Wednesday 10 June 2015

Kongsi Pengalaman : Apa itu Acute Pharyngitis ?

Hello reader ! 

Baru-baru ini saya diserang demam yang cukup hebat hingga suhu tubuh mencecah 39' celcius. Saya diberitahu doktor yang merawat diklinik swasta, saya diserang Acute pharyngitis ? Tapi saya tidak mengalami sebarang tanda ataupun simptom seperti kesukaran menelan ataupun batuk. Fuh.?

Apa itu Acute Pharyngitis ?

Ia merupakan radang atau inflamasi yang berlaku secara tiba-tiba pada pharynx, bahagian belakang tekak. Ia boleh menimbulkan ketidakselesaan seperti sukar menelan dan gatal.

Antara penyebab Acute pharyngitis adalah Jangkitan virus dan bakteria. Jika ianya disebabkan serangan virus, ia tidak akan bertindakbalas terhadap antibiotik yang diberi. Rawatan yang diberi hanya untuk melegakan simptom sahaja.

Jika ianya disebabkan bakteria, antibiotik akan diberikan. Biasanya ia disebabkan oleh jenis bakteria seperti streptococcus A. 

Antara simptom yang mungkin dialami oleh pesakit adalah kerap bersin, selesma, sakit kepla, batuk, lemah badan, letih, sakit otot, rasa mengiggil dan demam.

Ketika mendapatkan rawatan diklinik, saya dipreskripsikan dua jenis ubatan sahaja. Iaitu Tab. paracetamol 650mg dan Tab. curam 625mg. Tab pcm 650mg hanya boleh didapati dari pusat perubatan swasta saja.







Walaupun, saya diterangkan harus makan Tab.pcm 2 biji pada setiap 8 jam, tapi dos bagi tablet ini terlalu tinggi bagi saya. Ho ho... 2 biji tablet pcm bersamaan :  650mg + 650mg = 1300 mg. Dos yang sesuai untuk orang dewasa hanya 1000mg sahaja. Lainlah jika saya ini berbadan besar. Dengan berat tubuh 50kg sahaja, saya hanya makan 1 biji sahaja. Itupun jika suhu badan saya melebihi 38'celcius.

Sebolehnya, saya masih mencuba untuk tidak makan antibiotik. ^_^.. Bagi anda yang mungkin kurang tahu informasi berkenaan antibiotik, boleh baca lebih lanjut disini.

Tapi, disebabkan panas badan yang turun dan naik sepanjang 2 hari, saya pun mula makan Tab.curam 625mg. Bagi membaca suhu tubuh yang tepat, saya lebih suka gunakan termometer manual. Boleh baca cara menggunakan termometer manual disini.

Pada malamnya pula, demam masih juga belum kebah. Saya dibawa ke hospital oleh suami. Suhu badan setinggi 38.5' celsius. Pulse rate 118/ min. Normal pulse rate bagi orang dewasa 60-80 /min sahaja. Saya dimasukkan 1 pint normal saline. Fuh. Bukannya selalu jadi pesakit.

Jika pekerjaan saya membantu perawatan, kini saya pula yang dirawat. 1 pint botol drip mengandungi garam mineral yang baik untuk tubuh.

Bagi anda yang sedang demam, alternatif lain yang anda boleh cuba adalah minum minuman hidrasi seperti 100 plus yang mengandungi pelbagai garam yang diperlukan oleh tubuh.


Saya mengetahui hal ini pun daripada rakan suami yang mengamalkan minuman isotonik ketika demam untuk recovery yang cepat. Doktor yang merawat saya ketika itu memberitahu pembengkakan pada tonsil kiri sahaja. Pada hari esoknya, demam saya memang dah kebah sepenuhnya.


~THanks For ReadinG


1 comment :

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.