Entri ini adalah tutorial mudah menghasilkan anak patung felt. Hasilnya tidaklah sama seperti profesional ya ^_^.. Ia adalah percubaan saya dan ujikaji juga. Patung ini sesuai untukjadi dekorasi pada casing telefon felt, bekas tempat pencil atau keychain.
Ni adalah kali pertama saya jahit patung felt.. Jahitannya mudah sahaja..Tiada perancangan terperinci mengenai anak patung ini. Ho ho..Saya hanya pastikan setiap sudut yang saya gunting mempunyai ukuran yang tepat.
Proses semasa saya melakukan projek d.i.y anak patung daripada kain felt :
1. Gunting kain. Ni adalah contoh kain yang telah saya gunting :
2. Proses menggunting yang telah pun siap..Fuhh.. Bagi saya.. proses menggunting adalah tahap yang paling mencabar.. Sebab kain yang dipotong ni ukurannya kecil sahaja.
3. Saya biasanya melukis bentuk pada kertas keras dahulu.. kemudian mengguntingnya. Dan, menggunting kain felt dengan kertas keras yang telah digunting tadi..
4.Kain felt tak boleh dilukis.. Jadi sukar melukis bentuk terus pada kain felt.
5. Sekarang patung saya mempunyai bentuk wajah, baju, kaki , kasut , tangan dan rambut. Lengkap okayy. Hanya tinggal jahit sahaja !
7. Kasut but yang dijahit bentuk X.. Agar nampak seperti tali kasut but ; Kreatif tak ho ho..
9. Kaki dan kasut yang telah siap dijahit :
10. Mencatumkan kaki dan baju patung.. Pastikan jahitannya tidak tembus ke belakang:
11. Seperti ini ;
12. Cantumkan baju anak patung dengan tangan :
13. Hampir siap ;
14. Satu tangan dah dicantumkan ..
15. Hias pakaian anak patung dengan manik....
16. Cantumkan rambut... Jangan lupa mata anak patung.. Hias ikut kreativiti sendiri..
Dan siaplah karya pertama saya :
Anak patung dari kain felt
~ Baca my next Doll entry : Jahit anak patung kain sebagai hobi baru ( Bhgn I )
~ Baca my next Doll entry : Jahit anak patung kain sebagai hobi baru ( Bhgn I )
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.