Tuesday, 30 October 2012

Bagaimana Merawat Ketumbit Pada Mata Bayi

Ketumbit berlaku apabila terjadinya jangkitan pada mata. Bayi saya juga menghidap ketumbit pada mata diusia 9bulan.



Perkara ini sememangnya merisaukan saya.  Pada mulanya saya mendengar nasihat ibu saya untuk menyapu air kencing pada mata bayi. (Gunakan air kencing baby)

Bunyinya mungkin agak menggelikan tapi sangat mujarab. Air kencing berkesan kerana mampu melawan jangkitan bakteria. Jika anda berhasrat menggunakan cara ini, lakukan sekerap yang mungkin. No Limit!

Tapi disebabkan bayi saya kerap menggunakan pampers, maka cara ini agak sukar buat saya.Oleh itu, saya mendapatkan ubat di farmasi. Untuk mendapatkan ubat ini, anda perlu mengenalpasti dahulu ketumbit bayi anda. Samada ketumbit bayi berada di dalam ataupun luar kelopak mata.

Jika ketumbit bayi berada di luar kelopak mata, anda biasanya akan disyorkan ubat sapu. Saya diberi ubat sapu gentamicin di farmasi. Ianya selamat untuk mata. Oleh itu, anda tak perlu risau. Dapatkan nasihat mengenai cara penggunaannya. Elak sapukan terlalu kerap melebihi dos yang disarankan.

Kebersihan amat dititikberatkan semasa menyapu ubat pada mata bayi. Pastikan tangan anda bersih ataupun gunakan putik kapas jika perlu.

Jika ketumbit berada di dalam kelopak mata, anda mungkin akan disarankan ubat titik. Bagaimanapun dapatkan nasihat professional dulu.

Jika anda seorang ibu yang menyusukan bayi, maka ini adalah salah satu lagi cara semulajadi untuk merawat ketumbit pada mata bayi. Hanya titiskan air susu pada mata bayi. Cara ini juga sangat berkesan. Ianya juga sesuai jika anak anda menghidap conjunctivitis. Iaitu, kemerahan pada mata.

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.