Monday 3 August 2015

Kongsi Pengalaman : Kenapa Saya Pilih Rangkaian Internet Celcom Berbanding Maxis ?

Kenapa saya pilih rangkaian internet celcom berbanding maxis ? Bagi saya memilih servis internet sangat penting. Kini, internet bukan lagi kehendak. Ia bagaikan keperluan pula dalam hidup ni. Ho ho..

Sebenarnya untuk internet yang lebih jimat, ada berbagai lagi pilihan. Tapi, jika anda jarang online ataupun hanya gunakan internet untuk baca whatsapp sahaja, bolehlah cari pakej jimat bawah Rm50.

Saya hanya akan ulas mengenai penggunaan maxis dan celcom sahaja berdasarkan pengalaman saya sendiri. Ini bukan iklan. Saya tidak mempromosikan mana-mana pihak ya ^_^

Untuk pengetahuan anda, saya adalah pengguna servis internet maxis selama 2 tahun. Pakej REGULAR STREAMER. Mula menggunakan broadband maxis pada mac 2013 hingga june 2015.

Ho ho.. Internet ini dibeli oleh suami since masa dulu tu saya sangat rajin online and blogging. Semasa proses pembelian, berlaku sedikit miscommunication..Rupa-rupanya kuota ni ikut timinglah pula. Hadoii.. Too good to be true. So, Rm88 per month dengan :

Kuota 8am - 2am : 5Gb
Kuota 2am -8 am : 15Gb

Modem tu kena beli masa daftar plan maxis ni. Kalau tak salah harganya Rm150.

Sekarang ini, walaupun plan berharga Rm88, jangan lupa ya anda akan dikenakan caj GST juga. So, jumlah yang anda kena bayar around Rm90 lebih juga.

Jika anda perhatikan plan maxis dalam gambar dibawah, plan pagi dan malam mempunyai kuota yang tersendiri.


Yang tak bestnya, setiap kali login internet, mereka akan set default page mylaunchpad. Sambil mempromosikan website ni. Jadi anda akan automatik membaca berita-berita hot terkini..hoho..

Selama 2 tahun saya menggunakan broadband maxis. Kuota 2am hingga 8am tak pernah habis dalam sebulan. Baki ni tak boleh carry forward. So, dia akan burn macam tu sahaja. Rugi tak ? Jika anda jenis tak tidur malam, bolehlah ambil broadband  ni. Hi Hi..

Jika kuota habis sebelum tempohnya, anda masih boleh layari internet. Tapi, dia akan jadi super duper slow and cepat lost connection. Rasa macam nak klik saja button top up kuota tu.. Hihi.. 

Lepas habis kontrak 2 tahun, barulah saya terminate broadband maxis ni. Jika anda terminate kontrak sebelum waktunya, anda kena bayar ganti rugi ya ^_^

Cara terminate broadband maxis

Prosesnya mudah sahaja. Jangan risau. Jika anda selalu sibuk dan tiada masa untuk menguruskan internet anda. Anda tak perlu ke pusat maxis untuk terminate. Hanya buat panggilan sahaja ke maxis customer servis. Mereka akan bantu anda untuk hentikan penggunaan internet. Bayar setelah bil internet sampai ke email anda dipenghujung bulan.

Saya hanya bayar bil internet secara online Rm53, berdasarkan kuota internet yang telah saya gunakan.

Pakej Celcom 3Gb


Saya baru sahaja menjadi pelanggan internet celcom. Ini pun suami juga yang tolong beli . Pakej yang saya gunakan adalah :

Total kuota day and night : 3Gb
Wifi : 3Gb
50 minit panggilan percuma
50 sms percuma


Pakej ini berharga Rm38. Including Gst Rm40 >...Pakej ni promosi raya. Sekarang dah tak ada lagi rasanya,

Pakej ni sekarang berharga Rm40 > including Gst. Total 2Gb sahaja.

Bulan pertama, saya gunakan pakej ni.. kuota tak habis juga. Lepas cek kuota status, kuota jadi 4.4 pula. Oooh, rupa-rupanya kuota ni boleh carry forward pula. Hi hi.. Tapi hanya untuk kuota Gb utama sahaja ya. Tak termasuk wifi, panggilan dan sms.

Kelajuan internet celcom ni ok juga. Nak blogging pun no hal ! Ho ho..

Semoga membantu anda yang membaca !



No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.