Setakat ini, hanya 3 kali sahaja saya cuba untuk memasak rendang ayam. Maklumlah makanan berkuah rempah dan santan bukanlah style pemakanan harian masyarakat kaum kadazandusun...Ho ho.. Resepi ni saya dapat dari rakan sekerja dan search lebih detail dengan mr. Google.
Nak cari bahan- bahan memasak ni pun mula-mula agak blurr juga ^_^... Nampak sangatlah saya ni jarang memasak. Saya and husband sama-sama turun padang a.k.a pasar dan merajinkan diri bertanya penjual mengenai bahan memasak ni...
Hidangan ni cukup untuk 6-7 orang. So, antara bahan-bahan yang saya sediakan ialah :
1. Satu 1/2 kg dada ayam
2. Bawang 12 biji
3. Bawang putih 5-6 biji kecil
4. Serai 3 rumpun
5. Lengkuas 2 inci
6. Kunyit 2 inci
7. Halia 2 inci
8. Santan 1 pek (Jenis serbuk)
9. 1 camca rempah
10. Kerisik
Mula-mula sekali, tumbuk / blend ( Ikut Rajin) :
# Bawang merah
# Bawang putih
# Lengkuas
# Kunyit
# Halia
# Serai - tumbuk sedikit pada seluruh bahagian batang serai ni untuk keluarkan wangiannya sahaja. Jangan pula sehingga lumat.
Dah siap ? Orite ! Jom mula. Mula-mula sekali panaskan minyak. Biasanya minyak yang diperlukan agak banyak juga. Lebih kurang 100ml ataupun lebih...hi hi. Bab letak minyak ni.. saya anggarkan mengikut keperluan ya..^_^
Then, tumis bahan- bahan yang telah ditumbuk tadi. Dah kuning dan naik bau, tuang daging ayam dengan serai sekali.
Gaul sehingga ayam betul-betul masak. Fuh. Masa ni.. anda pasti akan tercium wangian rendang ayam yang sangat harum..
Biasanya saya akan letak 1 camca rempah dan santan 1 pek dalam 1 mangkuk dan tuang 200ml air. Then kacau. Campuran ni saya tambah pada masakan ayam tadi.
Tambah kerisik, 2 sudu camca ataupun ikut suka hati anda.
Letak perasa secukupnya. Biasanya saya tambah 1 sudu teh garam, gula dan 1/2 sudu teh ajinomoto.
Dan jadilah seperti ini..
~ Semoga Membantu ! ^_^
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.