Friday 19 June 2015

13 Fakta Menarik Tentang Cleopatra

Sehingga kini, Cleopatra cukup dikenali. Walaupun kematiannya telah berlaku beratus abad tahun yang lalu, namun Cleopatra masih wujud dalam pelbagai monumen, lukisan bahkan patung. Beliau adalah antara wanita yang sangat berpengaruh dalam sejarah dunia.


 1. Dalam bahasa yunani, Cleopatra bermaksud 'kemuliaan yang datang dari ayah'.

2.  Dikalangan masyarakat mesir, cleopatra membawa maksud permaisuri mesir.

3. Walaupun kita hanya mengenali beliau sebagai Cleopatra sahaja. Namun beliau bukanlah Cleopatra yang pertama. Terdapat 6 orang wanita bernama Cleopatra sebelum beliau dalam pemerintahan Ptolemy. Beliau adalah Cleopatra VII.

4. Cleopatra dikatakan mempunyai kecantikan yang sangat luar biasa. Rahsia kecantikannya adalah madu dan susu kambing. Isu kecantikannya masih menjadi perdebatan hangat hingga kini.

5. Cleopatra merupakan firaun Mesir yang terakhir selepas dikalahkan oleh kerajaan Roman dalam perang yang dikenali sebagai 'battle of actium'.

6. Cleopatra sebenarnya berbangsa yunani walaupun beliau adalah firaun terakhir mesir. Beliau merupakan sebahagian daripada dinasti Ptolemy yang memerintah Mesir selepas penaklukan Alexander the great itu.

7. Cleopatra adalah seorang wanita yang bijak. Diawal usia 14 tahun, beliau telah diberi kedudukan sebagai pembantu kepada ayahnya, Ptolemy XII.

8. Menurut ahli sejarah yunani Plutarch, Cleopatra dikatakan mampu berbicara dalam 9 bahasa iaitu selain bahasa kelahirannya yunani, bahasa lain seperti mesir, ethopia, troglodyte, ibrani, arab, syria,media dan parthia.

9. Selepas ayahnya mangkat, Cleopatra diangkat sebagai permaisuri mesir ketika beliau masih diusia remaja iaitu seawal usia 18 tahun. Beliau diberi kuasa memerintah seluruh kerajaan bersama adik lelakinya yang berusia 10 tahun Ptolemy XII. Disebabkan beza usia yang jauh, Cleopatra dikatakan mendominasi hak pemerintahan sepenuhnya. Fuh ! Bayangkan apa yang kita lakukan ketika berusia 18 tahun ?

10. Sepanjang hidupnya, Cleopatra telah berkahwin dengan 4 orang lelaki iaitu Ptolemy XIII, Ptolemy IV, Julius Caesar dan Mark Antony.

11. Cleopatra gilakan kuasa ? Demi pemerintahan kerajaan mesir, Cleopatra dikatakan telah berkahwin dengan adiknya Ptolemy XIII dan Ptolemy XIV .

Melalui godaannya pada Julius Caesar, empayar Roman yang kuat. Beliau berjaya mendapatkan takhtanya kembali dengan bantuan Caesar setelah dihalau dari Mesir . Iaitu hasil komplot Pothinus, penasihat adiknya Ptolemy XIII.

Cleopatra meracuni Ptolemy XIV agar beliau menguasai pemerintahan setelah kematian Julius Caesar. Beliau kemudiannya berkahwin dengan Mark Antony yang juga mempunyai empayar perang yang kuat.

12. Cinta agung Cleopatra dan Antony. Adakah kisah Romeo & Juliet karangan Leonardo Da vinci adalah inspirasi dari kisah cinta Cleopatra dan Antony ? 

Kerana risau Antony mengkhianatinya setelah octavian mengambil alih. Cleopatra mengutus seseorang memberitahu Antony bahawa dia telah pun meninggal. Kerana sungguh kecewa, Antony membunuh diri dengan menikam dirinya sendiri.

Beliau sempat dibawa kepada Cleopatra disaat nazak dan mati ditangan isterinya, Cleopatra. Setelah itu, Cleopatra ditangkap oleh octavian bagi mengelak beliau membunuh diri. Namun begitu, setelah dilepaskan dari tawanan, Cleopatra dikatakan telah menggunakan ular agar mematuk buah dadanya hingga mati.


13.  Cleopatra meninggal pada usia 39 tahun dan dikebumikan bersebelahan kubur suaminya, Mark Antony.


Penulis : Fakta tentang Cleopatra mempersona pelbagai orang dari pelbagai peringkat umur. Melalui kisah cintanya dengan Mark Antony, beliau telah menyatukan empayar rom dan mesir. Kita juga mengetahui bagaimana beliau menggunakan kecantikannya untuk mencapai apa yang diingininya. Petua kecantikannya juga dikaji dan diguna pakai sehingga ke hari ini.


No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.