Thursday, 21 June 2012

Penyakit Tidur (Sleeping Beauty Syndrome)

Kleine-Levin Syndrome ( KLS ) juga dikenali sebagai Sleeping Beauty Syndrome.Ia merupakan satu gangguan neurologi yang jarang disifatkan sebagai episod yang berulang iaitu berlebihan tidur dan makan. Pada mulanya, si penghidap akan merasa sangat mengantuk samada siang ataupun malam (hypersomnolence).

Mereka hanya terjaga untuk makan atau pergi ke bilik air. Apabila terjaga, tingkah laku pesakit juga akan berubah sepenuhnya seperti sering khayal atau bersifat keanak-anakan. Mereka juga mengalami kekeliruan, rasa letih dan pendiam atau kurang emosi.

Kebanyakkan keadaan pesakit yang dilaporkan menunjukkan mereka tidak fokus.  Mereka menjadi sangat sensitif terhadap bunyi bising dan cahaya. Dalam beberapa kes, mereka menunjukkan keinginan terhadap makanan yang tinggi.

Penyebab terhadap sindrom ini belum dapat dikenalpasti. Pendidikan dan sokongan ahli keluarga adalah amat diperlukan buat pesakit.

Seorang remaja dari britain yang berusia 15 tahun dilaporkan terlepas peperiksaan sekolah menengahnya kerana tertidur selama 2 bulan. Stacey Comerford dijangka mendapat semua A dalam subjeknya. Dia tertidur pada bulan april dan terjaga pada bulan june.


Waktu tidurnya kali ini dikatakan tidur yang paling lama pernah dihadapinya. Dia hanya bangun untuk ke tandas dalam keadaan tidur. Ibunya akan memberi Stacey makan sewaktu tempoh ini. Dia bagaimanapun dilaporkan tidak mampu mengingati apa-apa selepas terjaga.

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.