Sudah jarang pula saya menulis entri diblog. Kebanyakan masa terluang saya habiskan dengan pekerjaan rumah dan hobi baru saya, iaitu menjahit anak patung. Bukannya banyak pun. Setakat ni, hanya satu sahaja tapi saya lakukannya secara perlahan-lahan. No rush !
Sebelum ini saya ada menjahit anak patung berasaskan kain felt, entrinya boleh lihat lebih lanjut disini.
1. Tutorial anak patung felt step by step
2. Buat anak patung felt yang simple
Namun begitu, hasilnya agak kurang memuaskan hati bagi saya. Ia mudah rosak dan carik. Apatah lagi dengan perangai anak saya yang amat lasak. Ia bagaikan patung disposable..Ho ho... main sekali dua sahaja sudah rosak..
Berbekalkan minat dan bakat yang tak seberapa, saya pun mulakan hasrat menjahit anak patung berasaskan kain. Saya jahit anak patung ini menggunakan tangan 100%. Ia bukannya mudah ya ^_^.
Pengalaman ini buat saya lebih respect pada individu / dollmaker yang menghasilkan anak patung kain sendiri. Samada anak patung melalui jahitan ataupun ukiran. Pada mulanya saya berhasrat menghasilkan anak patung BJD. Bagi anda yang tak tahu apa itu BJD, boleh baca lebih lanjut Disini.. Namun payahlah pula hendak mendapatkan material untuk menghasilkan BJD.. Mahal pula tu. Ho ho..
Minat dan hobi setiap orang berbeza. Tak semua orang memahami hobi kita. Menghasilkan anak patung ni nampak macam wasting time sahaja. Ho ho.. Oleh itu, kena explain baik-baik dengan soulmate tentang hobi kita. Nasib baiklah husband memahami minat saya ni.
Cari kain pun dengan bantuan suami juga. Terus pergi di Gedung kain Jakel. Alang-alang.. Bolehlah lihat pelbagai jenis kain disana.
Entri ini hanya sharing my hobi sahaja. Ia bukannya tutorial ya ^_^.. Namun begitu, bagi anda yang berminat menjahit anak patung sendiri, ia boleh menjadi inspirasi bagi minat dan hobi anda.
Ia salah satu impian zaman kanak-kanak saya juga. Mempunyai koleksi anak patung sendiri. Tapi tak pernah terfikir pula nak jahit sendiri. Hi hi..
Saya tak sempat ambil pic dari mula proses pembuatan anak patung ni. Mulanya tak terfikir pun.
Ni adalah kali pertama saya jahit anak patung kain ini. Ia tidak perfect 100%. Namun ia agak mengujakan saya kerana patung ini berjaya juga dijahit hingga lengkap.
Taraaa !! Patung tanpa kepala .. Ho ho.. Dah siap 50%..
Part paling menyeronokkan. Melukis dan menyulam wajah anak patung. Nasib baiklah ada gelang besar untuk sulaman ni. Kerja jadi lebih mudah. Gelang ni beli di kedai kraftangan. Medium saiz sahaja.
Lihat prosesnya dibawah ^_^
Akhirnya dah siap..Bahagian kepala dijahit.
Siap bahagian kepala anak patung..Ho ho..
Untuk menyiapkan rambut anak patung, saya habiskan masa lebih kurang 2-3 jam secara on and off.. Ikatan ini saya buat dua.. Hasil yang pertama ..
Saya jahitkan rambut pada bahagian belakang kepala patung. Kemudian pada bahagian atas kepala anak patung.
Rambut anak patung dari belakang.
Untuk anak patung ini, saya jahitkan butang pada bahagian tepi atas lengan. Tujuannya agar lengan anak patung boleh digerakkan ke atas dan kebawah.
Anak patung kain ini dah siap 99%. Yang kurang setakat ni hanyalah pakaian anak patung sahaja. Proses jahit baju anak patung saya akan kongsikan pada bahagian II..
Namun bahagian II belum siap lagi ya. Saya akan update pada entri ini juga apabila ia telah siap sepenuhnya. Bagi reader yang berminat mengikuti perkembangannya, just bookmark this entri untuk lihat next pos blog ^_^
Thank You for reading. Semoga bermanfaat.
Update 1 oktober 2015 : Baca Jahit Anak Patung Kain ( Bahagian II )
No comments :
Post a Comment
Pesanan Editor ^_^
Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.