Friday, 24 July 2015

Kongsi Pengalaman : Petua Dan Tips Penting Agar Rambut Cantik Dan Sihat !

Salam pembaca ! Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Sudah agak lama juga saya tidak mengupdate artikel blog ini kerana kekangan masa. Artikel kali ini adalah mengenai perkongsian tips dan petua penting untuk mendapatkan rambut yang cantik dan sihat.

Setiap kita samada wanita mahupun lelaki pasti inginkan kualiti rambut yang sihat dan sempurna. Petua ini penting untuk kita amalkan setiap hari agar kualiti rambut kita sentiasa terjaga.


Penggunaan Syampu

Jika pencuci rambut yang anda gunakan sekarang ini bersesuaian dengan anda. Contohnya rambut tak gugur dan tidak berkelemumur, sebaik-baiknya kekalkan sahaja produk yang anda sedang gunakan.

Elak bertukar-tukar syampu kerana ia mampu menyebabkan kualiti rambut merosot. Hampir semua produk pencuci rambut mengandungi sejumlah kimia yang dibenarkan dan menepati piawaian. Namun pada jangka masa panjang, ia masih mampu menyebabkan kerosakan rambut. Oleh itu, Elak mencuci rambut terlalu kerap.
Menurut pakar kecantikan rambut, kita amat dinasihatkan agar mencuci rambut secara berkala kerana rambut kita juga mengandungi pelembap semulajadi sama seperti kulit.

Cuaca

Cuaca panas terik boleh menyebabkan sel rambut kering dan mati. Jika anda mempunyai aktiviti di kawasan yang panas. Lindungi rambut anda dengan menggunakan penutup seperti topi. Tidak salah anda menggunakan pelembap rambut sebagai precaution sign !

Bahan semulajadi

Siapa tak suka bahan semulajadi ? ^_^.. Sebelum ini saya amat tertarik untuk menggunakan bahan semulajadi kerana ia sememangnya bebas daripada bahan kimia. Antara kaedah yang pernah saya cuba adalah menggunakan yogurt untuk rambut. Hi hi.. hasilnya, rambut jadi lebih kering dan rosak.

Selain itu, saya juga pernah menggunakan mud ataupun lumpur (Diproses) untuk mencantikkan rambut kononnya. Tapi keesokan harinya rambut jadi bercabang pula huhu.. Jadi nasihat ikhlas daripada saya, walaupun bahan-bahan ini mengandungi nutrien penting untuk rambut. Tidak semua bahan semulajadi sesuai dengan rambut kita.

Oleh itu, elakkan daripada menggunakan pelbagai ramuan pada rambut kita.

Fesyen 

Amat sukar untuk berhenti mengayakan fesyen rambut bukan ? Hoho. Maklumlah rambut ini mampu memberi impak yang besar pada penampilan kita. Rebonding serta mengerintingkan rambut memerlukan darjah ataupun suhu panas yang cukup tinggi. Ini bererti ia mampu membunuh sel-sel rambut kita.

Sebelum ini juga saya pernah melakukan rebonding, mengerinting serta mewarnakan rambut. Untuk mendapatkan rambut yang sihat kembali, saya meminta suami untuk potong sedikit demi sedikit rambut. Kini rambut yang telah diwarnakan telah habis dipotong. Sekarang yang ada hanyalah rambut yang sihat sahaja.

Rajinkan diri anda untuk mengurut kulit kepala bila-bila masa terutama selepas mandi dan mencuci rambut. Kaedah ini baik untuk membantu melancarkan perjalanan darah pada bahagian kepala.

Saya lebih suka membiarkan rambut yang basah kering di udara tanpa menggunakan tuala. Perah secara lembut rambut anda yang basah, untuk elak air jatuh menitik dan biarkan kering.
Setelah rambut kering 80%, belai rambut anda. Anda akan rasakan ianya cukup lembut kerana rambut telah menyerap lembapan air. Hi hi. Saya amalkan petua mudah ini sehingga kini dan rambut jadi cukup lembut dan mudah diurus.

Elak menggunakan hair dryer ataupun kipas untuk mengeringkan rambut kerana ia mampu mengurangkan lembapan rambut anda.

Tidak salah anda mengamalkan suplemen seperti kolagen agar sel kulit rambut lebih cantik dan bermaya. Jika rambut anda bermasalah seperti kelemumur, anda boleh baca lebih lanjut untuk mengatasinya disini.

Mengatasi Kulit kepala Gatal Dan Berkelemumur !

Kerap belai dan usap rambut anda. Untuk wanita yang telah berkahwin, bolehlah minta suami tolong belai rambut ya ^_^.. Ho ho..

Satu lagi tips berguna yang penting untuk anda tahu adalah penggunaan minyak rambut. Elakkan penggunaan minyak rambut seperti gel kerana ia mampu merosakkan rambut anda dalam jangka masa panjang.

Sebaliknya, gunakan minyak yang mempunyai kandungan yang ringan seperti Johnson baby ataupun minyak zaitun. Jangan juga pandang ringan dengan minyak warisan nenek moyang seperti minyak kelapa dan minyak zamzam. Ia sangat bagus untuk melebatkan serta menghaluskan rambut.

Saya pernah menggunakan minyak zamzam dengan meletakkannya pada rambut sebelum tidur. Hasilnya, rambut jadi sangat halus dan lembut. ^_^.. Anda boleh cuba sendiri dan lihat hasilnya...!

Semoga artikel ini mampu membantu anda serba sedikit mengenai penjagaan rambut sihat dan cantik.

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.