Saturday, 6 June 2015

Jual Produk Kraftangan (Diy) Anda DiLaman Antabangsa

Artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel saya bagaimana menjual barangan diy secara online. Ada banyak laman web yang anda boleh gunakan sebagai platform untuk menjana pendapatan dari bakat rekaan anda.

Jika produk anda tidak mendapat tempat di malaysia, ia mungkin barangan yang sangat unik bagi warga asing. You never try, you never knew !

 

#Etsy

https://www.etsy.com/shop/HunterPassLeather?ref=shopsection_shophome_leftnav

Rasanya ramai yang tahu tentang laman web etsy. Terlalu banyak barangan unik dan vintage yang anda boleh lihat disini. Sebab itulah ia cukup popular. Untuk menggunakan etsy, anda perlu bayar ya. Ia bukannya percuma. Bagi anda yang mungkin masih baru dalam dunia kraftangan. Saingan adalah terlalu tinggi. Anda akan dikenakan caj listing meskipun belum ada barangan terjual. Ia agak merugikan jika produk anda tidak laku.  

Tapi, anda tahu tak ? Etsy adalah laman yang sesuai untuk anda cari inspirasi bagaimana mencipta rekaan D.i.y anda yang relevan. Jika anda mereka dompet d.i.y, cari kraftangan dompet dan lihat koleksi mereka yang famous dan terjual !


#Artfire
http://www.artfire.com/
Laman ini juga adalah laman kraftangan yang mempunyai trafik yang boleh tahan hebatnya. Ia amat dikenali dikalangan diy lover. Untuk membuka stor kedai, basic akaun...Anda akan dikenakan caj sebanyak $12.95. Namun apa yang membuatkan ia berbeza daripada etsy ? Anda tidak akan dikenakan bayaran untuk setiap item yang terjual.


#Supermarkethq

http://supermarkethq.com/browse/everything


Laman web ini menawarkan pelbagai produk jualan yang sesuai untuk gift. Jika anda berminat, anda boleh mencari inspirasi disini. Sign up percuma sahaja. Untuk fee dan membership, sila lawat website mereka ya ^_^

#Freecraftfair

http://freecraftfair.com/
 
Laman web jualan kraftangan juga. Tidak dinyatakan yuran dikenakan pada penjualan kraf.


#Handmadeartistsshop

https://handmadeartists.com/


Merupakan kombinasi pemasaran dan forum komuniti. Jika anda sedang mencari koleksi karyawan dan artis yang masih belajar dalam dunia D.i.y. Laman ini mungkin boleh membantu anda.


#Dawanda
 
http://en.dawanda.com/

Merupakan laman web yang sangat mesra pengguna. Penjual dibenarkan berkongsi koleksi unik produk dengan rakan komuniti.

#Spoonflower

http://www.spoonflower.com/welcome

Bagi pereka yang amat berminat dengan fabrik. Boleh lihat lebih lanjut disini. Laman ini  menumpukan penjualan fabrik cetak dan design sendiri .


#Ebay 

http://www.ebay.com/


Siapa tak kenal laman ebay ? Ho ho.. dahulunya ebay sangat popular dengan jualan barangan kraftangan. Tapi kini, ia lebih kepada penjualan barangan fizikal dan elektronik. Tapi tidak salah jika anda memilih ebay untuk menjual kraftangan anda.

Pilih Ebay malaysia untuk memudahkan urusan jual beli. 

Tips : Gunakan laman ini bukan saja sebagai platform jualan anda, tapi jadikan ia sebagai sumber inspirasi dari artis kraftangan lain.

Cabaran menjual diperingkat antarabangsa : Menjual dilaman online yang dilihat diseluruh dunia bukanlah semudah 1, 2 dan 3.. Anda perlu buka akaun antabangsa seperti paypal ataupun kad kredit untuk transaksi jualan. Jika anda belum berpengalaman, cuba dapatkan pengalaman menjual di malaysia dahulu.

Semoga bermanfaat ~

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.