Wednesday 25 November 2015

Kongsi Pengalaman : Tips Mengatasi Batuk Yang Melampau

Minggu ini dah masuk minggu kedua saya mengalami batuk. Bezanya kini saya dalam proses recovery. Mulanya saya mengalami demam yang boleh tahan tinggi juga. Bukan itu sahaja, ia buatkan badan jadi lebih lemas.

Meskipun demam, seboleh-bolehnya saya elakkan makan paracetamol. Saya hanya minum 100 plus dan air suam yang banyak untuk mengelakkan dehidrasi tubuh. Minuman isotonik bagus untuk menstabilkan garam mineral. Lebih kerap kencing, lebih baik. Sebab dengan cara ini, demam kita akan turun lebih cepat. Pada masa yang sama, ia bantu untuk menyingkirkan toksin dari tubuh.

Bila demam dah berkurang, sakit tekak pula. Sakit tekak ni sememangnya amat menganggu aktiviti harian. Bila demam surut, bermulalah batuk yang agak melampau. Sampaikan sakit dada, kepala dan mengeluarkan air mata bila mula batuk.

Batuk ni boleh mencecah lebih dari 2 minggu, namun anda tak perlu risau akan batuk kering selagi berat badan tak turun dengan mendadak, tak berpeluh malam. Apapun anda boleh baca lebih lanjut mengenai batuk tibi Disini

Batuk kering ini sakitnya lebih terasa. Selagi kuman tidak mati, selagi itulah batuk ini lebih kering dan tidak berkahak. Batuk boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun bakteria. Jika batuk disebabkan virus, antibiotik mungkin tidak efektif kerana ia anti-bakteria sahaja. Biasanya imuniti tubuh kita sendiri akan bertindakbalas terhadap infeksi viral.

Sebenarnya batuk dan selsema tidak memerlukan antibiotik. Antibiotik tidak boleh diambil sewenang-wenangnya apatah lagi jika caranya salah. Ia boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk. Anda perlu tahu kepentingan pengambilan antibiotik disini.

Apapun tidak salah anda makan antibiotik jika telah dipreskripsikan oleh doktor. Pastikan antibiotik dimakan mengikut masa yang telah ditetapkan dan dihabiskan.

Saya tidak mengambil antibiotik untuk batuk ini meskipun ianya agak parah. Ho ho.. Anda mungkin boleh mencuba resepi bawang putih yang dibakar ( kredit to blog hairul.com)...Bawang putih pun elok juga kerana ia antibakteria semulajadi. Tak sempat lagi try petua ni. Ubat untuk pecah kahak tidak akan berkesan hingga kuman mati.

Ubat batuk yang saya biasa ambil dan efektif buat saya adalah cap batuk yang dah berkurun, ho ho.. ubat batuk cap ibu dan anak. Ubat batuk ni agak kuat, untuk wanita yang sedang haid, amatlah tidak digalakkan sebab ia buat haid berhenti serta merta. Ni menurut pengalaman saya sendiri. Ia juga tidak digalakkan untuk wanita yang sedang hamil.

Berbeza dari my husband, ubat batuk yang lebih efektif, adalah woods pepermint cough syrup. Kalau anda tak pasti, ubat batuk apa yang baik untuk anda, boleh dapatkan nasihat pharmacist ataupun doktor di klinik.

Fisherman friend : Gula-gula ni wajib saya ada. Perisa lemon ! Terutama bila dah mula batuk yang amat melampau. Ia baik untuk sakit tekak kerana mengandungi lozenges. Pernah juga batuk melampau sebelum ni, hanya bergantung pada gula-gula ni sahaja. It works fine! Yang bestnya, paket ni boleh ditutup. So, mudah untuk kita bawa dan tidak tercemar.

Tips : Hisap gula-gula ni dan minum air yang banyak melegakan batuk dan gatal tekak.

Masa musim batuk saya ni, saya dah menjangkitkan En. suami dan my kid juga. Barulah jadi insaf. So, pastikan anda gunakan sapu tangan untuk tutup mulut ketika batuk. Jika anda batuk dan tutup mulut menggunakan tangan, pastikan anda kerap cuci tangan. Saya akan sentiasa bawa ni. Hanya sapu sahaja. Membunuh kuman 99.99%.


Batuk sebenarnya baik kerana kerana kita mengeluarkan kuman pada tekak. Sebab itulah jika anda perasan kebanyakan ubat batuk mengandungi expectorant. Ia menggalakkan kita batuk lebih kerap.
Yang kurang bestnya, orang terdekat kita pula akan jadi mangsa. hmmmm

Okayy, proses batuk sebenarnya adalah begini :

1. Batuk kering tanpa kahak / sakit tekak

2. Kuman mati

3. Kuman yang mati dimakan sel darah putih

4. Sel darah putih mati. Ia jadi kahak berwarna kuning pekat. Mengandungi nanah

5. Kita batuk berkahak dan mengeluarkan kahak kuning ini. Batuk tahap ini nampak lebih parah tapi sebenarnya ia adalah tahap penyembuhan. Semua individu akan rasa lebih lega bila batuk tahap ini.

Nasihat dari doktor, sepanjang musim batuk, elakkan produk tenusu seperti susu, keju, mentega, aiskrim dan yogurt. Baik untuk elak kahak jadi lebih banyak dan pekat. Selain itu, minum banyak air suam untuk memudahkan proses buang kahak..

~ Semoga membantu !

1 comment :

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.