Friday, 15 June 2012

Baca 12 fakta menarik tentang coklat disini!

Coklat sememangnya digemari ramai orang. Tidak kira wanita, lelaki dan juga kanak-kanak. Sehingga kini, coklat telah dihasilkan dalam pelbagai jenis. Contohnya makanan ringan, pembuatan kek dan juga minuman. Jom baca fakta-fakta menarik tentang coklat yang anda mungkin anda tak tahu !

1 Suatu ketika dahulu, coklat hanya dihidangkan sebagai minuman untuk kaum lelaki sahaja. Ini kerana coklat secara umumnya diketahui boleh menyebabkan seseorang itu mengalami aphrodisiac (keinginan terhadap makan,minum atau seks)
2 Memakan coklat bermula pada tahun 1674 apabila kek coklat pertama dibuat.
 3 Makan coklat membuatkan anda gembira kerana ia mengandungi phenylephylamine - hormon sama yang dihasilkan oleh otak apabila anda jatuh cinta!
    4 Rakyat Amerika memakan coklat pada kadar 11.7 pound setiap orang setahun.
    5 Orang di Denmark memakan coklat dengan kadar yang paling tinggi - kira-kira 30 pound setiap orang setahun. 
    6 Kebanyakan wanita dan remaja perempuan lebih menginginkan hadiah coklat pada hari kekasih.
    7 Takat lebur mentega koko adalah dibawah suhu badan manusia - ini adalah sebab mengapa coklat mudah cair dalam mulut kita.
    8 Laporan terkini di barat mendapati bahawa coklat boleh membantu mengurangkan paras kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
    9 1 oz susu coklat = amaun kafein dalam kopi yang telah dinyah kafein. 
    10 Kajian pergigian yang dibuat membuktikan coklat tidak menyebabkan kerosakan pada gigi.
    11 Kajian berulang membuktikan coklat tidak menyebabkan jerawat tumbuh atau menjadikannya lebih teruk.
    12 Coklat dipercayai beracun untuk haiwan peliharaan anda. 

      No comments :

      Post a Comment

      Pesanan Editor ^_^

      Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.