Friday 5 February 2016

Review Penuh Produk Bio-Essence Bird Nest+Peptides

Sebelum ini saya pernah menceritakan betapa kagumnya saya dengan produk 'sarang burung' keluaran bio essence ini. Dari segi packaging, haruman, brand dan tekstur krim. Feature produk ini memang cukup memikat. Ho ho. Dan hasilnya....


-

-

-

-

-

-

-


Ia langsung tak sesuai dengan kulit saya. Huhu.. 

Pada minggu pertama saya menggunakan bird nest. ada jerawat yang mengecut. Namun, hanya selepas beberapa jam menggunakan krim siang, wajah dah nampak berminyak . Tapi, saya teruskan dengan rutin mencuci dan menggunakan krim wajah bird nest. Manalah tahu produk ni ambil sedikit masa untuk betul-betul serasi dengan kulit saya. Chewwahhh...

Kemudian masuk minggu kedua, my skin jadi even worst... Fuh! Berminyak ++... Bintik hitam dan putih pula semakin menjadi-jadi..  Kemudian, jerawat saya naik lagi banyak. Jerawat batu pula tu ! My husband yang try produk ni pun mengalami hal yang sama. Nak berhenti pakai bird nest, rasa sayang pula. Sebab harganya pun boleh tahan mahal. Tapi, memandangkan wajah saya ni dah parah juga, jadi I pun stop guna produk ni. My husband pun sama.

Produk ni saya guna kurang dari dua minggu. Sepatutnya saya buat review lebih awal. Namun, disebabkan busy this and that. Lepas sebulan, barulah saya sempat menaip entri ini.

Disebabkan I tengok bird nest ni terbiar dan jadi perhiasan sahaja dibilik. So, saya pun minta En. suami bagi set produk ni pada ibu mertua saya. Nak bagi pada my mum, katanya tak mau jadi bahan uji kaji. Ho ho.. my mum ni pengguna setia safi rania gold. Ibu mertua saya pula tak guna apa-apa produk kecantikan. So, I pun bagi dia try. Apapun, dah bagi peringatan awal, jika tak serasi dengan kulit, buangkan sahaja. Huhu..sayang tak ???

Mertua saya ni, tak ada masalah wajah kronik yang teruk seperti jerawat atau lain-lain. Hanya melasma sahaja. Itupun disebabkan pengamalan pil perancang berpuluh tahun yang lalu. Sesetengah pil perancang boleh menimbulkan masalah kulit seperti melasma ya wanita..^_^.. Jadi ia adalah musuh kepada kecantikan. Ho ho.. 


Apapun, set produk ni serasi pula dengan my mum in law. Wajah beliau nampak lebih bersih kerana melasma nampak lebih pudar. Beliau dah berusia dalam lingkungan 50 an. Adik ipar saya yang berusia belasan tahun pun ada juga try produk ni. Haaa... seperti dijangka, jerawat pula yang datang. 

Apa yang saya perhatikan, produk ni lebih sesuai dengan mereka yang lebih berusia. Ia kurang cooperative dengan youth skin. Ho ho.. produk ini lebih fokus pada masalah penuaan.

Selain itu, produk ini tidak mengawal pengeluaran sebum. Yang menjadi punca wajah berminyak, timbulnya bintik hitam dan bintik putih. Dan, akhirnya mencetus jerawat. Dari segi mencerahkan kulit, I tak nampak sebarang perubahan cerah pun haha..

Produk ini lebih serasi dengan mereka yang mempunyai jenis kulit yang normal dan tidak sensitif. Maklumlah kulit saya ni jenis yang sensitif dan berminyak. My husband pula jenis kulit kering. Produk muka ni pula langsung tak sesuai dengan kami berdua.

Masalah jerawat saya selepas penggunaan produk ni boleh tahan juga, ramai tegur kenapa muka dah jadi macam ni. My bro yang tak pernah peduli muka saya pun dah tegur 'kenapa jerawat naik sangat?'

Ho..ho...tak boleh salahkan produk juga.  Jika anda berniat untuk cuba produk kecantikan, saya cadangkan anda kenalpasti jenis kulit wajah dahulu. Contohnya, ada kulit yang jenis berminyak, kering, kombinasi dan sensitif. Ni adalah asas. Sebab tak semua produk sesuai dengan kulit kita walau promosinya meletup dan banyak review dan testimoni yang bagus.


Setakat ni, saya cuma sempat try 3 produk bird nest bio essence. Pencuci wajah, kapsul bio essence dan krim bio essence. Biasanya kulit saya jenis cooperative dengan produk mengandungi kolagen. Tapi, produk ni tak berhasil pula. Nasib baiklah tak tambah koleksi lagi, kalau tak, bertambah rugilah saya.

Ada baiknya jika mencuba dengan starter pack dulu. Sebab harganya lebih murah. Kalau tak serasi pun, tak rasa sayang sangat. I pernah baca juga pelanggan yang guna starter pack. Tapi tak pasti pula jika masih ada dijual. Belum pernah berjodoh dengan starter pack bird nest ni.

Masa buat entri ni, jerawat saya dah semakin surut dan juga pulih. Saya gunakan produk pencuci untuk semua jenis kulit. Untuk krim wajah, saya gunakan produk yang dikhaskan untuk kulit sensitif. Tapi, tak berani buat review lagi sebab masih terlalu awal.

~Semoga bermanfaat !




16 comments :

  1. Kan sis..dulu sy guna bird nest packaging lma.mmg ok sgt.. lps tu dh xkluar db yg tu..try yg set baru ni...bru pkai 2 hari,berketul2 jerawat kluar..xnk pkai dh..

    ReplyDelete
  2. Pakai dnars kan sebelum ni? Mula2 je ok lepas tu tak kan? Skrg u pakai apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. beberapa bulan pakai dnars ok sangat. Sekarang ni pakai produk keluaran jepun pula..

      Delete
  3. Baru beli cleanser dia ja yg value buy tu.sblm ni pakai jns tanaka white.ok je..ni try bird nest plk adoi risau plk tk menjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap kulit orang berbeza dan hasilnya pun berbeza..Manalah tahu awak serasi...^_^

      Delete
  4. Produk Jepun apa yg awk pakai skrg? Muka sy berminyak or combination skin la senang kata, sunburn, jerawat kecik2 dan parut jerawat yg agak lama. Ada suggestion produk yg sesuai?

    ReplyDelete
  5. Produk apa awk pakai skrg? Muka sy berminyak @ combination skin, sunburn, jerawat kecik2 and parut jerawat lama2. Ada suggestion produk utk kulit muka mcm sy? Sy dah taktau nak try produk apa.

    ReplyDelete
  6. Yup saya nk thu jga produk jepun apa yg awak pakai ya...same goes to me la entry ni

    ReplyDelete
  7. pernah try pure beauty product watson..?buatan korea...ada byk jenis..ikut kulit..mcmn sy combination..minyak dan kering..sy pkai pormeganate..mmg elok...hehe.

    ReplyDelete
  8. Risau pulak nk pkai , sbb bru bli umur pun bru blasan

    ReplyDelete
  9. Haha.nutox pun ada bird nest kan.sy guna nutox jerawat ketul2 naik. tu last nk Sgt nmpk botoxnye,alih2 kasi botox jerawat

    ReplyDelete
  10. Yess saya skrg tengah alami jerawat naik banyak berketul ketul kat muka pakai bird nest ni. Rugi saya beli mahal serum sekali dgn pencuci hmmm tak tahu dah nak pakai apa

    ReplyDelete
  11. hi, saya rasa maybe effect dari awak pakai dnars, selalu kalau pakai local ( produk kilo ), lepas stop jadi teruk, ada orang lepas stop naik jerawat yang teruk, ada orang lepas 6 bulan stop naik jerawat.
    apa apa pun, katakan tidak produk local yang timbang kilo,
    kalau local yang farmasi tak pe :)

    ReplyDelete
  12. Sesiapa yg berminat. Nk letgo bird nest mask and cleanser. Murah

    ReplyDelete
  13. Bio essence mmg depend pada kulit , saya pernah pakai punn muka jadi teruk jugak

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.