Saturday 23 May 2015

Simptom Dan Rawatan penyakit Batuk Tibi (Tuberkulosis)

Batuk tibi merupakan antara penyakit yang popular berlaku dinegara kita kerana sangat kerap berlaku. Selain paru-paru kuman ini juga boleh menyerang pada otak, tulang, usus, abdomen dan pelbagai lagi organ kita.

Namun saya hanya akan terangkan lebih lanjut berkenaan batuk Tibi kerana ia lebih common berlaku. Kuman ini lebih dikenali sebagai mycobacterium tuberculosis.



Jangkitan paru-paru ini dikenali sebagai pulmonary tuberculosis. Namun jika ia tidak dirawat, ia berisiko menyerang bahagian organ lain ditubuh ataupun otak melalui sistem pengangkutan darah. Hal ini dikenali sebagai extrapulmonary tuberculosis.

Batuk tuberkulosis merbahaya kerana ia menyerang melalui udara. iaitu airborne. Oleh itu pesakit yang menghidap batuk tibi mestilah diasingkan.

Saya share dengan anda disini beberapa simptom dan tanda. Ia berdasarkan pengalaman sepanjang pekerjaan saya menjaga pesakit yang di diagnosiskan dengan Tibi  ^_^

Kebanyakan pesakit yang disyaki tibi mengalami berat badan yang turun dengan mendadak. Walaupun turun berat itu memang suatu hal yang menggembirakan ^_^ , malangnya ia bukan petanda yang baik ya.

Mereka juga sering batuk-batuk hingga mencapai waktu yang lama hingga berbulan-bulan. Paling teruk hingga boleh menyebabkan pendarahan.

Pesakit biasanya akan mengalami rasa panas malam hari dan mengadu sering berpeluh pada waktu malam. 

Apabila anda disyaki menghidap tuberkulosis, biasanya xray akan dilakukan. Ini bertujuan melihat keadaan paru-paru melaui xray pesakit. Gambarajah dibawah menunjukkan gambar xray normal dan xray pesakit yang menghidap Tibi.



Xray pesakit Tibi akan nampak lebih putih berbanding xray orang normal. Jika xray anda putihnya terlalu nyata dan teruk, anda mungkin akan ditahan untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Antara punca lain xray paru-paru berwarna putih mungkin disebabkan pencemaran udara, pneumonia, habuk dan kanser.

Selain itu, anda mungkin akan dilakukan ujian jarum pada kulit, juga dikenali sebagai mantoux test. Untuk melihat hasil ujian, kena tunggu selama 3 hari. Setelah ujian ini dilakukan, pastikan kawasan ini tidak terkena sabun, losyen dan sebagainya untuk mengelakkan hasil ujian terganggu.

Jika kawasan yang ditandai dengan marker pen ini menunjukkan tanda kemerahan dan bengkak, tuberculosis mungkin positif. Bagaimanapun, sebarang inflamasi dalam tubuh boleh mempengaruhi keputusan ujian ini. Oleh itu, ketepatan ujian ini masih diragui.

Cara yang paling tepat ? Melalui ujian sampel kahak. Anda akan diminta memberi sampel kahak selama 3 hari berturut-turut.  Jika ketiga-tiga sampel ini menunjukkan  tanda negatif, ia mungkin hanya disebabkan jangkitan kuman biasa. Anda akan dipreskripsikan antibiotik.

Jika keputusannya positif, anda akan ditahan dan diasingkan untuk menerima rawatan fasa pertama. Treatment untuk tuberkulosis biasanya adalah 6 bulan. Paling lama setahun. Jangan risau ya, walaupun anda harus makan ubat selama 6 bulan, tidak semestinya anda harus diasingkan dalam tempoh yang cukup lama. Selepas 1 bulan, anda berada dalam maintenance phase. 

Tapi sebelum dibenarkan untuk meneruskan rawatan dirumah, anda akan diambil ujian kahak sekali lagi bagi mengelakkan jangkitan tersebar kepada orang lain. Walaupun ujian ini negatif, jangan berhenti makan ubat sewenang-wenangnya. Rawatan yang tidak lengkap berisiko menyerang anda semula. Pastikan anda menghadiri temujanji bersama doktor untuk mengetahui perkembangan paru-paru anda.

Risiko tidak makan ubat ikut jadual ? Boleh mnyebabkan kuman ini kebal terhadap ubat Tibi.  Justeru, ubat ini tidak boleh digunakan lagi. Doktor kena cari jenis ubat Tibi yang lebih sesuai untuk anda.

Penyakit ini bukan batas pergaulan anda. Anda boleh bergaul dengan sesiapa dan tinggal bersama keluarga. Dalam tempoh ini, sokongan keluarga amatlah penting. Tapi sebaik-baiknya gunakan sudu makan, pinggan dan gelas untuk kegunaan anda seorang sahaja. Ia sebagai langkah berjaga-jaga sahaja. Anda tidak akan menjangkitkan Tibi kepada sesiapa selagi anda tidak skip makan ubat.

Jika anda sudah memahami serba sedikit mengenai Tibi, ujian dan rawatan, sila drop komen ya, untuk sebarang pertanyaan juga boleh drop komen.

Terima kasih kerana membaca !


26 comments :

  1. Salam.
    Anak saya skrg sedang berada di hospital di Indonesia kerana demam panas dan batuk.kahaknya berdarah.menurut abangnya yang menjaganya disana,malam badan adiknya panas.
    sekarang saya sedang menunggu hasil ujian darah nya.
    perlukah saya menunggu hasil ujian seterusnya baru saya membawa dia pulang atau tunggu sehingga ujian2 dibuat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Helo Encik/Puan.. Utk membuat kptsan sperti ini, saya kurang arif. Ada baiknya jika encik/ puan brbincang dengan doktor yang merawat anak encik/ puan. Tapi pada pendapat saya, jika anak encik/ puan stabil, tidak salah untuk membawa dia pulang ke negara m'sia bagi mendapatkan rawatan lebih lanjut. Rawatan tidak seharusnya dilengahkan bagi mengelak sebrg komplikasi.

      Delete
  2. Mohon pencerahan..sy sekrg dah 3 ari di wad.
    .msuk sebb demm pns 39.7..btuk n selsema selama 2mgu...skrg ni da ari 3..demm dah trun suhu 36.3..selsema je tpi x kerap..dr semlm da x batuk..doc saspek tibi..tetapi x ray x nmpk pun putih2 tibi..doc seboleh2 suh sy kuarkn kahak..mslh nya sy x btuk da..mgkin da 3 ari on antibiotik..pg2 ni dye bg gas cair kn khak..pun x kuar jugk...bert sy cume trun 2kg je..sebb sy mmg jnis kurus 40kg je...bolh x klau sy nk blik..sebb sy fully breastfeeding bby 5 buln..biase doc akn bnrnkn x..klau xray dah x nmpk..kne nk suspect2 lgi..ingt tibi ni men2 ke...kesal sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Helo Mata satu. Berdasarkan gejala yang Puan alami, kemungkinan besar ia hanya infeksi bakteria biasa dan bukannya batuk tibi. Ini kerana batuk anda respon terhadap antibiotik. Batuk tibi memerlukan ubat khas dan tidak bertindakbalas terhadap antibiotik biasa. Tibi juga biasanya menunjukkan perubahan (warna putih) pada chest xray. Namun xray bukanlah investigation paling tepat. Saya juga seorang ibu yang menyusukan anak. Namun, menyusukan bayi ketika anda sedang sakit bukanlah pilihan yang bijak. Apatah lagi ketika ini anda sedang makan ubat-ubatan. Sesetengah antibiotik merbahaya kepada bayi yang menyusu badan. Penting untuk para ibu bertanya kepada doktor jika antibiotik yang diambil selamat untuk breastfeeding. Bagaimana pula dengan keputusan mantoux test Puan ? Untuk keluar dari hospital, boleh sebenarnya. Namun risiko ditanggung anda sendiri. Kahak adalah ujian yang paling tepat untuk mengetahui samada anda benar-benar menghidap batuk tibi. Kes tibi di malaysia sangat berleluasa. Niat pihak hospital baik sebenarnya. Penting untuk mereka memastikan batuk yang anda alami bukan tibi untuk mengurangkan risiko menjangkitkan keluarga dan orang lain.

      Delete
  3. Maaf nk tnya..sy ada buat x-ray mggu lepas dan didapati ada sedikit bintik2 putih bahagian atas paru2..dan sy dibawa berjumpa dgn pakar dada..dr pakar dada mengesahkn sy ada tb,tp tak confirm..sy tnya dr pakar dada mcm mana ada tb tp tak confirm tu..dr pakar dada ckp sy ada tb usus sbb masa buat scop(masuk kamera)ada sedikit jangkitan kuman pd usus tp dr bahagian yg buat skop ckp jangkitan biasa..sy jd confiuse.untuk pengetahuan sy dh hntar sample kahak 3 hari berturut2 dan resultnya negatif.skrg ni sy kena makan ubat tibi tanpa diconfirmkan yang sy ni betul2 ada tb atau tidak.sy jd tak menentu dh skrng ni disebabkn side effect ubat tb.kadang2 termenung betul ke aku ada tb ni.sedangkn berat badan sy ok je tak ada penurunan.sy juga langsung tak mengalami batuk2.cuma sekali sekala ada sedikit sesak nafas di sebabkan angin gastrik.sbb sy memang ada gastrik.betul ke sy ni ada tb.

    ReplyDelete
  4. Maaf nk tnya..sy ada buat x-ray mggu lepas dan didapati ada sedikit bintik2 putih bahagian atas paru2..dan sy dibawa berjumpa dgn pakar dada..dr pakar dada mengesahkn sy ada tb,tp tak confirm..sy tnya dr pakar dada mcm mana ada tb tp tak confirm tu..dr pakar dada ckp sy ada tb usus sbb masa buat scop(masuk kamera)ada sedikit jangkitan kuman pd usus tp dr bahagian yg buat skop ckp jangkitan biasa..sy jd confiuse.untuk pengetahuan sy dh hntar sample kahak 3 hari berturut2 dan resultnya negatif.skrg ni sy kena makan ubat tibi tanpa diconfirmkan yang sy ni betul2 ada tb atau tidak.sy jd tak menentu dh skrng ni disebabkn side effect ubat tb.kadang2 termenung betul ke aku ada tb ni.sedangkn berat badan sy ok je tak ada penurunan.sy juga langsung tak mengalami batuk2.cuma sekali sekala ada sedikit sesak nafas di sebabkan angin gastrik.sbb sy memang ada gastrik.betul ke sy ni ada tb.

    ReplyDelete
  5. Hmmm. Saya akan terangkan sedikit mengenai tibi usus. Namun, untuk mengesahkan anda mempunyai tibi atau tidak, terletak pada penyiasatan makmal yang dilakukan ya. Tidak pada saya :) Untuk pengetahuan En/pn, anda tidak mempunyai tibi paru-paru. Tapi yang sebenarnya, tibi boleh menjangkiti bahagian tubuh lain. Keadaan ini dikenali sebagai extrapulmonary tb. Yang anda alami adalah tibi usus. Sampel kemungkinan telah diambil semasa scoop dilakukan. Dari sini, kuman disahkan mengandungi tibi. Rawatan biasanya dimulakan sebaik sahaja penyiasatan yang dilakukan positif tibi. Bukannya berdasarkan simptom sahaja. Antara simptom tibi usus adalah kerap sakit perut, kadangkala cirit birit atau perubahan cara buang air besar, berpeluh malam, kembung perut, rasa pedih seperti gastrik dan penurunan berat badan. Namun sesetengah pesakit mempunyai simptom yang sedikit berbeza. Sampel najis juga sepatutnya diambil jika mengandungi tibi usus. Pada pendapat saya, tidak salah anda bertanya lebih lanjut pada doktor mengenai investigation yang telah dilakukan.

    ReplyDelete
  6. HAiii.. Sy cme ingin bertanya kan sesuatu.. Setiap kali sy demam, selsema batuk, and mesti ada satu hari sy batuk keluar darah.. Lately ni banyak jugak darah keluar and darah tu pekat .. Tak macam sebelom nya.. Setiap kali sy jmpe doc and doc assume luka dalaman akibat batuk .. And satu lagi, dlm keadaan batuk itu, setiap kali selepas mkn sy mesti muntah. Sampai tahap sy berpuasa sbb penat nk kluarkan isi makanan smle wlaupon bukan my intention nk muntah. Benarkah itu cume luka dalaman..?? And for your information, one of my family got tibi..

    ReplyDelete
  7. Hai Elvina Jane, Ayah sy telah disahkan mengidap TB, adakah normal kesan daripada ubat TB tu menyebabkan sakit2 badan yang kuat pada belah petang dan awal pagi. now dah cukukp 2 bulan mkn ubat TB...mohon pencerahan terima kasih

    ReplyDelete
  8. Salam..sy hafiz kerja Sebagai engineer dan kadang2 kene travel..3bln lps sy ke Australia..dan disana mcm biasa sy kene buat medical checkup..semue ok to xray abnormal..suspect tb..5ari Kene tahan kt hospital sana..kene check kahak,darah,n Montauk..semue negatif..dan sy blh keluar,final result smoker bronchitis..sebln pls sy kene pg Singapore sbb ade ade job kt sane..mcm biase kene checkup..n result semue ok tp x ray abnormal..sespek tb paru 2..tp sini lain..sy xkene tahan..tp terus kene start makan ubat tb..ari2 kene pg hospital makan ubat n ambik sampel kahak,darah n keputusan Montauk..semue sempel tu negetif..tp Dr ckp sy xblh stop misti makan ubat utk tempoh 6bln..sy jd serba salah sbb semue simtem 2 tb mmg sy xde..batuk xde nk deman pun sy susah..cume dlu sy ni mmg heavy smoker..soalan sy blh ke penyakit tb confirm dgn x ray je..sbb Dr kt brunei ckp sy bronchitis bkn tb..tlg reply

    ReplyDelete
  9. Salam..sy hariz bekerja sbgai engineer dan kadang2 kene travel..3bln lps sy ke Australia..dan disana sy Kene buat medical checkup..semue ok to xray abnormal..suspect tb paru2..5ari Kene tahan kt hospital sana..kene check kahak,darah,n Montauk..semue negatif..dan sy blh keluar final result smoker bronchitis..sebln pls sy kene pg Singapore sbb ade ade job kt sane..mcm biase kene checkup..n result semue ok tp x ray abnormal..sespek tb paru2..tp sini lain..sy xkene tahan..tp terus kene start makan ubat tb..ari2 kene pg hospital makan ubat n ambik sampel kahak,darah n keputusan Montauk..semue sempel tu negetif..tp Dr ckp sy xblh misti makan ubat utk tempoh 6bln..sy jd serba salah sbb semue simtem 2 tb mmg sy xde..nk deman pun sy susah..cume dlu sy ni mmg heavy smoker..soalan sy blh ke penyakit tb confirm dgn x ray je..sbb Dr kt brunei ckp sy bronchitis bkn tb..tlg reply

    ReplyDelete
  10. Hi, Elvina jane nak tnya, bapa saya hari ni start kena rawat tibi. Mlalui kputusan xtray doktr ckp ada tibi tp mengikut keputusan sputum negatif tibi pula. Susah ka nak kesan tibi tu mlalui sputum? Knp sampai banyak kali hntr sample sputum tdk dpt d kesan ya? 2 minggu yg lalu pun dktr suruh hntr sputum utk cek tibi.. baru hari ni lg kali ketiga bturut2 hntr sample utk d uji lg. Confuse btl la.

    ReplyDelete
  11. kawan saya sampai kena operate paru-paru sebab tibi..bahaya betul.

    ReplyDelete
  12. Saye dah batuk hampor sebulan lebih..perlukah saya berjumpa doktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pencegahan lebih baik sebelum diubati. Pergi Klinik kerajaan kerana mempunyai peralatan yang mengcukupi dan murah.

      Delete
  13. Saya baru di sah kan tibi paru2..setelah dua kali jalani test hampir 10bulan berat turun hampir 13kg..disini sy nak tahu batuk dan tibi bacteria berlain ke.. Kalau makan ubat tibi batuk akan hilang ke.. Atau utk batuk ada ubat lain... Sy sudah makan ubat batuk pelbagai jenis x baik juga.. Ia nya mengangu nafas sy pada belah malam.. Batuk yg kuat...apakah cara utk hilangkan batuk..

    ReplyDelete
  14. Ayah sya telah mngalami batuk yg berpnjangn,tp kahak ayah sya tidak berdarah,mcm kahak biasa...wlaubgaimana pun,td ada org poli klinik kol sbb hritu ayah sya ada check dia punya kahak kat poliklinik,mereka ckapa,khak sya ada kotor dan ada kuman tibi...jdi mcm mna ye?truk ke?

    ReplyDelete
  15. Hi allz. I just want to share pengalaman sy sbgai psakit tibi. Sblom ni sy xpernah tau apa itu tibi, tapi sejak 1 bulan lepas saya menghidap batuk2 yang berpanjangan. Semua ubat batuk dan antibiotik yang sy makan tidak membuat batuk sy berkurang. Saya tidak mempunyai batuk berdarah atau hilang selera mkn. Saya cuma mengalami batuk dan demam on off selama 3minggu lebih. Doktor melakukan ujian xray dan mendapati ada perubahan pada xray sy. Kahak sy diambil sbyk 3x. Dua sample pertama yg sy bg negatif tp sample terakhir positif. Ujian mantoux test sy juga positif. Saya disahkan doktor mengalami tibi paru2. Sekarang saya menjalani rawatan tibi dengan makan ubat antibi hari2 di depan nurse klinik. Saya diasingkan dari keluarga. Mereka kdg2 seperti tidak mahu bercakap dengan sy wlaupun sy memakai mask. Tapi sy tau sy harus paham, ini adalah antara apa yang setiap pesakit tibi akan hadapi dan harus tabah menerima. Penyakit ini adalah penyakit berjangkit dan berbahaya, jadi jangalah sebarkan ia pada orang lain. Pada sesiapa yg mempunyai simptom batuk2 dan demam lebih dari 2mggu bersegeralah berjumpa doktor dan jalani saringan tibi. Lebih cepat penyakit itu dikesan lebih mudah ia ditangani dan di ubati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai. Sya juga mengalami simptom yang sama dgn anda. Cuma saya mengalami batuk dan suhu demam yg tak menentu selama 4 hari termasuk hari ini. Pada awalnya, saya ingat ini cuma batuk biasa tetapi selepas melihat adik saya yg menglami batuk dan demam pulih dlm masa 2 hari membuatkan saya ragu2 dgn batuk yg dialami. Saya mula mkn ubat batuk dan demam drpd pharmasi sejak hari pertama lagi namun ia tak berkesan malah batuk saya bertambah teruk iaitu sy kerap batuk sehingga perlu pkai mask namun sy tidak mempunyai batuk berdarah. Sya juga perasan baru2 ini selepas mengukur berat badan ia telah menurun sedikit. Selain itu, saya mempunyai kesukaran untuk tidur seperti tidur tak lena sehingga terbangun awal pagi seperti pkl 4pg..klau sya tidur semula perkara yg sama juga berulang. Malah pd hari ke-2 & 3 sya mula berpeluh masa tidur walaupun saya sudah biasa tidur dalam bilik yang berkipas shj. Adakah ini dikira batuk tibi kerana ia baru berlaku dalam 4 hari? Perlukah saya melakukan pemeriksaan di klinik berdekatan?

      Delete
  16. Saya ingin bertanya...
    Adakah normal bagi seorang penyakit TB sering Muntah???
    Semasa dalam rawatan di dalam hospital.,ibu Saya jarang Muntah (sehari 1/0 kali) , tetapi selepas keluar dr hospital ibu Saya Akan Muntah 2/3 kali sehari.. .

    ReplyDelete
  17. Ibu Saya di sahkan menghidap TB pada Hari rabu di hospital selayang dan d benarkan pulang pada Hari yang sama selepas diberikan ubat..
    Selepas pulang ke rumah...
    Ibu Saya kerap Muntah hingga 3-7kali sehari..
    Ape perlu Saya lakukan...? ??

    ReplyDelete
  18. saya ingin bertanya, mengenai lutut saya.. saya ade buat rawatan untuk lutut saya sebab bengkak.. jadi bila di cek, doktor buat xray dan mri untuk lutut saya ni, xray paru2 pun dia buat juga.. bile di lihat xray dan mri pda lutut saya tidak ada apa2 masalah.. cuma dia dapat kesan xray paru2 saya mempunyai masalah pada sebelah kiri.. jadi doktor mengaitkan tibi pada paru2 saya dan juga lutut saya.. jadi apa yang doktor buat adalah amik sample darah saya, sample cecair pada lutut, keluarkan air pada paru2 untuk dijadikan sample serta tebuk belakang saya untuk diambil sample tisu.. dan sample2 ini akan dihantar untuk lihat samaada terdapat jangkitan kuman atau pun tibi.. jadi keputusan yang diterima semuanya negatif.. kahak jugak negatif cuma dia ade suntik ubat pda kulit untuk lihat ada tibi atau tidak.. apa yang dilihat pda than saya, bintat warna merahnya seperti besar.. tapi keputusan semua negatif.. jadi saya tidak tahu kenapa atau apa punca lutut saya ni bengkak.. jadi saya mintak penjelasan kenapa lutut saya begini.. susah untuk susut bengkaknya..

    ReplyDelete
  19. Cuma saya mengalami batuk dan suhu demam yg tak menentu selama 4 hari termasuk hari ini. Pada awalnya, saya ingat ini cuma batuk biasa tetapi selepas melihat adik saya yg menglami batuk dan demam pulih dlm masa 2 hari membuatkan saya ragu2 dgn batuk yg dialami. Saya mula mkn ubat batuk dan demam drpd pharmasi sejak hari pertama lagi namun ia tak berkesan malah batuk saya bertambah teruk iaitu sy kerap batuk sehingga perlu pkai mask namun sy tidak mempunyai batuk berdarah. Sya juga perasan baru2 ini selepas mengukur berat badan ia telah menurun sedikit.
    Selain itu, saya mempunyai kesukaran untuk tidur seperti tidur tak lena sehingga terbangun awal pagi seperti pkl 4pg..klau sya tidur semula perkara yg sama juga berulang. Malah pd hari ke-2 & 3 sya mula berpeluh masa tidur walaupun saya sudah biasa tidur dalam bilik yang berkipas shj. Kadang-kala bahagian bawah paru2 terasa sakit. Apabila saya batuk ia diikuti dgn sakit kepala.Semasa demam sy berada di suhu yg tinggi saya kerap mengalami sakit kepala. Adakah ini dikira batuk tibi kerana ia baru berlaku dalam 4 hari? Perlukah saya melakukan pemeriksaan di klinik berdekatan?

    ReplyDelete
  20. Hai sy nak tnya,, berapa lama lengan yg dicucuk jarum utk mantoux test tak boleh kenq sabun, air dan sebagainya and jika kita tidak pergi ke rawatanyg seterusnya utkdate of readng mantoux test, adakah ia akan memberi kesan apa² pd ujian tersebut?

    Thanks...

    ReplyDelete
  21. Hai sy nak tnya,, berapa lama lengan yg dicucuk jarum utk mantoux test tak boleh kenq sabun, air dan sebagainya and jika kita tidak pergi ke rawatanyg seterusnya utkdate of readng mantoux test, adakah ia akan memberi kesan apa² pd ujian tersebut?

    Thanks...

    ReplyDelete
  22. Dlm di lema.ukuran montox sy 15mm.kptsn x-ray,darah dan kahak x positif,alhmdllh.adakah sy suspek tb d sebabkn ujian montox?adakah sy pembawa virus tb?

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.