Wednesday, 1 July 2015

Kerap Pedih Ulu Hati. Adakah Ia Sekadar Gastrik Biasa ? Kenali Tanda Dan Simptom GERD

Hello readers ! Kali ini saya akan share dengan anda mengenai penyakit yang sangat common bagi perut iaitu Gerd.

Kebanyakan kita memandang ringan akan simptom gastrik biasa seperti pedih ulu hati. Jika anda sering mengalami pedih ulu hati, jangan pandang ringan akan hal ini. Ketahui apa yang sedang berlaku pada anda dan ambil langkah merawat dari awal.


Apa itu Gerd ?

Gerd atau nama penuhnya adalah GastroEsophageal Reflux Disease. Esophageal adalah laluan makanan sebelum sampai ke ruang abdomen kita.  

Dalam keadaan yang normal, injap bahagian bawah esophageal akan menutup laluan ini selepas anda makan. 


Apabila injap ini tidak berfungsi dengan normal, asid perut akan reflux semula ataupun naik ke atas. Disinilah pedih ulu hati ataupun heartburn berlaku. 


Tanda & Simptom Gerd

Heartburn ini tidak berkait dengan jantung anda. Sakit ini hanya terasa pedih pada bahagian dada sahaja. Simptom ini kadangkala disalah ertikan sebagai chest pain, simptom penyakit jantung. Pesakit gerd biasanya akan lebih kerap mengalami heartburn dalam seminggu. Selain pedih ulu hati, Gerd biasanya disertai dengan : 
  • kesukaran untuk menelan 
  • Radang gusi 
  • Kembung perut yang jelas kelihatan 
  • Jangkitan pada bahagian laryngx
  • Rasa masam dan pahit pada mulut. 
  • Nafas berbau

Punca Gerd 

Gerd boleh disebabkan oleh faktor jangkitan kuman pada injap bawah esofagus menjadi lemah dan tidak berfungsi dengan baik. Selain itu, penyakit seperti hiatal hernia boleh menyebabkan Gerd.  

Selain itu, hal ini meningkatkan risiko Gerd : 

  • Baring selepas makan 
  • Terlebih makan
  • Makan dengan posisi separuh baring
  • Makan sebelum waktu tidur
  • Pemakanan tertentu seperti buah-buahan sitrus, tomato, coklat, mint, halia, bawang putih, makanan berminyak dan pedas. 
  • Pengambilan minuman berkarbonat seperti cola, pepsi dan etc. 
  • Pengambilan minuman keras dan berkafein seperti kopi dan tea.
  • Merokok
  • Kehamilan
  • Pengambilan ubatan tertentu seperti ubat antihipertensi, muscle relaxer, ubat tahan sakit seperti aspirin dan ibuprofen.
  • Berat badan berlebihan / obesiti

Bagaimana merawat Gerd ?

Cara hidup / lifestyle
Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, ambil alternatif untuk menguruskan badan dengan pemakanan seimbang dan senaman. Jika anda minum kopi setiap hari, berpantanglah sehingga gerd anda sembuh sepenuhnya. Elak coklat kerana ia mengandungi sejumlah kafein yang tinggi juga. Makanan berminyak dan pedas akan menimbulkan heartburn. Bagi anda yang sedang hamil, anda hanya perlu menjaga pemakanan sahaja. 

Tips & Kongsi pengalaman : Seorang teman saya yang pernah mengalami gerd mengamalkan diet makan sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan gastrik dan heartburn. Diet cara ini juga sesuai untuk wanita yang sedang hamil. 

Ubat-ubatan seperti antasid bantu melegakan simptom kerap gerd iaitu heartburn. Contohnya ubat seperti gelusil, maalox, mylanta dan gaviscon. Bagaimanapun, anda harus waspada sedikit ya. Ubat antasid yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan sembelit ataupun diarea.

Ubatan yang membantu membantutkan penghasilan asid perut akan membantu menyembuhkan esofagus yang luka akibat asid. Contohnya seperti pantoprazole dan esomeprazole. 

Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda ^_^








1 comment :

  1. I am regular reader, how are you everybody?
    This piece of writing posted at this web site is really
    good.

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.