Pembedahan ini dianggap sesuatu yang amat istimewa hinggakan ia menjadi hadiah hari lahir ibubapa kepada anak remaja mereka. Ada antara mereka yang menjalani pembedahan plastik seawal usia 16 hingga 18 tahun..Bagi mereka, lebih awal pembedahan dilakukan, lebih menyerlah keaslian 'plastic surgery' ini.
Kebanyakan selebriti korea juga pernah melakukan pembedahan plastik ini. Oleh itu, sukar untuk kita ketahui mana selebriti korea yang mempunyai wajah tampan ataupun jelita yang asli dan semulajadi.
Trend pembedahan ini kemudiannya menjadi ikutan pelbagai individu dari negara luar. Ada individu yang sanggup ke korea semata-mata untuk menjadi cantik dan tampan.
Antara pembedahan plastik yang kerap dilakukan di korea dan mendapat sambutan hangat adalah :
1. Pembedahan Hidung
2. Membesarkan Dahi
3. Transplant Rambut
Prosedur ini agar popular juga tapi ia tidaklah keterlaluan seperti prosedur lain. Ia tidak mengubah wajah pelanggan terlalu drastik. Dengan menggunakan rambut orang lain, transplant rambut dilakukan.
4. Pembedahan Dagu
Pembedahan ini boleh dilakukan melalui kaedah implan bagi menentukan bentuk dagu individu. Implan yang digunakan samada melalui tulang pelvis , tulang rusuk ataupun implan palsu. Apapun, pembedahan ini mempunyai risiko yang tinggi seperti jangkitan. Prosedur ini biasanya dilakukan seiring dengan pembedahan rhinoplasty untuk mendapatkan wajah yang sempurna.
5. Pembedahan Kelopak Mata
6. Bentuk Wajah V-Line
7. Pembedahan Epicanthoplasty
8. Teeth Capping
Untuk mendapatkan gigi yang cantik dan sempurna, lapisan nipis porselin diletakkan pada gigi yang telah kekuningan dan pudar. Prosedur ini dilakukan hampir sama dengan pemakaian kuku palsu
9. Bibir
Pembedahan untuk bibir pernah menjadi trend hangat dikalangan artis barat. Banyak individu terutama wanita sanggup melakukan pembedahan ini untuk mendapatkan bentuk bibir yang seksi dan mungil.
~ THanKs For Reading !
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.