Thursday 13 December 2012

Tips beli permainan selamat untuk bayi dan kanak-kanak



Walaupun hal ini Nampak mudah, namun kita sebagai ibubapa tidak patut memandang ringan akan hal ini. Sedikit kecuaian boleh merisikokan kesihatan dan nyawa anak anda.

Ketika bayi mula mengenggam itulah saat yang sangat excited buat kita. Banyak permainan yang hendak dibeli untuknya.

Bayi belum mengerti erti bahaya.  Dan kitalah yang menentukan yang terbaik buat mereka. Bayi yang mula belajar memegang cenderung memasukkan benda-benda ke dalam mulut.

Pastikan barang mainan untuk bayi anda tidak keras, tidak diperbuat daripada besi. Permainan yang terdiri daripada struktur yang keras berisiko menganggu pertumbuhan gigi si manja anda.

 Alat mainan itu haruslah tidak mempunyai bucu tajam dan lebih besar daripada mulut. bayi dikhuatiri menelan mainan tersebut.

Contohnya bola dan permainan yang diperbuat daripada plastik lebih selamat untuk si manja.

Jangan beri anak anda permainan replika haiwan yang berbahaya seperti ular dan buaya kerana anak anda dikhuatiri tidak takut haiwan yang sebenar dan cuba memegangnya. Anda telah meletakkan anak anda dalam keadaan yang tinggi risiko.

Kebanyakan barang mainan mempunyai simbol keselamatan untuk anak. Pastikan anda telah membaca instruction pada mainan si kecil

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.