Cerita pasal kemarin, awal-awal pagi lagi saya dah bangun untuk buat checklist senarai barang yang perlu dibeli. Bagi anda yang nak berjimat, buat checklist amat penting untuk mengelak pembaziran iatu terrr...beli barang yang tiada kaitan. Barang yang sepatutnya pula tak dibeli..Hi hi..Selalu berlaku pada saya.
Lepas siap beli barangan sekolah anak, saya jadi pening pula nak cari hadiah untuk my cousin yang bakal berkahwin. I terpaksa potong bahagian GIFT ni. Kadangkala bahagian ni kalau tak rancang boleh jadi pokai juga ha ha...Berbanding bagi duit, saya memang lebih suka bagi barang untuk majlis perkahwinan atau hari jadi.
Nak bagi hadiah, setiap individu ada cara yang berbeza. Ada juga teman saya yang akan turun bandar ibu kota, cari gift dan minta pekedai tolong bungkus. Biasanya saya juga akan pergi jauh-jauh semata-mata untuk cari gift. Bezanya saya akan balut sendiri untuk kurangkan kos. Tapi, kali ini agak berbeza sedikit. Nak jimat minyak kereta sekaligus tak mahu tersangkut jem bandaraya. Maklumlah kebanyakan parents akan ke bandaraya untuk beli persiapan sekolah anak-anak.
So, I cari di kedai-kedai berdekatan sahaja. Konsep saya tak perlu grand. Asal ada untuk kenang-kenangan mereka dah memadai. Jika anda ada budget lebih, bawah Rm100 tu pun okay juga. Bila kurang budget seperti saya sekarang ni. I sasarkan bawah Rm50 sahaja. Ho ho... kedekut tak...
Ada terlalu banyak pilihan untuk doorgift ya :-).. Tapi tak semua budget kecil. Jadi pilihlah yang berbaloi-baloi.. Tak perlu berabis duit semata-mata nak bagi hadiah paling mahal dan unik.
Barangan dapur
Bila dah berkahwin, setiap pasangan akan mulakan peranan mereka di dapur sendiri. Disanalah barangan dapur memainkan peranan. Jadi bolehlah anda bagi hadiah yang mempunyai tema dapur seperti set pisau, pemotong daging, set gelas, set pinggan, set sudu, gelas couple set, rak pinggan mangkuk yang kecil, alat pemanggang, pembakar roti, tupperware set dan blender.
Untuk wedding gift my cousin, saya juga cari kitchen theme. Kebetulan ketika itu, ada sales. Semua barang memang murah gila-gila. Jadi dapatlah juga saya beli set gelas 7 pcs berharga Rm17 sahaja. Termasuk wrapping paper Rm2, so total kos untuk gift saya ni adalah Rm19. Cukup jimat.^_^
Kain
Pakaian untuk couple adalah antara gift yang saya pernah dapat on my wedding. Bagi saya ia sesuai dan tak begitu mahal. Anda boleh dapat set pakaian ini bawah Rm60. Selain pakaian, cadar tilam juga sesuai. Biasanya set cadar tilam yang berkualiti saya boleh dapatkan sekitar Rm50 ke bawah. Queen size ya :-).. Jangan pula anda beli yang single. Selain cadar, langsir, tuala ataupun blanket juga salah satu idea comel yang anda boleh beri..
Album
Masa saya kahwin dulu, terlalu banyak pula gambar wedding. Nasib baiklah ada gift album ni. Saya pun tak perlu susah payah beli album untuk simpan gambar kahwin ni. Ada banyak album yang ada design wedding anda boleh dapatkan di mana-mana kedai. Kosnya juga tak mahal. Biasanya sekitar Rm50-60 sahaja. Selain itu, frame gambar juga amat sesuai selain murah. Frame gambar yang saya dapat pun semua I dah guna. Gift yang sangat simple tapi useful !
Iron
Pasangan yang berkahwin sememangnya perlu keluarkan duit untuk beli barang-barang elektronik seperti fridge, periuk nasi dan sebagainya. Namun anda tak perlu keluarkan duit begitu banyak semata-mata untuk memenuhi keperluan mereka. Barangan elektronik yang murah anda boleh dapatkan adalah seterika pakaian. Kena tengok kedai dan brand juga, Ada yang menawarkan harga bawah Rm50.
Bantal
Saya tengok banyak yang menghadiahkan set bantal untuk pasangan berkahwin juga. Selain bantal untuk tidur, bantal bersulam nama, mempunyai tema pengantin dan berbentuk hati untuk car decoration juga amat sesuai. Harganya agak mahal, sekitar Rm100 ke bawah. Percaya atau tidak, bantal seperti ini anda boleh hasilkan sendiri menggunakan kain felt atau flannel. Untuk kualiti, kain velboa lebih sesuai untuk menghasilkan bantal yang lembut.
Jam
Walaupun jam adalah gift yang amat simple. Carilah jam yang amat unik dan comel untuk pasangan pengantin, Koleksi seperti ini dijual dengan sangat murah di kedai superstore barangan china. Ho ho.. Selain itu, Kedai-kedai seperti daiso dan kaison mempunyai banyak gift yang cukup unik perkahwinan. Contohnya, jam yang membawa unsur vintage. Ia sememangnya cukup unik. Harganya juga murah sekitar Rm50 dan ke bawah.
Rak buku
Belilah rak buku yang simple dan portable. Mudahlah anda nak membawanya nanti. Rak buku yang kecil ada dijual berharga Rm50 ke bawah. Based on my mum beli baru-baru ni. Harganya rm40 ++ sahaja.
Novel Dan buku
Jangan terkejut ia juga boleh jadi hadiah kahwin yang unik. Harganya juga tidak terlalu mahal. Tapi, pilihlah buku yang sesuai. Novel cinta, buku mengenai tips perkahwinan dan juga resepi amat berguna untuk pasangan yang baru berkahwin.
Pakaian bayi
Untuk doorgift ini, selalu jadi pilihan orang ramai juga, I pun dapat satu set masa berkahwin dulu. Memang murah. Anda boleh dapat bawah Rm50. Namun gift jenis ini ada pro and cons. Kita tak tahu apa yang pasangan ini rancang. Kemungkinan mereka bercadang untuk mempunyai anak beberapa tahun lagi ataupun tiada rezeki anak. Who knows ? Teman sekerja saya juga dapat satu set pakaian bayi ketika majlis perkahwinannya. Namun, tiada rezeki anak pula hingga ke hari ini,.. Kesian tak.. hu hu,..
Tips balut hadiah
Okay, saya dah kongsikan dengan anda jenis hadiah yang cukup budget yang anda boleh beli untuk pasangan yang akan berkahwin. Bila pandang pembalut hadiah saya pada gambar di atas, mungkin terlalu comel dan keanak-anakan.. Hehe.. Memandangkan optional kurang, I hanya choose warna merah sahaja... lambang Ong (luck) tau..he he..
Bagi anda menginginkan wrapping gift yang nampak mewah tapi simple. Saya cadangkan gunalah kertas pembalut yang mempunyai tekstur yang kasar. Mempunyai satu jenis warna sahaja dan mempunyai warna yang gelap ataupun terang. Anda boleh hias secara kreatif dengan menggunakan riben. Beli kad kahwin yang kecil atau anda boleh d.i.y tag seperti saya pada gambar diatas. Sesetengah gift seperti album mempunyai kotak. Jadi anda tak balut pun tak apa. Anda hanya perlu beli bakul kertas yang bertali (tak tahu nama spesifik ^_^) untuk simpan gift ni. Jangan lupa riben untuk hiasan. Riben bunga pun comel juga :-)...
Semoga membantu ~
Semoga membantu ~
Tilam katil yang baru adalah amat sesuai utk diberikan kepada pengantin dalam perkahwinan mereka. Mereka boleh menggunakannya segera selepas berkahwin dan ini akan berbaloi untuk wang anda belanja untuk membeli hadiah kahwin sedemikian kepada mereka.
ReplyDelete