Wednesday 2 December 2015

Komisen Pertama Ashadee : Cara Withdraw / Cashout Komisen Dari Ashadee

Finally ! Setelah mencapai tahap minimum cashout ashadee, dapat juga menikmati bonus hasil usaha saya ni. Meskipun ia tidaklah banyak mana, namun ia adalah satu kebanggaan buat diri saya. Maklumlah bukan mudah blog yang berusia setahun jagung dan tidak dikenali bersaing mendapatkan pembeli ebook dengan affiliater otai lain.

Mungkin masih ramai yang tidak tahu cara untuk mendapatkan earning dari ashadee. Jadi saya kongsikan entri ini berserta tips penting buat anda sebagai panduan agar  tidaklah anda terkial-kial seperti saya hendak cashout earning ashadee. Ho ho..

Okayy, memandangkan kita membuat jualan ebook ashadee, maka status kita adalah publisher. Ketika pertama kali mendaftar, anda sepatutnya telah mengisi profile dengan lengkap. Namun begitu, tidak salah kita periksa semula profile akaun ashadee kita ni. Pergi ke > profile > kemaskini profile anda. Pastikan butir-butir diri kita telah lengkap diisi.

Pastikan status anda sebagai publisher telah verified. Lihat bahagian certtification jika status akaun kita telah disahkan. Untuk mendapatkan status verified, anda perlu submit / hantar format Jpeg salinan mykad sebagai bukti pengenalan diri.


Pada bahagian bawah PROFILE , anda akan lihat payment info : How should we pay you ?

Periksa juga semula bahagian ini, apakah jenis pembayaran yang anda inginkan dari ashadee. Ashadee membayar dengan 3 cara :

~ Paypal 
~ Cek 
~ Bank transfer 

Saya memilih kaedah pembayaran bank transfer kerana ia lebih mudah dan fleksibel. Meskipun mempunyai akaun paypal, memilih cara ini tidak cukup bermanfaat bagi saya kerana perlu melakukan transaksi ke bank local sebelum boleh menikmati bonus. Ia ibarat menyusahkan diri sendiri. Ho ho.. Sama juga dengan cek. Perlu ditunaikan terlebih dahulu.

Oleh itu, pastikan anda telah memilih bank transfer :

Matawang dibayar mengikut ringgit malaysia. Anda tak perlu susah-susah pula ya nak guna matawang apa..^_^... Minimum cashout, anda boleh tetapkan sendiri. Ia terdiri dari Rm50, Rm100, Rm500 dan Rm1000.  Saya pilih Rm50 sahaja. Nak tunggu ke Rm1000, tak tahu boleh sampai ke tidak...hehe..

Pastikan penama akaun bank serta no. akaun telah disi dengan betul. Ashadee tak akan ganti rugi dengan kesilapan kita ni ya.. So, please take note.




Pembayaran dibayar setiap 2minggu setelah jumlah minimum earning mencukupi. Iaitu hanya pada hari rabu. Bermaksud, jika anda telah berjaya menjual beberapa unit produk dan komisen melebihi Rm50, maka anda layak mendapat bayaran pada 2 minggu seterusnya. Menurut ashadee, akaun yang masih baru mungkin mengambil masa sehingga 4 minggu untuk layak mendapat bayaran. Namun pembayaran saya hanya mengambil masa 14 hari sahaja.

Sebelum bayaran dikreditkan, ashadee akan bagitahu kita mengenai pembayaran ini serta jumlahnya melalui emel.



Bank transfer mengambil masa sehingga 3hari waktu bekerja. Walaupun saya telah berjaya mendapat komisen ashadee melebihi Rm60, namun saya tidak mendapat 100% hasil jualan ini. Ini kerana ashadee akan hold 20% komisen sebagai perlindungan daripada refund, chargeback dan fraud. Namun, ia akan dikreditkan semula ke akaun setelah mencapai tempoh 28 hari.

Jadual pembayaran, hold dan release mengenai ashadee mungkin akan membuatkan anda bingung sedikit. Namun, ashadee ada memberi panduan bagaimana memahami term-term proses pembayaran mereka. Anda boleh lihat pada > bagaimana komisen saya dibayar. Atau, boleh baca lebih lanjut pada gambarajah yang saya telah screenshot dibawah.
Kredit to Ashadee Webpage 

Kita akan lihat status paid setelah pembayaran komisen daripada ashadee. Contohnya seperti ini.


Okayy.. setakat itu sahaja. Saya harap anda dapat memahami serba sedikit mengenai earning ashadee. Mudah sungguh bukan? Anda tak perlu pun susah-susah withdraw setiap kali berjaya membuat jualan. Hanya perlu setup dan tunggu bayaran masuk akaun sahaja. Ho ho..






2 comments :

  1. Ooo Ashadee ada hold 20%. Patut lah. Sesetengah offer ada moneyback gurantee, jadi logiklah ashadee simpan dulu, mana tahu ada buyer yang claim refund

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup... baki 20% akan dibawa ke hadapan jg jika pembayaran tiada masalah ^_^

      Delete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.