Friday 18 May 2012

Kongsi Pengalaman : Tips Menangani Bayi Demam Waktu Malam

Yup!! artikel saya kali ini adalah tips bagaimana saya menangani bayi demam terutamanya pada waktu malam. Biasanya waktu siang kita lebih senang menguruskan bayi kerana boleh bawa bayi ke luar rumah untuk pengudaraan yang baik... terutamanya bila bayi dah naik manja sangat. Bawa bayi anda diluar rumah. Biar bayi anda melihat sekeliling.

Bagaimana pula waktu malam bila si kecil dah naik manja sangat. Amat susah hendak menghiburkan hatinya... Bayi biasanya meraung sebab tak selesa kerana demam. Kenalpasti sebab bayi anda demam. Adakah kerana jangkitan selesma atau sedang melalui proses tumbuh gigi. Kebanyakan pakar bersetuju bahawa proses tumbuh gigi tidak menyebabkan demam, tetapi kebanyakan ibu mengadu bayi mereka mengalami demam semasa proses ini.

Persediaan saya untuk menangani demam anak waktu malam ialah termometer untuk mengesan suhu bayi, cool fever packet,kain basah dan ubat sumbat untuk bayi.. Ubat sumbat bayi iaitu supp paracetamol boleh didapati dimana-mana farmasi ataupun klinik.. Saya cadangkan anda beli dari farmasi kerana harganya memang jauh lebih murah.. Dapatkan nasihat pharmacist cara penggunaan supp pcm... Saya lebih suka menggunakan ubat sumbat punggung untuk bayi kerana tidak mengganggu tidur bayi.. Supp paracetamol bergantung kepada usia anak anda dan beratnya.. Iaitu supp pcm 125mg dan 250mg.. 

Bila Perlu Sumbat Supp Pcm Pada Punggung Bayi?

Supp Pcm berkesan selama 8 jam untuk bayi... Periksa suhu bayi anda selepas 8 jam ubat dimasukkan.. Jika  suhu bayi anda masih tinggi, boleh sumbat ubat dipunggung anak anda untuk kali kedua...

Ubat Sirap Pcm

Jika anda hanya mempunyai sirap paracetamol di rumah, beri bayi anda minum sirap pcm setiap 4 jam.. Jangan beri supp pcm ataupun sirap pcm serentak...Pilih satu shj... Bayi anda dikhuatiri overdose...

Pastikan anda memeriksa suhu bayi anda setiap kali ingin memberi ubat..
Terpulanglah pada anda samada ingin memilih termometer digital ataupun manual..

Objektif kita adalah memastikan suhu bayi di bawah 37'celcius. Iaitu, 36 hingga 36.5'celcius..... Jangan pula terlalu rendah. Suhu 37'celcius masih normal tetapi cuba sentuh bayi anda. pasti anda masih terasa badannya sedikit panas. Objektif ini bertujuan mengelak bayi kita terkena febrile fit. Iaitu sawan akibat demam terlalu tinggi. Ini boleh mengakibatkan kematian pada sel-sel otak baby.

Bahagian yang paling penting semasa demam pada bayi ialah kepala kerana bahagian ini yang mengawal suhu badan. Saya letakkan kain basah pada dahi bayi...kain ini jangan gunakan air yang terlalu sejuk, elak bayi anda terkejut. Gunakan air biasa shj.. Lapkan badan bayi anda untuk menurunkan suhu. Jangan lupa bahagian belakang bayi anda sebab bahagian ini lebih panas berbanding bahagian tubuh lain disebabkan terperap... Jika anda tidak mahu mengejutkan bayi anda, lekatkan cool fever di bahagian ini. Tak payah lah nak pusingkan badan anak berulang kali untuk mengelap badannya.

Elak balut bayi anda dengan kain tebal. Saya pernah mencuba cara ini disebabkan saranan seorang teman. Memanglah bayi saya berpeluh dan badannya telah kurang panas. Tetapi suhu badannya masih tak berubah. Tak efektiflah buat saya.!

Tak perlulah anda berjaga sepanjang malam kerana risaukan demam anak. Baby akan bangun beberapa kali setiap malam untuk menyusu. Masa ni lah korang kena cek suhu dan lakukan tepid sponging (lap badan bayi) jika suhu bayi naik semula... peluh anak anda akan keluar dengan sendirinya dalam tempoh yang singkat.

Bagaimana dengan pakaian anak anda? Jika cuaca sejuk, bagilah bayi anda pakai pakaian yang nipis dan mempunyai pengudaraan yang baik. Saya cuma bagi bayi gunakan seluar pendek yang menutupi pusat sahaja. Ini kerana faktor cuaca yang agak panas, bagi bayi berpeluh dengan selesa dan lap badan bayi anda dengan tuala kering.

Beri bayi anda minum air suam secukupnya sebab bayi mengalami dehidrasi yang tinggi akibat berpeluh. Saya seorang ibu yang melakukan breastfeeding tetapi semasa proses demam ini saya tidak bergantung kepada susu ibu semata-mata. Walaupun susu ibu mengandungi peratusan air yang tinggi tetapi ianya masih berbeza dengan air putih biasa... Air putih membantu mengurangkan panas dalam badan terutamanya jika diberi berulang kali kerana menggalakkkan bayi kencing lebih kerap.

Elakkan dari memasang kipas ataupun menggunakan air-con.. Panas bayi anda dikhuatiri terperap dalam badan kerana tidak berpeluh.

Kadangkala demam bayi pasang surut dan mengambil tempoh beberapa hari untuk sembuh. Baby saya mengalami pasang surut demam selama 4 hari juga. Memang tak cukup rehat juga dibuatnya...
Dalam tempoh ni kenalah banyak bersabar dan paling penting berusaha maintain suhu baby di bawah 37'celcius...!

~ Semoga membantu ^_^

4 comments :

  1. Assalamualaikum..
    Thanks atas perkongsian ini..
    Supp pcm juga menjadi pilihan saya..nmpk jauh lebih berkesan dr yang kena telan..

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.