Ashadee adalah platform terbaik setakat ini untuk pengiklan atau affiliater. Ia setaraf dengan platform antarabangsa, memang cukup membanggakan.
Mulanya saya pun macam tak percaya juga. Tahu info ini pun sebab updated dari blogger lain. Rasa macam 'mimpi' pula.. Ho ho.. Bila ke laman web ashadee, memang betul ashadee bakal shutdown.
Ia adalah notis dari Ceo Ashadee, Gobala Krishnan. Ashadee bakal ditutup kerana perniagaan ini tidak memberi kepuasan ataupun cabaran seperti yang mereka harapkan. Agak mengejutkan juga kerana tiada tanda-tanda kegagalan ashadee yang saya lihat. Pembayaran sentiasa dilakukan mengikut masa yang telah ditetapkan. Mungkin ada sebab dalaman juga yang kita tidak ketahui.
Bagi yang mengaut keuntungan 'kaw-kaw' dari ashadee selama ini pasti amat kecewa. Apapun ashadee telah membantu ramai affiliater menjana pendapatan yang menguntungkan secara online, iaitu hampir 30 000 pengguna telah menjana lebih Rm120 000 ganjaran melalui platform ashadee. Yang baiknya, notis dah pun dikeluarkan. Ia bukannya tutup macam tu saja. Jadi semua affiliater bolehlah buat persediaan emosi dan cari pengganti bakal ketiadaan ashadee. Penutupan Ashadee dilakukan secara berperingkat. Iaitu :
28 disember 2015 - Ashadee tidak akan menerima sebarang pengiklan untuk ebook dan pendaftaran pengguna baru. Punahlah harapan bagi mereka yang baru sahaja jadi affiliater.
15 Jan 2016 - Semua kempen daripada pengiklan akan dihentikan. Dalam erti kata lain, semua link yang anda promosi tidak akan aktif lagi. Maka bermula dari tarikh ini, bolehlah kemaskini entri yang mengandungi link promosi ashadee.
20 mac 2016 - Semua akaun tidak akan aktif lagi. Ashadee.com secara rasminya telah ditutup.
Nak kata saya sedih, tak juga. Sebab income online saya tak datang sepenuhnya dari affiliate. Nasib baiklah saya sempat juga menjana sedikit keuntungan walaupun berjaya menjual beberapa ebook sahaja. Ho ho...
Bagi mereka yang masih ada baki duit dalam akaun ashadee, anda hanya perlu set amaun keluaran ashadee serendah yang mungkin. Bolehlah tebus secepat mungkin duit keuntungan anda. Selepas 20 mac tahun hadapan, sebarang permintaan tidak akan dilayan lagi.
Saya masih ada baki beberapa ringgit yang treshold di akaun ashadee. Tapi, tak mengapa. Anggaplah ia bukan rezeki saya. Ianya terlalu sedikit untuk saya tebus.
Bagi mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia affiliate, janganlah kecewa ya ^_^... Masih ada terlalu banyak program affiliate lain samada di malaysia sahaja atau secara global.
~ Semoga bermanfaat !
Sayangnye Ashadee ditutup. Tapi masih ada rezeki di mana-mana.
ReplyDeleteBetul tu.. ^_^.. Lepas ni kenalah cari alternatif ashadee..
Delete