Seperti yang anda sedia maklum, emas mempunyai potensi yang besar untuk menjana keuntungan dalam jangka masa panjang. Nilai emas sentiasa dipandang berat dimana pun sejak zaman dahulu. Tidak seperti matawang. Nilai emas tidak akan jatuh!
Disini saya huraikan serba sedikit dan secara ringkas tentang apa yang anda perlu tahu pasal emas sebagai seorang pemula. Apapun segala kejayaan bermula dengan kajian yang mendalam. Pastikan ilmu anda cukup didada sebelum memulakan pelaburan.
Pelaburan emas terbahagi kepada dua kategori samada pelaburan emas fizikal ataupun akaun emas.
Akaun Emas
Jika anda buka akaun emas. Anda akan dapat nombor / angka sahaja dalam akaun. Anda tidak akan pegang emas yang nyata. Oleh itu, tiada risiko kecurian yang anda perlu risau. Urusan jual beli anda berdasarkan akaun ini sahaja. Urusan transaksi anda juga kurang fleksibel, Jual beli berlaku semasa office hour sahaja.
Keburukan akaun emas ini adalah anda akan terperangkap dengan bencana kewangan sekiranya berlaku. Untuk pengetahuan anda akaun emas tidak dilindungi PIDM (Perbadanan Insurans Dalam Malaysia).
Emas Fizikal
Merupakan emas yang nyata dimata anda. Anda memegang sendiri emas tersebut. kelebihan emas fizikal berbanding emas fizikal ialah anda boleh menjual sendiri jika perlu wang. Masa urusan jual beli juga lebih mudah. Wang anda juga selamat dari isu bangkrap.
Keburukan emas fizikal adalah risiko kecurian. Rasanya inilah yang menjadi kerisauan pembeli emas yang baru bermula. Tak tahu nak simpan emas dimana.
Bagaimanapun, untuk pengetahuan anda, Public safe ada menawarkan servis AGGS dengan caj 1% setahun. Namun saya rasa ianya agak mahal. Anda boleh cuba untuk menyimpan sendiri.
Antara pelaburan emas fizikal dimalaysia ialah ;
1. Kijang emas
2. Uob
3. Dinar emas kelantan
4. Public Dinar / Public Gold
5. Bunga raya
6. Barang kemas
Anda boleh membuat kajian mengenai jenis pelaburan emas ini.
Bagaimana nak semak turun dan naik harga emas mudah sahaja. Anda boleh semak melalui Public Gold.
Public Gold Rate
Ataupun melalui Maybank , boleh cek silver atau gold rate disini.
Maybank2u Gold and Silver Counter Rate
Untuk perbandingan harga emas bagi akaun emas, boleh rujuk disini
Imoney comparison Rate
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.