Entri kali ini merupakan kesinambungan daripada my previous entri Jahit Anak Patung Kain Sebagai Hobi ( Bahagian I )
Sharing kali ini adalah proses membuat pakaian anak patung kain. Pakaian ini saya jahit dengan tangan sepenuhnya. Saya bukanlah seorang yang pakar dalam bidang jahit menjahit ni.. ho ho.. jadi saya buat pakaian yang cukup simple dan mudah sahaja.
First of all, kain. Hendak pilih kain apa untuk pakaian anak patung ?
Pemilihan kain yang paling sesuai adalah kain cotton a.k.a kapas. Saya gunakan stok sedia ada sahaja. Beli dah lama juga untuk d.i.y projek sebelum ni.
Tapi lebihan masih cukup banyak lagi. Suka sangat dengan kain cotton ni kerana ia berkualiti tinggi, tebal dan cukup lembut. Coraknya pun boleh tahan cantik juga..floral + polka dot. Semeter kain ni berharga lebih kurang rm18. Kain cotton ni saya plan untuk jahit baju anak patung.
Manakala kain jeans ni pula husband punya. Ho ho. My husband shrinking daa.. So, jeans ni pun dah tak muat. Dah jadi terlalu besar ^_^. Since my husband kata 'okay, you can have it'.. so, bolehlah guna kain jeans jadi seluar patung kain ni. Upgrade sikit.
Lepas dah tentukan kain, saya gunting design yang cukup simple sahaja.
Saya pilih untuk mulakan dengan menjahit kain jeans dulu kerana ianya lebih mencabar. Kain jeans ni agak tebal.
Pattern kertas untuk seluar tu saya tekap dan lukiskan pada kain jeans yang telah diterbalikkan. Lukis dengan pen sahaja. Lebih mudah. Sebelum potong, saya terus jahitkan kain ni.
And ~ kali pertama jahit seluar jeans mini ni.. rosaklah pula. Kali kedua, nilah hasilnya.
Saya tak letak getah pada jeans mini ni. Saya hanya measure dengan tepat pada patung kain agar saiznya bersesuaian. Ho ho..
Baju anak patung mengambil masa yang tak juga lama untuk disiapkan. Lebih kurang 40 minit sahaja. Hanya potong mengikut pattern > terbalikkan, then jahit.
Nasib baiklah my mom ada stok sedia ada button kecil macam ni. Saya gunakan button ni sahaja untuk baju mini anak patung.
Okay. Dah siap dan boleh dipakaikan pada anak patung.
Rupa anak patung dari hadapan dengan mini jeans ni ~
Bahagian belakang ~
Dah siap pakaikan baju.. weee ^_^
Bolehlah mula posing ...
~ My Daughter who love this doll A lot
And, berakhirlah sharing proses pembuatan anak patung kain sebesar 12 inci ni.
Thanks for reading.
cantiknya..pandai la awak buat
ReplyDeleteTQ Syuhaida.. U can do it Too ^_^
DeleteNak tnye.. bdan ank patung tu pakai kain ap ye???
ReplyDelete