Setelah struggle hampir setahun jugalah dengan masalah jerawat ni, mulalah saya kaji pasal jerawat ni. Ia sememangnya banyak membantu saya. Then saya pun aplikasikan apa yang saya dah fahami. Saya tak mempromosikan sebarang produk jerawat ya. Tips ni adalah mudah untuk anda amalkan. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita kenalah tahu apa yang menghalang kita untuk berjaya. Jerawat sembuh pun satu kejayaan besar untuk diri sendiri.
1. Kerap sentuh wajah
Bila dah tumbuh jerawat, mesti rasa tak aman kan ? Tak mahulah ia berdiri tegak atas wajah tu. Jadi anda nak singkir serta merta. Bukan begini caranya mengisytiharkan 'perang'. Mulalah gatal tangan nak picit jerawat. Nilah aktiviti saya dulu. Bila dah faham and saya pun dah mula fed up dengan masalah jerawat, saya biarkan saja. Saya hanya gunakan produk jerawat dan tak kacau langsung. Dan hasilnya, it does help me almost 70%. Jerawat dah nampak mula berkurang. Nak tahu kenapa ?
2. Pemakaian alat/ bahan kosmetik
Walaupun anda rasa pakai bedak tu boleh cover jerawat kehitaman dan parut , anda sebenarnya memburukkan lagi keadaan wajah. Liang pori yang tersumbat akan menyebabkan tumbuhnya jerawat. Kesan kimia seperti bedak dan foundation tak akan tanggal 100% ya.
Less is more. Sebaiknya jangan gunakan make up kerana wajah anda sekarang ni dikategorikan sebagai kulit sensitif.
3. Pemakanan
Jangan terkejut. Pemakanan juga mempengaruhi jerawat anda. Elakkan pemakanan berminyak, pedas, produk makanan berasaskan tenusu seperti keju. Jangan minum mimuman berkarbonat kerana ia mengandungi gula yang tinggi.
Elak makan kekacang, kek dan daging. Gula nilah yang menjadi sumber makanan jerawat bakteria ni. Beauty is pain. Nak cantik / kacak perlukan pengorbanan. Minum banyak air. Berpantanglah dulu. Lebihkan sayur-sayuran dan rebus lauk anda. Bebas minyak.
4. Kerap Stress
Bila dah jerawat mula tumbuh, anda mesti akan stress. Jangan ok?! Stress bukan penyelesaian tapi mencetus masalah yang lebih besar. Ia akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon anda. Ia pasti akan menjadikan wajah anda ditumbuhi lebih banyak jerawat.
Bagaimana stress menyebabkan jerawat? Secara purata, kulit kita mempunyai masalah liang pori tersumbat. Namun ianya sukar dilihat oleh pandangan kasar. Stress menyebabkan tindakbalas inflamasi dalam tubuh dan menyebabkan dinding liang pori ini untuk pecah dan keluarnya jerawat. Disinilah berlaku kemerahan pada jerawat dan menjadi nanah apabila dicemari bakteria.Tangani stress anda dengan baik.
5. Pemakaian produk tidak sesuai
Kita sebenarnya mudah terpengaruh pada iklan dan testimoni orang. Setiap kulit kita berbeza tindakbalasnya. Mungkin pada orang lain sesuai tapi tidak pada kulit sensitif seperti kita. Gunakan pencuci yang ringan kandungannya. Bahan pencuci berasaskan semulajadi seperti teh hijau sangat bagus untuk jerawat.
Ia mampu mengurangkan inflamasi, kemerahan dan antiseptik bagi jangkitan bakteria. Bahan pencuci berkimia yang mengandungi alkohol dan benzyl peroxide kadangkala tak sesuai untuk kulit kita. Bagi saya kandungan ini agar berat. Tak semua produk jerawat sesuai dengan wajah kita. Saya pernah menggunakan pencuci wajah oxy clean and I'm end up with suffering lots of big acne.
6. Cara pemakaian produk tidak betul
Jangan gunakan skrub jika anda berjerawat. Dikhuatiri jerawat anda pecah dan menyebabkan jerawat merebak dan merosakkan sel kulit. Namun jika jerawat anda dah sembuh. Hanya on & off satu dua sahaja dan tidak bernanah, anda boleh gunakan skrub. Saya hanya gunakan skrub berasaskan tea tree juga dua kali seminggu. Gosok dengan lembut sahaja. Jangan menyental terlalu kasar dan jangan gunakan terlalu kerap. Skrub baik untuk menanggalkan sel kulit mati pada wajah. I love scrubbing. Saya lakukan scrubbing setiap hari selasa dan jumaat saja. Jika saya lakukan scrubbing pada waktu petang, saya hanya gunakan pencuci wajah sebelum tidur. Ini untuk mengelakkan wajah jadi terlalu kering.
Sesetengah orang berpendapat lebih kerap cuci wajah , lebih bersih wajah anda dari sebarang bakteria. Saya juga pernah berfikir seperti ini. Selepas mencuci, wajah kita akan memang akan lembap dan lembut tapi kesan itu sementara saja. Wajah kita mempunyai pelembap semulajadi. Jika mencuci wajah terlalu kerap, pelembap ini akan hilang. Kulit akan menjadi kering dan jerawat lebih mudah tumbuh.
Jangan gunakan krim wajah kerana wajah akan lebih mudah berminyak dan liang roma lebih mudah tersumbat. Cukuplah sekadar pencuci wajah dan toner untuk sementara waktu. Jangan gunakan colgate untuk merawat jerawat sebab kaedah ini sebenarnya merengsakan kulit.
7. Tidak setia kepada satu produk
Been there...! he he.. Kita sentiasa mencari produk terbaik untuk wajah. Tapi teknik suka mencuba ni sebenarnya menjadikan wajah lebih sensitif. Jangan gunakan produk sesuka hati. Wajah kita ni bukannya bahan uji kaji.
Dapatkan nasihat pakar kulit ataupun doktor ataupun gunakan bahan berasaskan semulajadi yang dikhaskan untuk jerawat. Biasanya jika anda berjumpa doktor, anda akan diberi tablet antibiotik. Tapi bergantung kepada makan antibiotik untuk jerawat pun tak elok juga. Nak makan sampai bila ?
8. Persekitaran tak bersih
Tengok sekeliling anda. Anda mungkin tinggal dalam persekitaran tak bersih. Bersihkan bilik tidur anda. Buka tingkap setiap hari untuk pertukaran udara yang lebih segar. Kalau tak buka tingkap, bakteria akan berkumpul dan tinggal dengan anda. Lihat cadar tu, dah hitam tak? Cucilah lebih kerap.
Gunakan tuala yang bersih ketika mengelap wajah. Sebaiknya tukar tuala anda untuk mengelap wajah setiap hari. Cara saya, saya akan biarkan air basuhan diwajah kering secara semulajadi. Anda akan merasa kulit lebih segar dan lembap. Ni juga dapat elak bakteria dari tuala singgah diwajah. ^_^
9. Kelenjar minyak terlalu aktif
Tak boleh nak buat apa-apa. Dah zaman remaja hormon lebih aktif. Tapi anda boleh kurangkan risiko dengan melakukan semua tips mudah diatas.
Ni pic saya yang dah agak lama juga. Tapi ianya saya ambil selepas wajah sembuh sepenuhnya dari jerawat.
Sekarang ni ? masih ditumbuhi jerawat tapi tidaklah seteruk sebelum ni. Ia hanya akan menyerang ketika musim period/ stress..Ho ho..
Jika anda mempunyai jerawat di bahagian tubuh juga, saya ada menulis Bagaimana merawat jerawat dibadan.
Semoga Berjaya!
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.