Saturday, 23 January 2016

Cuti Ranau Sabah : Percutian Keluarga Dengan Budget Bawah Rm1k ! (Day 1)

Hai~ I tengok banyak laaa entri yang di tulis cuti-cuti di ranau sabah. Jadi saya pun rasa seronok nak tulis sebagai anak jati sabah sendiri. Orang kata buat apa nak pergi jauh. Tempat sendiri pun banyak tempat best!

Rasa macam tak percaya saja bila pihak atasan bagi cuti...ha ha... sebab cuti ni macam khazanah. Susah nak dapat. Tu pun minta beberapa bulan lebih awal. Cuti rehat 6 hari pun I rasa sangat heaven.

Yang kurang bestnya, cuti di awal tahun ni semua orang sibuk bekerja termasuklah my husband. Jadi saya hanya duduk diam di rumah... I hanya kacau my husband dengan whatsapp :

'boring !'

'boring !!'

'boring !!!'

'Okaylah...kita jalan-jalan'...ujar my husband.... Weeee.. barulah berbunga hati..hihi...Disebabkan plan untuk pergi bercuti agak drastik, saya pilih area ranau sahaja..Dekat dan sesuai dengan budget..Bercuti ramai-ramai ni lagi happening... I ajak my family sekali... team ni ada 7 orang...

Selepas kejadian gegaran gempa bumi 2015, inilah kali pertama saya jejak kaki semula ke ranau. Paling last, saya datang pada tahun 2012...

Perjalanan ni saya tak rancang banyak pun. Hanya my bro yang sedikit teruja cari tempat penginapan yang budget dan unik. Mula-mula tempah di cottage hotel,   then cancel. Booked lagi di rosewood homestay, batal...kemudian walk in sajalah jadinya...

Malam sebelum bertolak, all my family member dah siap packing... Cara nak ingat barang nak dibawa mudah saja. 

# Top To Toe

Contohnya, bermula dari kepala kena ada sikat rambut, syampu dan topi. My husband pun sibuk juga nak bawa hair dryer. My hair dryer khas untuk projek diy dah jadi warisan En.husband.


Perjalanan dari bandar kota kinabalu adalah sekitar 2 jam ke  kundasang. Dari daerah saya adalah sekitar 3 jam. Kami bertolak awal juga iaitu jam 5 pagi. Pergi pun hari sabtu. Ahad sepatutnya kena balik. Memang kena awal jika nak pergi banyak tempat.




Ada banyak aktiviti dan tempat melawat di ranau. Antaranya :

  • Tagal ( Sungai Moroli Fish massage) - Ranau
  • Poring hot spring & nature reserve - Ranau
  • Ladang teh  -Ranau
  • Ladang lembu - Kundasang ranau 
  • Ladang strawberry - Kundasang ranau
  • Kundasang war memorial and garden -Kundasang ranau
  • Kinabalu national park botanic garden
  • Kokob Rafflesia conservation garden - Ranau

Tempat yang sempat kami kunjung hanya kolam ikan tagal, tempat mandi poring dan dairy farm. Maklumlah berada di ranau pun 2 hari 1 malam sahaja. Tak mampu pula pergi ke semua tempat.. 

Perjalanan ke ranau memang berbukit bukau. Sebaik-baiknya gunalah kereta yang mempunyai enjin 2.0 kalau nak perjalanan lebih lancar dan laju. Macam family saya hanya guna alza, perjalanan pun slow saja, berat. Kalau rasa diri jenis yang cepat mabuk perjalanan, bawalah minyak angin/ sapu.

Sepanjang perjalanan kerja I snap pic sahaja. Hmmm sebak hati tengok 'luka-luka' di gunung kinabalu. Kalau dulu nampak kelabu biru kehijauan. Kini nampak banyak tanah yang terhakis.


Memori sedih ini terpahat di pekan kundasang dalam bentuk seni. Sangat cantik ! Kami sampai di pekan kundasang ranau pada jam 8pagi. Breakfast memang on time...! Kemudian barulah cari tempat untuk menginap. Mula-mula my bro kata nak walk in ke kiram village. Rating harga macam ni. 

Fuh! Perjalanan ke sana memang jauh gila. Bukit pun curam. View memang cantik sangat sebab berada dekat gunung kinabalu. Jelas kelihatan. Kalau nak stay sini kena bawa baju tebal. Sebelum perjalanan ke kiram, anda akan lalu jambatan. Batu-batu ni asalnya ais yang jatuh dari gunung kinabalu. Ia kemudiannya mengeras jadi batu. Cerita ni menurut kawan my bro lah yang bekerja sebagai ahli kaji bumi.


Pastu my bro kata tak jadi pula. Then mencari pula tempat menginap lain. Lepas penat mencari, akhirnya menginap di tempat yang sama tahun 2012. Bezanya dulu hotel ini dikenali sebagai seri kinabalu resort. Kini dikenali sebagai Jabez resort.


My bro request bilik khas untuk family. Pakej Rm220. Dengan 2 katil queen, bilik mandi, cerek dan water heater, I rasa dah memadai. Kami hanya add Rm30 untuk 1 tilam single. Nak kata selesa, memang cukup selesa. I prefer suasana hotel daripada homestay. Tapi jika anda ingin lebih budget sebab nak stay lebih lama. Homestay pun okayy juga.

Standard untuk check in adalah jam 2petang. Jadi kami pun bertolak ke tagal di ranau. Bagi anda yang belum pernah dengar mengenai tagal. Tagal adalah kolam semulajadi ikan, khas untuk massage kaki macam tu. Ikan ni bantu menanggalkan sel kulit mati. Kalau nak mandi bersama ikan pun boleh juga. Cuma harganya mahal sedikit iaitu Rm10 per individu. Untuk pengunjung dewasa, harga adalah Rm5 setiap seorang. Nak bawa kamera pun ada add on Rm3 juga. Fuh!


Tiket yang diberi 6 sahaja. Means untuk anak saya yang berusia 4 tahun tu percuma. Bila saya tengok gelagat anak saya ni, haaa memang tak hairanlah percuma! Seronok ada, ngeri pun ada... ada juga ikan yang kejar and gigit saya beberapa kali.


Hari pertama ke tagal and poring sahaja. Kena beli tiket sebelum masuk. Masa my husband pergi beli tiket, encik ni tanya pula 'local or foreigner'.. Apalagi, memang jadi emo lah my husband. 'Of coz lah orang sabah'...'Ooo sorry sorry ingatkan turun dari bas tadi. ujar  En. Tiket. Laaa... yang berderet turun warga korean... Kalau I mesti orait saja...haha...



Ada banyak tempat mandi di poring. Saya tak mandi. Hanya snap pic saja. Kalau nak berendam air panas, boleh mandi bawah pondok hijau ini. Ada 4 tempat mandi bawah pondok ni. Suhu air ni boleh adjust. Sebab ada dua pili air. Satu sejuk, satu panas !

Kalau nak lagi dalam dan berenang, bolehlah mandi di open area. Bezanya air disini memang amat sejuk. My husband kata 'hampir lemas..hampir lemas'.. I pun hairan. Dah tulis besar di situ 6 kaki a.k.a 2 meter , masih juga nak try walau ketinggian hanya 5'5..

I pun kata 'Nasib baiklah ko tau berenang style katak.'  Dalam hati sajalah. Tapi tak berani luahkan pun. Nanti si dia kecil hati pula..ho ho

Malam my family spend time untuk dinner di kfc saja. Masa ni saya rasa dah penat sangat. Makan lil wrap cheese + milo saja. Nak bagi anak makan pun tak larat. Nasib baiklah my husband bagi anak makan. I hanya tengok saja perangai mereka. Anak saya ni selalu buat hal bila sampai bab makan. Jadi kesabaran yang tinggi amat diperlukan.


Hotel tempat family saya menginap ni memang sunyi gila. Tak ada orang lain pun selain kami. Mungkin sebab terlalu banyak penginapan di kundasang. Kemudian tempat resort ni memang terpencil sikit. Tapi jika anda inginkan suasana yang sunyi dan tenang. Tempat ni memang sesuai.

My bro pula mulut celupar. Dengan yakinnya beliau bertanya 'kenapa tak ada penghuni lain..? pekerja mana..? Kenapa sunyi sangat ?

Nasib baiklah taukeh ni dengan baik hati menjawab semua soalan dengan tenang. Tempat parking memang luas disini. View gunung kinabalu pun nampak cantik. Sesuai sangat untuk ambil foto berlatar belakangkan kinabalu mountain. Tapi, kena bangun awallah. Sebab gunung kinabalu akan dilitupi awan sekitar jam9 pagi.. Overall I puas hati. I sempat ambil beberapa gambar dalam resort ni. I harap resort ni akan lebih popular dan berkembang. Khabarnya, restoran seafood bakal dibina. :)


Suasana dalam hotel yang cukup simple tapi selesa...

Hari pertama memang cukup memenatkan.. ^_^ Hihi. Disebabkan entri ini dah jadi agak panjang, penulis dah tulis hari berikutnya di next entri..

Baca selanjutnya Cuti Ranau Sabah : Percutian Dengan Budget Bawah Rm1k (Day 2)

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.