Saturday 3 October 2015

Langkah Demi Langkah : Tutorial Kasut Bayi Felt

Kasut bayi adalah antara aksesori comel bayi yang kita boleh jahit sendiri di rumah. Buat ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata, ia pastinya aktiviti menyeronokkan yang boleh dilakukan bersama.

Ada banyak kasut bayi yang cukup menarik direka dan dijahit sendiri oleh pelbagai individu di seluruh dunia. Oleh itu, saya juga ingin berkongsi dengan anda langkah demi langkah menjahit kasut bayi berasaskan kain felt.


Menentukan material & warna :

Felt adalah material utama yang saya gunakan untuk kasut bayi ini. Manakala untuk tapak kasut saya gunakan pvc sheet. Namun begitu, anda boleh gantikan pvc sheet ini dengan kain felt juga.

Warna terpulang pada pilihan anda sendiri ^_^.. Saya pilih warna merah dan putih krim untuk kasut bayi ini..

Pattern

Pattern yang saya gunakan ini adalah sharing daripada blogger lain.. oleh itu ia juga percuma untuk anda. Pattern ini dikongsi dalam format JPEG.

Saya telah memperbesarkannya / melukis semula khas untuk kegunaan anda. Namun ketika saya menukar fail ini kepada PDF, ia jadi kecil sedikit. Tapi masih muat untuk bayi 0-4 bulan.. pattern yang anda akan print adalah di bahagian kanan.

Link download berada dibawah entri.




Jika anda menggunakan kain felt secara keseluruhan, potong kesemua tiga pattern ini kepada 4 bahagian.

Namun bagi saya yang menggunakan pvc sheet sebagai tapak kasut, saya hanya potong pvc sheet kepada 2 bahagian. Dan, 2 bahagian untuk atas tapak kasut daripada kain felt berwarna oren.



Potong span nipis. Setiap pattern 2 bahagian. Span nipis ni anda boleh dapat di mana-mana kedai yang menjual barang kraftangan, bunga ataupun barang khas untuk majlis pertunangan dan perkahwinan.


Potong sedikit span agar ia lebih kecil daripada saiz felt dan tapak kasut. Contohnya seperti gambar dibawah.


Gunakan warna benang yang sama dengan warna kasut bayi. Jangan gunakan warna yang bertentangan. Elak guna benang bersaiz besar untuk mengelakkan benang jadi lebih menonjol daripada kasut.

Untuk mengemaskan jahitan, jenis jahitan yang sesuai serta ending stitch teknik saya akan share jika berkesempatan lain kali.



Jika anda perhatikan gambar ini, kedua daripada 4 pattern ini berwarna merah gelap. Warna gelap adalah untuk bahagian luar kasut. Manakala warna merah cerah adalah untuk bahagian dalaman kasut.

Jahit gam kasut (berwarna putih - kurang pasti namanya T_T) supaya kasut bayi boleh ditutup. Jahit bertentangan. Jika anda kurang faham bahagian ini, perhatikan gambar diatas.

Kemudian, jahit menggunakan blanket stitch.


Jahit dan cantumkan kesemua bahagian. Anda akan mendapat hasil seperti ini.




Jika kasut bayi anda boleh digam seperti ini, ia satu kejayaan yang baik. Kemudian cantumkan bahagian merah dan putih seperti dalam gambar di bawah. Gunakan jarum peniti sebagai bantuan.

 Setelah kedua bahagian ini dicantumkan, jahit dan sambungkan dengan bahagian tapak kasut.


Tapak kasut bayi telah siap dicantumkan. Sekarang, siapkan satu bahagian lagi untuk kasut.


~ Pandangan dari bahagian tepi kasut bayi.

Kasut bayi yang telah disiapkan.


Hmmm,..Kasut bayi ini nampak agak kosong. Saya terfikir untuk menambah hiasan pada kasut ini. Tapi, jika bayi anda lelaki, tak perlulah tambah aksesori. Untuk bayi perempuan, teruskan baca tutorial ini.

Jika anda tidak mempunyai gunting khas untuk membuat pattern dibawah, gunting bulat sahaja.


Gunting pattern bulat 2 keping, bercorak 4 keping untuk putih krim dan 4 keping untuk merah. Sama seperti dalam gambarajah diatas.

Ambi 1 corak berwarna putih > Lipat kepada dua > Lipat lagi kepada 4



Dan anda akan dapat hasil macam ni :-)



Gunakan gam felt untuk melekatkan bunga pada kasut ~ ~


Dan... siap !!


~ Felt baby shoes at my husband hand ~


DOWNLOAD PATTERN ITU DISINI
Thanks for reading !

2 comments :

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.