Tuesday, 12 January 2016

Cabaran Breastfeeding Selama Empat Tahun !

Menyusukan bayi adalah impian setiap ibu. Maklumlah susu ibu mengandungi semua nutrisi dan antibodi yang diperlukan oleh si kecil. Sekurang-kurangnya kenalah capai 2 tahun. Tapi, tak semua ibu berjaya mencapai matlamat ini.

Rancangan awal saya juga sama iaitu menyusukan bayi untuk tempoh dua tahun. Paling maksimum tiga tahun. He he.. tapi nampaknya dah terlajak setahun lagi. Walaupun anak saya dah mula bersekolah, dia masih ingin menyusu sekurang-kurangnya untuk tidur.

Rata-rata yang tahu saya masih breastfeeding pasti terkejut. Biasalah..human. Ada respon positif, ada respon negatif. 

Bila tahu saya tak makan perancang atau guna alat merancang, orang kata saya ni tak hamil-hamil lagi sebab masih breasfeeding. Ngeee...dah buat kesimpulanlah pula. Saya tak nak lah komen apa-apa sebab saya ni pun sedang merancang cara semulajadi. Bukanlah tak mau rezeki anak. Tapi saya berkahwin pada usia yang agak muda juga, diusia 23 tahun. Tak sempat enjoy-enjoy. Ho ho..
Saya bersalin pada usia 24 tahun. Kemudian barulah dapat kerja kerajaan pada usia 25 tahun.. ha ha..

Dah masuk kerja pun lewat, mestilah kena stabilkan kewangan dulu. Nak buat simpanan anak dan tambah sumber pendapatan. Nasib baiklah my kid menyusu badan saja. Memang membantu meringankan beban kewangan bab susu tepung..

Newborn

Walaupun menyusukan anak ni cukup banyak benefit untuk para ibu, namun masih ada banyak cabaran besar untuk ibu-ibu juga...

# Throwback

Bila dikenang masa mula-mula mengandung, I memang dah nekad untuk menyusukan bayi secara eksklusif. Iaitu tanpa air dan selama 6 bulan.

Air susu tak keluar 

Masa bersalin, saya langsung tak ada persediaan, botol susu yang dibeli tak bawa. Susu tepung tak prepare. Masa tu, saya expect air susu akan keluar sebaik sahaja bersalin. Fuh ! Memang stress sangat. Barulah saya kelam kabut minta husband beli susu tepung, botol susu...kemudian menyusukan anak dengan susu botol secara sembunyi-sembunyi. hi hi.

Bila anak menyusu susu tepung, saya beri minum air suam juga. Susu tepung ni kandungannya berat sikit, kena 'burp' kan anak sebelum baringkannya. Kalau tak, boleh jadi punca tersedak susu. Jangan pandang ringan hal ni. Walaupun I breasfeed, saya mesti tunggu baby sendawa dulu, kemudian baru tidurkannya.

Pada masa yang sama, I put my best effort untuk tuamkan tuala panas ke payudara untuk bantu mempercepatkan air susu keluar. Cukup tiga hari barulah air susu keluar, selepas saya discaj dari hospital. Beberapa hari puting payudara jadi luka. Bila baby menyusu memang sakit sangat. My mother in law bagitau kenalah bersihkan nipple betul-betul, kalau tidak memang akan jadi macam tu. Okay, I manalah tau. I ni kan first mum.. ho ho..

Biasanya bayi yang lahir akan hidapi kuning. Tapi , itupun bergantung juga. Nasib baiklah kuning anak saya hanya sedikit sahaja. Tak tinggi pun. Saya hanya follow up rutin berklinik seperti biasa saja. Tempoh ni, memang saya beri anak lebih kerap minum air. Kuning anak memang akan lebih cepat turun jika kerap buang air kecil. Pengalaman orang tua-tua. Tak pernah saya abaikan ajaran mereka. ^_^

Walaupun anak dah mula menyusu beberapa hari, Si kecil ni kerap nangis juga. Bila rujuk dengan my mom and grandma, rupa-rupanya dia tak puas menyusu. Kecian sangat. Masa tu, saya baru saja mula happy, suka-suka berat badan dah turun 12kg. Drastik tak ? haha.. kemudian mula lagi kerajinan untuk makan pelbagai jenis sup ( terutama sup betik + ayam) , minum air suam dengan banyak, makan nasi dan lauk-pauk rebus. Bila menyusukan anak overnight, saya mesti akan bangun menggigil tengah malam untuk cari kudap-kudapan kerana kelaparan. Ho ho.. berat memang naik perlahan-lahan.

Berpantang 

Bab pantang makan, I rasa paling seksa. Maklumlah saya ni suka sangat makan lada. Tapi, orang kata nanti baby beruam pula. Memang tak boleh makan yang bukan-bukan contohnya makan ringan, bergas dan sejuk. Semuanya harus suam dan direbus. Sebaik-baiknya NO goreng-goreng !

Disebabkan husband kerja jauh masa tu, around 300km dari saya. Hanya jumpa once or twice a week, I memang jadi super independent mom.

Saya rasa bersyukur juga dapat kerja lepas anak dah berusia lebih setahun. Dapat jugalah meringankan beban kewangan suami. Masa tu, anak pun dah mula makan bubur.

Satu lagi usaha yang saya lakukan adalah usaha menyusukan baby dengan botol susu. Saya pasti ibu-ibu lain yang bekerja juga pasti akan alami masalah yang sama. Fuh ! Usaha saya memang tak menjadi. Memang negatif lah hasilnya.

Saya dah cuba pelbagai alternatif untuk hentikan anak dari menyusu. Sapu buah pahit pada payudara, limau dan pelbagai lagi. Tapi, satu pun tak menjadi. Anak saya nekad juga ingin menyusu. Saya pernah beri anak minum susu dugro. Boleh baca lebih lanjut disini.

Memang si kecil sukakannya. Tapi, lepas dah kenyang susu dugro, dia masih juga ingin breastfeed. Berat badannya pula naik dengan drastik. Anak saya ni memang jenis gebu sikit. Tak maulah dia jadi obes pula.

Sakit / Selsema

Kalau si ibu sakit pula seperti selsema, memang susah. My mom kata baby akan terhisap pula flu kita tu. Hmmm... saya fikir takkanlah sampai macam tu. Takkan nak biarkan anak menangis. Tapi, bila tengok najis baby berlendir. Saya pun takut nak beri bayi menyusu.

Kalau saya sakit pun, tak berani makan apa-apa ubat. Takut beri kesan pada anak. Nak ambil ubat atau antibiotik pun, kena inform doktor yang anak breastfeed. Bukan semua ubat selamat untuk si kecil.

Kata akhir ?

Hmmm... saya masih tak tahu bila akan berhenti menyusukan anak..hanya menunggu masa yang menentukan. Ho ho... Buat ibu-ibu yang masih menyusukan bayi di luar sana. Apatah lagi yang mencapai tahap seperti saya, saya ucapkan selamat sukses dalam breastfeed. 















No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.