Sunday, 7 June 2015

10 Petua Mudah Jaga Kesihatan Mata

Ada pelbagai tips mudah yang kita boleh amalkan untuk mendapat mata yang nampak segar dan sihat. Antara petua tersebut adalah :

1. Cukup tidur dan rehat



Bila kita tak cukup rehat, mata akan nampak lebih kemerahan. Salur darah kecil berwarna merah kelihatan. Ini berlaku apabila salur darah kecil pada konjunktiva anda membesar sedikit.

Salur darah ini cuba membawa lebih banyak oksigen ke kornea mata atau tisu yang meliputi mata. Mereka yang tidak cukup tidur dan rehat juga akan mempunyai eyebag berwarna hitam disekitar mata. Pastikan anda tidur awal dan secukupnya sekurang-kurangnya 6-8 jam bagi orang dewasa.


2. Elak merokok

Seperti yang kita tahu, merokok dihubungkan dengan pelbagai punca isu kesihatan. Bagi anda yang mungkin tak tahu. Merokok juga boleh menyebabkan pelbagai masalah pada mata seperti buta, katarak, rabun, kemerahan pada mata, glaucoma dan pelbagai lagi komplikasi.



3. Mentimun Untuk Mata

Ini adalah salah satu aktiviti kecantikan yang paling digemari oleh wanita. Meletakkan timun pada kedua kelopak mata dan relaks.

Apa agaknya faedah timun untuk mata ? Selain kaya antioksida, timun mengandungi ascorbic acid dan asid caffeic yang mampu mengurangkan retensi air pada mata yang menjadi punca kebengkakan dan cekung pada mata. Melalui cara ini, mata anda akan nampak lebih sihat dan segar.

Selain itu, permukaan timun yang agak sejuk mampu membuat mata anda lebih relaks.  Lelaki juga boleh melakukan aktiviti ini. Lakukan setiap kali anda rasa mata anda letih. 


4. Melihat Pemandangan Hijau

Jika anda bangun dengan melihat pembangunan moden setiap hari. Cuba kaedah ini pula, keluar ke rumah dan perhatikan warna-warna hijau alam semulajadi.

Walaupun fakta sains mengatakan mata mempunyai sensitiviti tinggi terhadap warna hijau. Tetapi, kebanyakan mereka yang berbuat demikian berpendapatan, mata mereka terasa lebih relaks. 

Tips ini juga sesuai bagi mereka sedang stress !


5. Letak air sejuk pada kelopak mata 

Kaedah ini adalah alternatif jika anda tidak mempunyai mentimun. Tak perlu susah payah serta membazir untuk beli produk hilangkan lingkaran gelap sekeliling mata. 

Caranya, letak pada sekitar mata anda sebaik sahaja anda bangun tidur. Anda akan perasan lingkaran gelap akan hilang dalam masa yang singkat, sekitar 2-3 hari saja dan mata nampak lebih segar. Pastikan anda melakukannya setiap pagi secara konsisten untuk melihat hasilnya. 


6. Laptop dan Android

Sekiranya anda seorang yang menghadap komputer selama berjam-jam ataupun sukar berpisah dengan android. Adjust brightness android dan laptop tersebut. Contohnya jika anda berada di tempat yang gelap, pastikan brightness android juga berada dalam mode brightness yang paling rendah. Tapi cara yang terbaik adalah menghadkan penggunaan alat elektronik tersebut. 


7. Memakai Kaca mata hitam / sunglasses

Pendedahan yang terlalu banyak pada UV matahari mampu meningkatkan risiko katarak dan degenerasi macular. 

Pilih kacamata yang menghalang 99% ataupun 100% UVA dan UVB setiap kali anda keluar ke suasana yang panas terik.


8. Vitamin untuk mata

Amalkan pemakanan yang sihat untuk mata seperti asid lemak omega-3, lutein, vitamin C dan E. Contoh golongan makanan tersebut adalah sayur-sayuran seperti bayam. Ikan salmon dan tuna. Telur, kekacang. Buah oren, aprikot dan pelbagai lagi buah-buahan sitrus.


9. Letak Bag tea pada mata

Jika anda penggemar tea. Jangan buang  paket tea yang telah digunakan itu. Simpan dalam peti sejuk anda. 

Perah sedikit paket tea itu dan letak pada kedua belah kelopak mata anda. 

Tea mengandungi kafein dan tannin yang membantu mengecutkan salur darah dan mengalakkan air bertakung disingkirkan dari kawasan sekitar mata. 


10. Lakukan pemeriksaan teratur untuk mata.

Sesetengah penyakit seperti kencing manis boleh menyebabkan komplikasi yang teruk seperti buta. Pastikan anda melakukan pemeriksaan mata setiap bulan untuk mengetahui tahap kesihatan mata anda.


Semoga bermanfaat ~

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.