Sunday 4 October 2015

Kongsi Pengalaman : Tonsilitis Punca Demam Dikalangan Bayi Dan Anak kecil ? Tips Penting Ibubapa Wajib Tahu

Ini adalah kali kedua saya menulis entri perkongsian menangani demam dikalangan bayi dan anak kecil. Inilah cabaran menjadi ibubapa. Sentiasa ada kerisauan. Apatah lagi jika anak kita sakit, makin tak keruan jadinya.

Namun kali ini saya lebih cenderung menulis soal tonsilitis punca demam. Satu fakta yang anda harus tahu, demam adalah WARNING SIGN. Ia sedang memberi amaran bahawa jangkitan sedang berlaku dan tubuh sedang melawan infeksi bakteria ataupun virus. Adalah amat penting untuk anda memperhatikan sign and symptom yang berlaku pada si kecil. Contohnya batuk, selesma, sakit perut, cirit birit, muntah, dan sebagainya.

Selain infeksi telinga, tonsilitis adalah antara jangkitan yang kerap berlaku dikalangan bayi dan anak kecil.

Apa itu tonsilitis ?

Ia adalah jangkitan pada tonsil yang disebabkan oleh serangan virus. Virus sama yang menyebabkan selesma. (Influenza)..
Sesetengah kes juga boleh disebabkan oleh infeksi bakteria yang terdiri daripada Group A streptococcus bacteria.

Baru-baru ini, anak saya diserang demam high grade kerana tonsilitis. Ia melebihi 38 ' celsius ke atas. Saya gunakan termometer manual kerana ukurannya lebih tepat lagipun si kecil ini sudah boleh menerima arahan dengan baik. Untuk anak berusia kurang dari 2 tahun, gunakan saja digital termometer kerana ia lebih selamat. Termometer manual mengandungi merkuri dan boleh menembusi kulit jika pecah.

Infeksi ini menyebabkan anak saya kurang selera, ini disebabkan oleh sore throat dan menunjukkan tanda ingin muntah. Saya juga perasan si kecil ini berdengkur ketika tidur. Ini bukanlah kali pertama dia diserang tonsilitis. Ia membuatkan saya dan suami lebih alert.

Ketika saya membawa dia ke klinik beberapa bulan lalu, selepas 3-4 hari demam masih tidak kebah, doktor mengesahkan tonsilitis. Banyak nanah pada bahagian tonsil. Jika dulu saya risau memberikan aiskrim jika anak demam sakit tekak.  Doktor menggalakkan anak diberikan aiskrim untuk mengurangkan sakit kerana ia memberi rasa kebas pada tekak.

Jadi demam kali ini, saya menjangkakan tonsilitis. Saya periksa bahagian tonsil anak dan mendapati banyak nanah pada bahagian kanan tonsil.

Bagaimana nak periksa ?

Mudah sahaja. Gunakan penyuluh dan tekan lidah anak menggunakan tongue deppressor. Boleh dapat dimana -mana farmasi. Lihat pada bahagian tonsil jika berlaku kemerahan, bengkak dan nanah.

Namun, jika anda sukar melakukannya, jangan kecewa. Serahkan kepada yang pakar. Biarlah doktor melakukannya.

Demam kali ini, doktor hanya memberitahu ia adalah infeksi viral biasa dan dia hanya prescribe sirap paracetamol sahaja. Mungkin kerana anak tiada batuk, selesma dan muntah-muntah. Dia terlepas untuk memeriksa bahagian tekak si kecil. Setelah saya memberitahu banyak nanah pada tonsil,  barulah antibiotik diberi.


Biasanya setelah 2-3 kali anda memberi ubat antibiotik, demam akan berkurangan. Jangan beri sirap paracetamol jika demam tidak melebihi 38' celsius. Kita tahu yang paracetamol tak baik untuk hati jika diberi terlalu kerap. Apatah lagi untuk si anak kecil.

Untuk bayi dibawah 6bulan, biasanya ubat- ubatan tidak digalakkan kerana mampu merosakkan hati bayi. Beri mereka air suam secukupnya dan teruskan penyusuan susu ibu. Ia mengandungi antibodi yang membantu tubuh bayi melawan penyakit. Jika anda memberi susu botol sahaja kepada bayi, berikan air secukupnya dan dapatkan nasihat doktor atau pakar bayi dan kanak -kanak. Pastikan anda melakukan tepid sponging untuk mengelak demam jadi terlalu tinggi.

Ibubapa moden dan bekerja biasanya memilih menggunakan cool fever sahaja. Gunakan dengan cara yang betul. Jangan letakkan cool fever pada dahi kerana ia berisiko merosakkan sel sel otak. Letak cool fever pada bahagian tengkuk atau anggota badan sahaja.

Pastikan antibiotik untuk anak dihabiskan. Baca lebih lanjut tentang antibiotik disini. Tips penting anda harus tahu sebagai individu dan ibubapa.


Secara ringkasnya, menangani tonsilitis harus :

~ Melakukan tepid sponging ( Mandi berjelum)
~ Beri antibiotik hingga habis
~ Air secukupnya
~ Pastikan kebersihan tangannya terutama jika mereka sudah mula makan sendiri
~ Jaga kebersihan berus gigi anak dan tukar setiap 3 bulan.

Anak kita menggunakan berus gigi setiap hari dan tempoh expired berus gigi adalah 3 bulan. Bukan sahaja kanak- kanak. Tapi orang dewasa juga.

Ketika saya menulis entri ini, Ia adalah hari ketiga anak masih demam. Tapi saya meneruskan pemberian antibiotik dan memberi air suam dengan kerap. Demam yang dialaminya pun low grade sahaja. Kurang daripada 38'celsius. Dan dia juga masih aktif seperti biasa.

Jika anak dan bayi lebih kerap sakit, pastikan anda memberi anak supplemen seperti vitamin C ataupun scott emulsion. Ia baik untuk menguatkan daya tahan tubuh ataupun imuniti terhadap penyakit.

Nasihat ikhlas saya kepada ibubapa diluar sana :-)

Jadilah ibubapa yang bijak dalam menangani demam anak anda. Pengetahuan amat penting. Semoga bermanfaat ~~





No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.