Pengambilan karbohidrat yang sihat amat penting kerana sebahagian karbohidrat tidak sihat yang diambil secara melampau akan menyebabkan gula berlebihan didalam darah. Disinilah bermula masalah kesihatan yang anda mungkin tak sedari. Antara makanan sumber karbohidrat tak sihat ialah kek, roti, soda dan sebagainya.
Namun begitu, 5 jenis karbohidrat ini cukup bermanfaat buat tubuh badan kita. Dan amat baiklah untuk diamalkan :
Oat
Oat merupakan salah satu sumber karbohidrat yang amat popular. Oat sangat baik untuk jantung anda kerana ia membantu menurunkan kolestrol yang tidak baik. Ramai mengakui kolestrol LDL mereka berkurang selepas mengamalkan oat.
Saya sendiri juga telah melihat keputusan darah ibu saya yang menunjukkan kolestrol LDL telah berkurang selepas mengamalkan oat selama lebih kurang sebulan. Bukan itu sahaja, Kolestrol baik HDL nya juga telah meningkat. Satu bonus buat anda !
Oat sesuai diambil bila-bila masa meskipun sebelum anda tidur. Ia juga sesuai diambil sebagai sarapan pagi kerana mampu memberi tenaga berpanjangan. Nak buat oat sebagai snek harian anda pun elok juga !
Nasi
Sayuran Hijau
Kekacang dan legum
Buah-buahan
Percaya atau tidak , tapi buah-buahan adalah antara sumber penting karbohidrat. Contohnya adalah seperti pisang. Ia memberi anda sumber kalsium dan membantu meningkatkan potasium. Postasium penting untuk fungsi jantung kita. Kebanyakan buah-buahan juga adalah sumber vitamin C !
Apapun masih ada banyak karbohidrat lain yang mampu membantu anda kurus, sihat dan mampu menajamkan memori anda. Anda hanya perlu buat pilihan yang terbaik untuk diri sendiri !
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.