Friday, 15 November 2013

Kongsi Pengalaman : Bengkak kelenjar a.k.a Lymphadenitis

Bengkak kelenjar ataupun lymphadenitis merupakan bengkak yang timbul di permukaan kulit seperti telur.. Biasanya bengkak ini tidak menyakitkan kecuali jika disentuh. Ia berlaku lebih kerap diketiak, paha dan leher. 

Penyebab Bengkak pada kelenjar ?

Umumnya :

  •  Infeksi viral
  • Infeksi parasit ataupun bakteria 
  • Tindakbalas tubuh terhadap luka

Penyebab yang jarang :

  • Penghidap HIV - Disebabkan sistem kekebalan tubuh menurun
  • Tuberculosis
  • Rheumatoid arthritis
  • Sexual Transmitted Disease


Kelenjar Limfa

Kelenjar ini berfungsi sebagai organ penapis terhadap jangkitan penyakit. Jika kelenjar dianggota tertentu membengkak, ini bermaksud kelenjar berkenaan sedang bertugas menapis jangkitan yang menyerang bahagian itu.

Contohnya : Apabila pembengkakan terjadi disebabkan jangkitan contohnya UTI iaitu jangkitan salur kencing.. bengkak akan timbul pada permukaan paha.Tidak jauh dari tempat jangkitan. Tubuh kita pada waktu ini memberi isyarat jaringan kelenjar limfa dalam tubuh sedang melawan jangkitan.

Menurut pengalaman saya.. Bengkak kelenjar yang saya alami berlaku pada permukaan paha. Pada mulanya saya menyangka ianya adalah absess ataupun bisul.. Maka saya membiarkannya sahaja. Ianya tidak menyakitkan. Hanya ketulan kecil.

Selepas beberapa hari ia hilang dan timbul pula bengkak pada permukaan paha juga tetapi lebih besar, merah, panas dan menyakitkan apabila disentuh. Terlintas juga di fikiran saya jika ianya adalah kanser.

Maka saya membuat keputusan untuk berjumpa doktor diklinik dan doktor telah menjelaskan ianya adalah bengkak kelenjar. Saya diberi ubat antibiotik ofloxacin 400mg kerana dikhuatiri mengalami jangkitan salur kencing.

Namun saya meminta antibiotik ditukarkan kerana tidak boleh mengambil antibiotik jenis ini kerana masih menyusukan anak. Saya diberi Tab ceftriaxone 250mg. saya tidak mengalami sebarang demam, tidak sakit apabila kencing atau gatal pada kemaluan. Disebabkan saya bekerja sebagai ahli perubatan juga, saya melakukan ujian UFEME dan tidak terdapat sebarang jangkitan bakteria pada salur kencing.

Saya mengambil antibiotik ini selama seminggu namun tiada perubahan dialami. Dan saya mengalami bengkak lain pada celah ketiak, tangan dan tepi wajah. Saya merujuk kepada doktor dan doktor telah memperskripsikan antibiotik baru iaitu Tab. Augumentin 625mg untuk seminggu...

Selain antibiotik, satu alternatif yang saya cuba adalah dengan mengamalkan sebarang jenis minuman kaya antioksida...

Kulit manggis dikatakan mampu menyembuhkan bengkak kelenjar ini namun disebabkan kesukaran untuk mendapatkannya..., Saya hanya mengamalkan minum buah delima sekerap mungkin...
Beberapa hari kemudian saya mendapati bengkak kelenjar itu telah sembuh sepenuhnya.

Ketika menghidap sakit bengkak kelenjar.. saya melakukan banyak kajian mengenainya.. Waspada juga bengkak ini mungkin adalah lymphoma... kanser kelenjar...

Pendapat saya mengenai biopsi untuk bengkak kelenjar.

Jika anda adalah salah seorang penghidap bengkak kelenjar.. anda mungkin akan dicadangkan untuk melakukan biopsi.  

Biopsi merupakan penyiasatan yang dilakukan dengan mengambil sel tisu daripada ketulan untuk kajian bagi mengenalpasti jika ianya adalah sel kanser. Namun, menurut pengalaman beberapa orang yang saya telah baca.. biopsi ini menjadikan ketulan ini menjadi kanser dan menyebabkan keadaan pesakit bertambah parah.

~ Semoga bermanfaat ^_^

1 comment :

  1. Assalamualaikum, sy mempunyai mslh sama seperti anda tp hanya terkena jangkitan kalenjar dkt pangkal peha.. buah delima tu nk yg buah asli atau jus buah delima ek?.. hrp dibalas terima kasih

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.