Thursday 6 September 2012

Ketahui 10 Tanda Anda Sedang Jatuh Cinta

Cinta kadangkala sukar untuk difahami. Ia merungkai banyak persoalan dan adakala tak masuk akal. Tiada logika. Jom baca dan ketahui 10 tanda anda sedang dilamun cinta dengan si dia ;                                                                                                                    
1. Anda terlupa untuk makan

Terlupa untuk makan bukan sahaja disebabkan pemikiran anda terganggu tetapi juga kerana anda lebih menginginkan si dia berbanding makan.

2. Anda mendapati diri anda tersenyum sendiri

Sedikit perasaan cinta di dalam tubuh anda boleh mengejutkan anda dengan banyak. Namun anda tak boleh mengelakkannya dan kerap tersenyum.

3. Anda tak boleh melihat matanya

Anda merasakan sangat sukar secara tiba-tiba, untuk berbicara dengannya. Anda merasa takut untuk melihat mata si dia kerana takut si dia akan mengetahui bahawa anda sememangnya cair dihadapannya.  

4. Anda memikirkan si dia ketika mengenakan pakaian

Oops! Jangan berpura-pura anda tidak pernah melakukannya. Anda mula memikirkan jika si dia lebih suka pakaian yang mana satu untuk anda pakai. Anda terbayang-bayang akan pendapatnya dan anda berusaha mengayakan stail rambut.

5. Jiwa terasa kosong dan rindu jika tidak melihat si dia

Anda telah terbiasa melihat si dia setiap hari, hari rasanya tak lengkap dan sia-sia jika tidak melihat si dia.

6. Cemburu dengan si dia

Anda mendapat tahu sia dia keluar menonton wayang semalam dan anda merasa cemburu dan marah terhadap perbuatannya. Anda memikirkan si dia pergi dengan siapa? mengapa si dia tidak memberitahu anda ataupun mengajak anda pergi.

7. Anda menggambarkan wajah anak-anak anda.

Oops!

8. Teman-teman menegur sikap anda yang bertambah ceria.

Hari-hari terasa bahagia dengan hati anda yang sentiasa berbunga dan anda kerap tersenyum. Sememangnya sukar untukmenyembunyikan perasaan itu.

9. Anda cuba menarik perhatian si dia

Segala-galanya nampak teratur kerana anda takut si dia memerhatikan anda. Anda juga bersiap sedia jika si dia datang mendekati.

10. Sukar menumpukan perhatian

Segala kerja menjadi sukar kerana sering terbayang-bayang si dia. Anda sering mengelamun dan mimpi di siang hari. Hal ini membuktikan anda sememangnya telah jatuh cinta!


No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.