Friday, 10 April 2015

Supercell Raih Keuntungan Cecah Satu Million Dollar Setiap Hari Melalui Clash Of Clan Coc

Supercell raih keuntungan cecah 1 million dollar setiap hari melalui aplikasi game mobile clash of clan ]


Menurut maklumat hacker, akaun supercell sehari dilihat mencecah 5 million dollar. Namun mereka percaya pendapatan ini bukan melalui coc sahaja.  Ia adalah hasil daripada 3 game mobile supercell yang paling berjaya iaitu Coc,  Hayday dan Boom beach.

Sama ada anda seorang penggemar game ataupun bukan, saya pasti anda pernah mendengar clash of clans atau nama ringkasnya COC.. Dalam bahasa melayu, coc bermaksud pertembungan puak. Game viral ini mempunyai pengaruh yang sangat besar buat si pemain sehingga mampu menggugat tumpuan pada tugasan hariannya. Pastinya betul bukan ?

Clash of clan merupakan game strategi versi mobile yang dihasilkan oleh syarikat video game Supercell yang bertempat di Helsinki Finland. Diantara ketiga game popular yang dihasilkan oleh supercell, COC adalah game yang paling menyerlah dan dikenali.

Ia pada mulanya diterbitkan untuk platform iOS pada 2 ogos 2012. Bagi android pula, aplikasi ini mula dilancarkan di kanada dan finland pada 30 september 2013. Ia kemudian menjadi lebih popular setelah diperkenalkan diperingkat antarabangsa melalui aplikasi Google play bermula 1 oktober 2013.

Coc merupakan antara game mobile yang mendominasi google play, game ini meraih rating 4.6 oleh 12,890,308 pengguna setakat hari ini. Coc ternyata berjaya memikat pengguna pelbagai usia untuk bermain aplikasi ini. Kejayaan game ini merupakan inspirasi dari game strategi sedia ada yang juga cukup popular seperti StarCraft dan Age of Empires. Kini semuanya ditangan anda. Anda boleh bermain game strategi mesra pengguna versi mobile.

Bagaimana Coc menjadikan pengguna ketagih bermain game ini ? Untuk menjadikan 'rumah' anda kebal dan kuat, anda perlu membina kubu / pertahanan sendiri, melatih kumpulan serta menyerang musuh lain. Game ini tidak semestinya anda seorang sahaja. Ia boleh melibatkan satu kumpulan yang terdiri daripada rakan-rakan anda atau siapa pun. Disinilah ia menjadikan game ini cukup menarik. Anda boleh berhubung diantara satu sama lain dalam game maya. Setiap kali anda melakukan serangan, anda akan mendapat manfaat seperti mendapat emas dan elixir / potion. Ia membantu menjadikan pertahanan anda lebih kebal.

Pengguna akan lebih kerap untuk melihat aplikasi ini untuk menyiapkan dirinya berdepan dengan serangan dari musuh lain.


Untuk bermain clash of clan, adalah percuma. Jadi bagaimana supercell meraih keuntungan hingga mencecah million dollar ? 

Dalam permainan coc, gems memainkan peranan yang amat penting. Jika anda kehabisan gems , bolehlah beli gems supaya pertahanan berkembang lebih cepat. Pembelian gems (batu permata) bermula dengan harga $ 2.50 dollar.

Gems percuma ? Selain melakukan pembelian, anda boleh melakukan aktiviti kecil, menyerang dan lain-lain untuk mendapatkan gems secara percuma. Ia mengambil masa yang agak lama sehingga berjam-jam.

Gems digunakan untuk ;

~Membina building
~Beli shield untuk mempertahankan kubu dari diserang
~Beli Dragon
~Tambah emas / elixir
~Tambah pekerja
~membina askar dengan kadar segera
~Dan lain-lain lagi

Berapa banyak gems anda nak guna bergantung dengan apa yang anda nak beli. Contohnya jika anda hendak beli shield untuk pertahanan kubu, anda perlu 250 gems berharga $2.50.

Dalam erti kata lain, gems berfungsi sebagai kepuasan segera bagi pemain yang tidak sabar menunggu. Disinilah lubuk besar keuntungan Supercell.

Apa kata Ceo supercell dan keuntungannya mengenai Coc ? 

IIkka Paananen ;“Money is not the reason we come to work each day. We come to work excited to build great games with amazing people.”






1 comment :

  1. kalau dah bosan boleh la jual ID COC dekat sini http://www.id-coc.com

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.