Sunday 13 December 2015

Gagal Jana Pendapatan Sampingan : 10 Jawapan Kenapa Rezeki Anda Begitu Mahal ?

Setiap individu meskipun sudah mempunyai kerjaya tetap pasti akan mencari pendapatan kedua. Kerana kehendak tidak akan pernah cukup. Kali ini saya akan kongsikan dengan anda mengenai pendapatan kedua yang tidak membuahkan hasil. Kebanyakannya juga adalah pengalaman saya sendiri. Saya kongsikan entri ini untuk renungan anda dan mungkin anda juga salah satu darinya ?

1. Terlalu tamak

Kadangkala kita menjadi cukup tamak terutama apabila mendengar kejayaaan dan kemewahan hidup rakan-rakan atau orang sekeliling kita. Kita jadi terdesak. Atas sebab keinginan yang melampau ini, kita sanggup mengambil risiko untuk menceburi bidang yang mempunyai risiko tinggi seperti pelaburan, saham, MLM dan sebagainya. Kerana desakan inilah, mereka yang juga terdesak untuk mencari duit sanggup menipu kita. Ada teman sekerja saya yang membuat pinjaman hingga Rm30 ribu semata-mata untuk menyertai program MLM. Akhirnya syarikat itu lingkup dan menjadi scam. Beliau kehilangan modal hingga berpuluh ribu begitu sahaja. Siapa yang rugi ? 



2. Semua nak try 

Ada terlalu banyak jenis sumber pendapatan sampingan yang kita boleh usahakan samada secara online dan offline. Individu yang ingin mencuba menceburi semua bidang saya simpulkan adalah individu yang tamak atau tidak dapat buat keputusan bidang mana yang ingin diceburi ataupun mencari pengalaman semua jenis bidang. Contohnya, anda memilih melakukan pendapatan sampingan secara online. Anda mengusahakan laman jualan, ebay, affiliate, ppc, blog dan survey dalam masa yang sama. Akibatnya, tiada satu pun yang berjaya.

3. Menunggu untuk bermula

Apabila anda sudah menetapkan apa yang anda inginkan, anda boleh mulakan dengan segera. Saya juga pernah berada dalam keadaan dilemma seperti ini. Takut untuk bermula. Akibatnya saya telah membuang masa lebih dari beberapa bulan untuk menjana pendapatan sampingan. Try and error untuk individu yang masih baru adalah satu perkara biasa. Dan ia juga permulaan bagi satu kejayaan. Tanpa percubaan dan kesilapan, kita tidak akan dapat ilmu yang baru.

4. Tidak minat dengan pendapatan sampingan yang diceburi

Apalah guna melakukan pekerjaan part time yang paling menguntungkan namun sedikit pun anda tidak meminati pekerjaan itu. Ini boleh menyebabkan part time job anda terbengkalai. Percaya atau tidak, kebanyakan hobi dan minat boleh dijual. Contohnya, anda amat berminat untuk mempelajari resepi masakan. Anda bolehlah berkongsi resepi melalui laman web ataupun melakukan perniagaan katering secara part time. Ada baiknya anda pertimbangkan untuk menjadikan minat sebagai pendapatan sampingan.

5. Tiada Ilmu

Sebelum menceburi sesuatu bidang, sebaik-baiknya cari ilmu dulu. Jangan sekadar main hentam keromo sahaja. Anda pasti menyesal kerana buang masa. Jika anda berniat menceburi sesuatu perniagaan, ada banyak ebook yang menawarkan ilmu dari asas hinggalah yang paling advance. Anda hanya perlu google dan buat pilihan sahaja. Saya sendiri juga telah membeli banyak buku dari kedai buku serta ebook untuk mencari ilmu.

6. Usaha tidak mencukupi

Ebook sudah dibeli, ilmu sudah dimiliki. Namun masih gagal menjana pendapatan sampingan. Kenapa demikian...? Puncanya adalah kerana usaha yang tidak cukup. Untuk mengusahakan sesuatu, kita memerlukan usaha yang sungguh-sungguh dan lebih kerap. Mereka yang menulis ebook dan mempromosikan ayat seperti betapa mudah, goyang kaki, hanya duduk diam itu sebenarnya telah bekerja keras juga pada awalnya. Nasihat saya, jangan mudah terpedaya. Anda masih memerlukan usaha keras untuk menjayakan bidang itu. Tiada shortcut untuk kejayaan. Mereka hanya memberi garis panduan agar anda mengetahui teknik lebih lanjut dan tidak melakukan kesilapan yang sama.

7. Kurang sabar

Inilah punca kegagalan 99% individu yang baru bermula. Mengharapkan kejayaan sekelip mata. Ho ho... Itu adalah mimpi indah sahaja. Anda perlu bangun dan berdiri di alam yang nyata. Mereka yang berjaya tidak mengambil masa sehari dua. Tetapi bertahun-tahun. Tidak mustahil anda akan dikenali di seluruh malaysia selepas berpuluh tahun. Oleh itu, beri diri anda masa dan peluang untuk berusaha langkah demi langkah.

8. Tiada niat yang baik

Setiap hal yang baik dan berlimpah seperti rezeki, datang dari niat yang baik juga. Jika niat anda untuk mencari pendapatan sampingan adalah untuk kekayaan dan bermegah-megah. Maka tiadalah hasil yang baik, Ini salah satu pegangan hidup saya. Jika inginkan sesuatu haruslah mempunyai niat yang baik. Meskipun ia nampak remeh. Namun jangan pandang kecil okayy

9. Tidak pernah menghargai rezeki

Selama anda mendapat sedikit durian runtuh. Mungkin dari rezeki pekerjaan tetap, pernahkah anda bersyukur akannya.? Menghargai rezeki bermaksud anda tidak membazir makanan, bijak menyimpan sebagai duit kecemasan. Jangan lupa berdoa mengucap syukur atas rezeki yang telah diberi.

10. Beramal dengan ikhlas

'The more we give, the more we get !' Lebih banyak kita memberi, lebih banyak yang akan kita terima. Beramal tidak semestinya anda menderma kepada anak yatim serta orang miskin. Beramal tidak sepatutnya dihebah-hebahkan. Beramal tanpa hati yang ikhlas dan sekadar memenuhi kewajipan sahaja tidak berguna. Bagi saya, berbuat baik harus bermula dari keluarga sendiri. Terutama jika orang tua kita tidak berkerja dan bergantung sepenuhnya kepada anak-anak. So, berkat dari ibu amat penting bagi saya serta adik beradik lain. Buat masa ini, saya masih dalam proses membalas jasa ibubapa. Dapat membantu mencukupkan kewangan mereka sudah cukup membahagiakan saya. Melalui berkat inilah datangnya rezeki yang mencukupi.


~ Renung-renungkan...




No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.