Tuesday 3 July 2012

Bagaimana Nak Beri Susu Botol Pada Bayi Yang Menyusu Badan

Sesetengah bayi yang menyusu badan biasanya tak berapa suka nak hisap susu botol. Ini menunjukkan bayi anda dah tahu membezakan puting susu botol dan puting susu ibunya. Kalau nak campur bagi bayi susu botol dan susu badan, memang sukar. Cara ini mungkin cuma bertahan sekejap saja. Kemudian secara perlahan-lahan bayi enggan menyusu susu botol.

Apabila bayi semakin membesar, keperluan susunya juga semakin bertambah. Tapi bayi enggan menyusu botol. Ni buat si ibu pening kepala nak memperbanyakkan air susu. Ini juga menyukarkan si ibu terutama jika ibu seorang wanita berkerjaya.

Boleh cuba tukar puting yang lebih lembut untuk bayi. Pengalaman saya cuba tukar puting beberapa kali ni tak berkesan sangat sebab bayi dah kenal puting ibunya.

Untuk ibu berkerjaya, anda sememangnya tidak mempunyai pilihan lain selain membiasakan bayi menyusu botol. Susu badan boleh diperah dan diberi melalui botol jika anda berhasrat meneruskan penyusuan susu ibu sehingga 6 bulan.

Cara ini agak drastik buat bayi namun dilakukan oleh ibu-ibu dalam keadaan TERPAKSA. Iaitu, jangan beri bayi anda susu badan. Jika anda memberi susu botol terus pada bayi, biasanya bayi anda akan menolak. Tunggu sehingga bayi anda menangis kerana lapar. Cuba beri susu botol. Jika bayi anda masih menolak, Tunggu lama sedikit. Bayi akan menerima susu botol dalam keadaan terdesak dan lapar. Setelah melakukan cara ini beberapa kali, anak anda akan menerima susu botol. Namun anda kenalah bersedia jika bayi tak nak menyusu badan lagi.

Buat masa ini, Saya seorang suri rumah sepenuh masa dan cara yang saya gunakan tidaklah terlalu drastik. Pada mulanya saya amalkan penyusuan badan saja pada bayi. Tapi lama kelamaan jumlah air susu drop dan tak cukup untuk bayi yang sedang membesar. Memang banyak cara memperbanyakkan air susu. Tapi, rasa susah juga sebab kena sentiasa amalkan. Kesian pula kat bayi menangis tak cukup susu. Nak beli susu tepung pada mulanya, tapi rugi juga kalau bayi tak nak.

Saya cuma pujuk bayi perlahan-lahan dengan beri air putih melalui botol. Secara perlahan-lahan bayi saya menerima air putih dari botol dan barulah saya beri bayi menyusu susu tepung. Cara ini lebih mudah jika anak anda dah berusia 6 bulan dan telah memulakan makanan tambahan. Biasanya saya bekalkan botol susu jika membawa anak keluar, memberi penyusuan badan dan susu botol pada hari siang dan susu badan sepenuhnya pada waktu malam.

~ Semoga membantu

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.