Wednesday 10 June 2015

Kongsi Pengalaman : Antibiotik Punca Jangkitan Kulat Pada Vagina

Sesetengah kita wanita, kadangkala malu untuk sharing perihal kemaluan dan mendapatkan rawatan berkenaan jangkitan pada vagina. Apatah lagi wanita bujang. Tapi, sebenarnya hal ini adalah perkara normal dan tidak seharusnya dilengahkan. 

Selepas sembuh dari Acute Pharyngitis yang saya alami baru-baru ini, timbul pula hal baru yang tidak diingini. Sakit seperti burning sensation dan discaj berwarna kuning keju tanpa bau. Jadi, saya rujuk hal ini pada pakar sedia ada, iaitu internet. Semuanya ada dihujung jari. ^_^

Rupa-rupanya antibiotik yang saya ambil semasa acute pharyngitis juga boleh menyebabkan kehadiran kulat divagina. Bagaimana ini berlaku ?

Kita tahu bahawa antibiotik bertindak dengan membunuh kebanyakan bakteria yang ada dalam tubuh. Ini termasuklah bakteria yang normal dan diperlukan tubuh seperti bakteria pada vagina. 

Apabila bakteria normal ini dimusnahkan, fungus yang ada dalam jumlah yang kecil akan menjadi berganda. Inilah punca ketidakselesaan seperti gatal, discaj berwarna kuning keju, gatal, iritasi dan sakit ketika kencing.

Selain antibiotik. Terdapat pelbagai lagi punca lain yang boleh menyebabkan jangkitan kulat pada vagina. Contohnya seperti kehamilan, penyakit seperti kencing manis yang tidak terkawal, pengambilan gula yang terlalu banyak, sistem imuniti tubuh yang lemah, tekanan dan tidak cukup tidur.

Bagaimana merawat jangkitan kulat pada vagina ? Rawatan terbaik yang disarankan adalah menggunakan krim anti fungus ataupun makan ubat secara oral yang disarankan oleh doktor. Berjumpalah doktor dengan segera. 

Sesetengah website yang saya baca ada menyarankan agar wanita consume minuman kaya lactobacilus untuk menggantikan bakteria normal yang telah dimusnahkan. Contohnya minuman seperti vitagen dan yakult.

Tapi walaupun tanpa minuman ini, anda tak perlu risau, kerana bakteria normal akan datang semula selepas antibiotik yang anda makan complete. Tapi, ia akan mengambil sedikit masa.

Sepanjang tempoh jangkitan dan rawatan, apa yang kita boleh lakukan ?

Pastikan anda jaga kebersihan vagina. Kerap tukar panty liner ataupun seluar dalam bagi mengelak ketidakselesaan. Cuci dengan air suam sahaja. Elak cuci dengan sabun antibakteria seperti detol bagi mengelakkan bakteria normal dimusnahkan. 

Makan makanan yang sihat dan kurangkan pengambilan gula untuk mengelakkan fungus membiak lebih subur. 

Elak melakukan hubungan seks dengan pasangan bagi mengelak pasangan anda juga dijangkiti. 

Merawat vagina secara semulajadi ?

Menurut mayo clincic, ini adalah kaedah yang popular :
  • Tea tree oil cream
  • Garlic or Boric acid vaginal suppositories
  • Yogurt taken orally or inserted in vagina (mayo)
Bagi mengelak jangkitan vagina dan kulat berulang, pastikan anda :

  1. Elak pemakaian seluar atau seluar dalam ketat
  2. Elak penggunaan tampon dan pewangi wanita
  3. Makan makanan yang sihat dan seimbang
  4. Amalkan yogurt dan minuman lactobacillus 
  5. Elak douching pada vagina
  6. Kencing sebelum dan selepas melakukan hubungan seks dengan suami mampu mengelak jangkitan salur kencing.


Bagaimana wanita? semoga artikel ini bermanfaat untuk anda ~

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.