Thursday, 20 September 2012

Bagaimana Merancang Jantina Bayi Anda Melalui Pemakanan

Untuk merancang jantina anak, ada beberapa faktor penting yang perlu kita lakukan. Sesetengah dari anda mungkin tidak mengetahui bahawa pemakanan merupakan antara faktor penting jika anda berhasrat merancang jantina anak anda. Ini kerana PH dalam pemakanan menentukan kewujudan kromosom (Menentukan jantina anak) yang dibawa oleh lelaki.

Jika anda merancang untuk mempunyai anak lelaki :

Pilih makanan yang rendah PH iaitu pemakanan yang bersifat alkali dan mengandungi sodium dan potassium yang tinggi.

Pemakanan yang menjadikan PH dalam badan beralkali adalah sumber sayur-sayuran, buah-buahan, perasa makanan, ramuan pedas, kekacang dan benih.

Antara sumber makanan ;

Buah-buahan – Aprikot kering, avocado, pisang, kurma, kiwi, kismis, tembikai, epal,lobak, lemon, timun, tembikai, honeydew, nenas, strawberi.

Jus – Jus lobak, jus prune, jus tomato.

Sayur-sayuran – bayam, kentang.

Lain-lain – Coklat, kekacang, bawang putih,cendawan, bawang merah, lada hitam, halia , herba (semua jenis)

Elakkan memakan makanan yang mempunyai sifat asid yang tinggi.

Nota : Walaupun sebilangan makanan di atas seperti buah-buahan sitrus mempunyai sifat yang lebih asid, namun ia sebenarnya meninggalkan kesan alkali selepas diproses dalam badan.

Contohnya lemon merupakan buah yang bersifat asid. Namun selepas melalui sistem penghadaman dan asimilasi, ia akan menjadi sangat beralkali di dalam badan. Sebaliknya daging mempunyai sifat yang sangat beralkali sebelum melalui sistem penghadaman. Namun selepas diproses, ianya meninggalkan sisa yang bersifat asid di dalam badan (Hampir kesemua sumber haiwan)

Anda merancang untuk mendapatkan bayi perempuan ?

Pilih pemakanan yang mempunyai PH yang tinggi ataupun bersifat asid yang rendah sodium dan potassium.

Seperti yang kita tahu, kita memerlukan persekitaran yang alkali untuk mewujudkan kromosom Y (Jantina lelaki)

Apa yang perlu anda lakukan adalah makan pemakanan yang bertentangan dengan alkali iaitu pemakanan bersifat asid untuk membunuh sperma Y.

Secara amnya, pemakanan yang meninggalkan sisa asid di dalam badan adalah makanan berasaskan daging,ikan, telur, bijirin dan legum.

Contoh pemakanan :

Buah-buahan – Jagung, blueberi,prune, plum.

Makanan - bjirin, kraker, nasi, bread, mi ,spageti, oat, makaroni, tepung.

Sayur-sayuran – zaitun.

Produk tenusu – butter, keju, aiskrim, yogurt

Protein haiwan – Banyakkan pengambilan daging seperti daging lembu, ikan contohnya ikan kod, halibut, salmon. Makanan laut seperti tiram, udang dan ketam. (Makanan laut tidak digalakkan bagi pesakit darah tinggi dan gout)

Lain-lain – Kekacang seperti kacang hijau, kacang hitam, kacang soya, Kacang tanah, walnut, cuka, kopi, minuman ringan, koko.

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.