Tips pertama adalah gambar header blog anda.
Guna header yang simple dan melibatkan tulisan sahaja. Pastikan font yang anda gunakan sesuai dan mudah dibaca. Tak payahlah guna font yang berlingkar-lingkar hingga sukar dibaca.
Jika anda ingin memasukkan image pada header blog anda, pastikan ianya dalam saiz yang kecil. Contohnya niche blog anda adalah kereta dan anda ingin memasukkan image kereta pada header blog.Pastikan image kereta tidak terlalu besar.
Elak masukkan gambar header yang terlalu besar hingga menutup penuh ruang skrin. Tak perlulah masukkan gambar muka anda sebesar-besarnya di header blog. Ini akan menjatuhkan profesionalisme blog anda.
Guna template yang simple
Maksudnya guna template dengan 1 hingga 3 jenis warna shj. Elak gunakan background yang terlalu bercorak. Adalah lebih baik jika anda gunakan warna plain sahaja untuk background.
Template jenis ini memudahkan anda menyesuaikan iklan dengan blog anda. Pastikan background pos entry anda berwarna putih atau bertentangan dengan warna tulisan agar mudah dibaca.
Jangan letak muzik dalam blog
Anda mungkin rasa tertarik dengan sesebuah lagu atau muzik dan mahu pembaca anda mendengar lagu sambil membaca isi kandungan blog anda.
Tetapi anda harus ingat setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza dan tak semestinya pembaca anda suka lagu tu. Sesetengah pembaca menganggap muzik dalam blog adalah annoying.
View dan jelajah blog orang lain
Siapa kata anda tak boleh mencontohi blog lain. Ini salah satu cara terbaik untuk menilai blog anda. Blog dari barat biasanya lebih profesional dan nampak simple.
Semuanya nampak pro termasuk url blog. Laman web mereka lebih spesifik kepada satu tajuk sahaja. Jika blog mereka berkaitan resepi masakan. Alamat blog juga berkaitan resepi cthnya, myrecipes.blogspot.com.
Elak terlalu banyak widget atau hiasan dalam blog
Seperti bunga berjatuhan dalam blog, cursor bercorak (falling star/image). Kerana ini cuma akan membuatkan blog anda nampak lebih 'cute' sekaligus menghilangkan profesional blog anda.
Tajuk Blog
Memilih tajuk blog merupakan langkah pertama dalam membuat sebuah laman web ataupun blog. Tajuk dalam dunia blog dikenali sebagai niche. Niche ini penting jika niat anda untuk menjana duit sampingan dari penulisan blog. Jangan tulis cerita peribadi anda yang tidak mengandungi apa-apa kandungan berilmiah untuk dibaca.
Tetapkan tajuk anda
Pilih satu tajuk yang anda pakar mengenainya atau minat tentang topik ini. Contohnya jika anda seorang ibu, anda semestinya mempunyai pengalaman tentang keibuan yang cukup banyak. Tulis tips ataupun info berkenaan penjagaan bayi atau petua-petua semasa kehamilan. Lagi asli hasil penulisan anda, lagi baik. Enjin pencari mesra kepada kandungan blog yang fresh !
Jika anda tidak dapat menentukan idea untuk memilih tema blog. Anda boleh menggabungkan semua idea dalam satu blog.
Saya juga mencampur adukkan bermacam-macam tajuk dalam satu blog. Hal ini bukanlah satu masalah tetapi anda sukar mendapatkan follower kerana tidak mempunyai niche tetap.
Perlukah blog saya nampak profesional ?
Anda yang menentukannya. Terutamanya, jika anda serius dalam dunia blog seperti ingin menjana wang dari program adsense.
Pembaca yang membaca blog hanya ingin mencari maklumat yang diingini kerana 'CONTENT IS KING' dan ini adalah benda pertama yang anda perlu fokus.
~Semoga membantu !
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.