Saturday 25 April 2015

Kongsi Pengalaman : Jangkitan Virus Pada usus Punca Najis Jadi Hitam

Baru-baru ni my mom complain sering sakit perut. Dan yang paling nyata warna najis beliau berubah jadi gelap. Risau juga. Untuk pengetahuan anda, warna najis boleh berubah disebabkan pelbagai faktor. Ia mungkin disebabkan ubat-ubatan yang anda makan, contohnya tablet tambah darah seperti ferrous fumarate, makanan berwarna gelap, produk dan suplemen.

Jika warna najis jadi gelap tanpa simptom-simptom seperti pening,cirit-birit, pitam, pucat dan sakit perut. Tak perlulah anda risau sangat. Fikir semula apa yang anda consume baru-baru ni.. pengalaman ibu saya pula, najis beliau berubah jadi hitam dan berbau disertai dengan cirit-birit, rasa lemah badan dan pucat. Perlu tahu ni adalah simptom pendarahan dalam usus.

Najis yang berwarna gelap, berbau adalah simptom utama pendarahan pada bahagian atas usus (UGIB). Jika najis disertai dengan darah yang masih fresh, nampak kemerahan ia berlaku di bahagian bawah usus. Ni simptom biasa buasir. Jika anda dah bertahun-tahun tak makan ubat cacing, parasit ni mungkin menyebabkan pendarahan diusus anda. Berapa kerap kena makan ubat cacing ? 6 bulan sekali. Consume sebelum tidur.

InFo : Pentingnya jaga usus kerana ia merupakan organ terpanjang dalam tubuh, kira-kira 8x tinggi seseorang individu.

Pada mulanya saya suggest pada ibu untuk ambil darah seperti Fbc (full blood count) , untuk lihat jika Hb (haemoglobin) berkurang. Range biasa Hb ibu saya adalah dalam linkungan 11-12. Jika pendarahan berlaku, Hb akan drop kerana banyak darah hilang. Antara ujian lain yang boleh dilakukan adalah investigation seperti mengambil sample najis seperti stool occult blood dan stool ova and cyst. Kedua ni untuk bantu cek pendarahan dan organisma lain yang membiak diusus. Nak lebih jelas, bolehlah pergi teropong usus. Dapatlah juga lihat jika ada ulser perut dan cacing-cacingan...^_^

Gambar usus melalui prosedur teropong (Ogds) 
 sumber : Google

Sesetengah kanser usus pun sebabkan najis jadi gelap. Tapi simptomnya agak lain sikit, pesakit kanser usus ni rasa tak lawas bila buang air besar. Kalau nak cek kanser, boleh ambil darah untuk tumour marker. Tapi ia tak gambarkan kedudukan kanser secara spesifik. Lagi pula, sebarang inflamme yang berlaku dalam tubuh akan sebabkan bacaan tumour marker jadi tinggi juga. Penyiasatan paling tepat kena ambil biopsi. Kalau ada keturunan dalam keluarga yang ada kanser usus ni, tak boleh buat dont know juga.

Since masa tu saya pun sedang bercuti, saya cadangkan ibu saya mendapatkan second opinion diklinik swasta dahulu. Masa ibu saya pergi ni pun, warna najisnya dah tak hitam, jadi warna hijau, kekuning-kuningan pula.

Masa rawatan, doktor ada buat PR untuk cek najis. Ni prosedur masukkan jari ke punggung pesakit untuk lihat warna najis. Barulah doktor sahkan jangkitan virus. Ni disebabkan pemakanan.. keracunan berlaku. Tapi menurut doktor tak perlu risau sangat, cirit birit ni bermaksud usus sedang bekerja untuk mengeluarkan racun dari tubuh kita. Sama seperti demam, ia bermaksud tubuh kita sedang melawan penyakit. Ia bagi signal nak bagitahu kita.

Ibu saya dipreskripsikan ubat sakit perut seperti tablet hyosine, sirap kaolin untuk masalah cirit birit dan juga antibiotik tablet flagyl. Tablet flagyl ni pula boleh mengubah warna air kencing. jadi kena minum banyak air. Apapun, jika anda mengalami najis hitam berterusan walaupun selepas consume ubat, masih sakit perut. Jumpa doktor dengan segera.  Jangan pandang ringan walaupun isu ni nampak kecil. Kesihatan lebih penting. Jangan tunggu sampai terlambat. Amalkan pemakanan sihat untuk usus anda.

Baca lebih lanjut : Perubahan warna & sifat najis : Bila anda patut risau ?

~Semoga bermanfaat ^_^

33 comments :

  1. Replies
    1. Tda bhya jika mendpt rwatan dgn cepat ^_^

      Delete
    2. anak sya ada masalah tahi hitam...setiap kali berlalu dia akan rasa sakit perut

      Delete
  2. Hi sis.. hb saya dah 7.52 dan tiba tiba lepas makan ubat tambah darah najis jadi warna kehitaman. its normal eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ana.. yes its normal.. Sya juga pernah mengalami low Haemoglobin. Bleh lah baca pengalaman dan tips mengatasi anemia disini.. Anemia sewaktu hamil tapi juga tips berguna kepada mereka yang ingin mengatasi low HB.: Anemia ketika hamil dan cara mengatasinya..

      Delete
    2. Baru alami.. Lega baca info ni

      Delete
  3. Hi sis nak Tanya sy sblm ni mang Ada masalah Nk membuang kadang2 tu sampai susah kentut bila d x ray sy dkatakan perut penuh gas p tak keluar dia bg ubat tuk masukkan dlm buntut . Lepas tu kuar tahi p kuantiti sedikit perut masih memulas. Jd sy ikhtiar ambik supplement halia dr Anugerah n minum fibre. Sy minum mlm p keesokkan pg Akan membuang dgn kerap p tahi berwarna hitam. Apakah itu merbahaya sis?

    ReplyDelete
  4. Hi Danial. Seperti yang saya ulaskan dalam entri diatas, najis yang berwarna hitam seringkali dikaitkan dengan pendarahan usus. Namun jika ia tidak disertai dengan bau, kemungkinan ia disebabkan kandungan supplemen yang anda sedang makan. Apapun jika anda masih mengalami najis hitam walaupun telah berhenti makan produk ni, berjumpalah doktor dengan segera...

    ReplyDelete
  5. Hi sis... kemarin sy pening nak pitam ja.smpai muntah.Mulut rasa pahit Sgt slepas muntah tu smpai lh skrg. Sy ada ambil obat tmbah darah sy dgn panadol tahan sakit kepala.Apabila sy mandi td trasa nk buang air besar. Skali sy lap guna tisu trkejut sy najis sy hitam gelap. Tp xjuga bau Sgt kluar tu.Apa kh itu berbahaya ya sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Malik. Ubat tambah darah yang anda ambil merupakan punca kenapa najis anda berwarna hitam. Simptom seperti pitam boleh jadi sebab HB kurang.. Rasa pahit dimulut pula sering dikaitkan dengan jus gastrik yang naik ke mulut dan meninggalkan rasa pahit. Biasa berlaku selepas anda muntah.

      Delete
  6. Hi sis..najis saya pon jadi warna hitam..lpstu kadang2 perut saya sakit macam kena cucuk ja..sebelum ni saya pernah makan seeweed.najis saya menjadi hitam sbb warna dri seeweed ke???

    ReplyDelete
  7. Mcm mane pulak kalau najis berwarna hijau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sifat najis normal ke.? boleh jadi disebabkan pemakanan atau suplemen. Boleh klik tajuk bawah entri. Perubahan warna dan sifat najis, bila anda patut risau. Untuk informasi lanjut.

      Delete
  8. hai sisi.. nak tanya saya memang sering sakit perut.. tapi hari ni sakit dia rasa macam memcucuk kat abdomen.. dulu pernah jadi tapi xlam.. sejam dua jam dh hilang tapi hari ni sehari suntuk.. tahi saya pun jadi warna kuning cair dan warna coklat hitam lepas saya makan pil sakit perut.. tapi masih sakit perut..

    ReplyDelete
  9. Good info. Sy demam on off dh sebln. Selera mkn jatuh. Lemah n lesu rs nk pitam. Perot kembung dan,x selesa. Kemuncaknay berak berdarah...N plg penting mak survival kanser usua dan kakak meninggal sbb kanser payudara. Mggu dpn kena buat colonscopy... Serius risau..

    ReplyDelete
  10. Saya lemah badan,,kadang sakit kepala sebelah kiri,,badan asyik gatal2,,selalu buang air besar warna hitam,,

    ReplyDelete
  11. Saya ni dah nak dekat seminggu asik nak buang air besar je dan ianya memang berwarna hitam/gelap. Tapi rasanya xberbau dan ada rasa pening kadang2 je. Takda amik ubat apa2 pun..kalau kes macam ni..macam mana ye?

    ReplyDelete
  12. Hai sis... sejak 2 3 hari ni saya perasan najis saya wrna hitam... x da sakit perut atau apa2... cuma sekarang sy sedang hamil dan saya tgh consume iberet suppliment utk kehamilan.. adakah berbahaya sis?

    ReplyDelete
  13. macam mana kdaan sekarang,masa najis kuning tu,adakah seperti cirit dan berapa lama

    ReplyDelete
  14. assalamulaikum.. sy dh 2 ari najis berwrne hijau pekat.. sedngkn sy tidak lh suke mkn syur..adakh itu normal sis ? sy risau lh

    ReplyDelete
  15. sis..najis sy berwne hijau pekat.. sedngkn sy bukn lh suke mkn syur.. ade kah itu normal..sy risau lh

    ReplyDelete
  16. hi sis, perlukah saya berjumpa doktor sekiranya saya mempunyai sympton sympton berikut : 2 belah lengan saya lenguh lenguh dan sengal sengal, sakit kepala sebelah saja seperti migrain tetapi tak serius dan najis berwarna gelap dan berbau. Saya sudah berhenti mengambil ubat tambah darah tetapi najis masih berwarna gelap.

    ReplyDelete
  17. salam...sis..mak sy muntah n najis hitam...selera makan langsung xde....sblm ni cirit birit berbulan2...tp dh mkn ubat dh kurang...cuma skrg still muntah n x selera nak makan...bkn x p klinik..dh p ...ujian darah pun dh buat...

    ReplyDelete
  18. Najis sy bewarna hitam..diiringi dgn pening2 dan lemah. Selera pun kurang.perut tidak sakit tetapi tidak sedap. baru2 ni sy ambil multivitamin.sblh pg perut sy mcm bnyk angin...kdg2 naik ke kepala mcm nk pitam plk.

    ReplyDelete
  19. Najis sy bewarna hitam..diiringi dgn pening2 dan lemah. Selera pun kurang.perut tidak sakit tetapi tidak sedap. baru2 ni sy ambil multivitamin.sblh pg perut sy mcm bnyk angin...kdg2 naik ke kepala mcm nk pitam plk.

    ReplyDelete
  20. Mak sy strok dan hny minum susu melalui tiub..setiap kali kencing dia akan berak najis cair brwarna hitam seperti dakwat..

    ReplyDelete
  21. Hi..najis sya skt seminggu dh..dri HRI ahad lpas...tpi sya mmg ada gastrik..sya syak yg usus sya berdarah..so dlm Dua HRI sya jaga pemakanan mkn sup dlm bnyk minum air masuk saja..agak2 amik masa brapa lama untk najis kita kembali coklat ya

    ReplyDelete
  22. Suami saya da 2hari buang najis warna hitam...disertai dgn demam, sakit kepala, badan lemah,bdn menggigil, batuk + tekak sakit dn ada muntah.dia tk mkn pe2 ubat atau supplement. .pe kemungkinan yg suami saya hadapi?

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum saya nk Tanya, jika saya makan ubat antibiotic dn paracetamol. Dan keesokannya bila saya bangun utk buang air. Najis saya berwarna hitam, adakah ni factor ubat?

    ReplyDelete
  24. Nak tanya adakah sebab merokok jgk menyebabkan najis hitam

    ReplyDelete
  25. Hai..sy berpantang hari ke -5 hari ni najis sy berwarna hitam..bahaya ke?

    ReplyDelete
  26. Hai sis..i nak tanya sdikit..my dad adalah pesakit buah pinggang selama 12 tahun..shari dua ni HB dia rendah 5.5...then i bagi sangobion (tambah darah) 2tablet..pagi tadi dia mngadu nak berak..katanya mcm nk berak cair..so dlm toilet..i tengok najis dia bewarna hitam pekat separa cair dan sangat busuk..but dia tidak pula mngadu rasa pedih atau sakit dlm perut,cuma hilang selera makan (mkn sesuap dua) dan berasa loya/mual..bahaya ke?

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.