seluruh badan termasuk otak. Oksigen yang tidak cukup ke otak akan menjadikan anda letih dan penat. Minum minuman 100 plus semasa merendam kaki. Buka tutup botol selama 2-3 jam untuk buang gas minuman. 100 plus dan revive adalah contoh minuman isotonik yang membantu meneutralkan ion-ion yang tidak balance dalam otak. (Baca dari blog lain).

Saya akan mengalami migrain jika berjemur pada cuaca panas terik atau berada dalam aircon yang terlalu sejuk. Saya akan elakkan aktiviti ditengah panas dan lebih suka gunakan kipas angin ataupun angin semulajadi berbanding menggunakan aircon.

Tips mudah untuk migrain : Senyum. Saya selalu menegur suami untuk senyum jika balik dari kerja dengan berkerut dahi. Jangan kerutkan dahi ya. Senyum dan lakukan aktiviti mudah yang membuatkan anda happy.

Saya harap artikel ini dapat membantu mereka yang memerlukan pemahaman mengenai migrain dan cara mengatasinya. Katakan TIDAK pada ubat-ubatan jika anda masih boleh mengatasinya secara semulajadi.

3 comments :

  1. Your mode of explaining the whole thing in this paragraph is genuinely
    fastidious, all be able to simply understand it, Thanks a lot.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih untuk tips ini, akan saya cuba amalkan untuk elakkan makan ubat bagi hilangkan migrain

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk tips ini, akan saya cuba amalkan untuk elakkan makan ubat bagi hilangkan migrain

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.