Thursday 27 August 2015

Resepi Ayam Masak Lada Hitam

Tutorial kali ni adalah resepi ayam masak lada hitam yang agak simple,mudah dan sedap. Saya belajar resepi ini pun berdasarkan pengalaman masak and jenguk-jenguk dari blog lain.Ni pun baru masak beberapa kali. Confident pula nak bagi resepi ho..ho..

Buat penggemar masakan berlada, resepi ini amat sesuai. Bahan yang saya gunakan untuk resepi ini mostly mudah untuk kita cari di dapur ~

Senarai bahan

~ Daging ayam 500-600gm
 ~Sos lada hitam ( Brand ikut suka hati )..
 ~Sos tiram ( Sebaik-baiknya brand maggie ~ saya gunakan sos tiram sayur-sayuran since itulah saja jenis sos tiram yang ada di dapur)
 ~Bawang merah 5-6 biji ( Tumbuk )
. ~Bawang putih 2 biji (Tumbuk)
~ Lada belanda Setengah biji ( Hiris nipis)


Cara memasak :


















1. Perap ayam dengan tepung kanji.
2. Goreng dan asingkan dahulu.
 
3. Kemudian, tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
4. Masukkan lada belanda dan kacau. Jangan terlalu lama. Nanti lada belanda jadi lembik.

5. Letak 4-5 sudu besar sos tiram. Boleh adjust jumlah sos. Sos tiram ni boleh kurangkan pedas masakan. Jika anda inginkan resepi ini pedas, letak 2-3 sudu sos tiram sahaja.
6. Kemudian tuang sos lada hitam secukupnya. Biasanya saya tuang 1/2 cup sos lada hitam. Apapun anda boleh adjust ikut kesesuaian resepi.

7. Masukkan daging ayam dan gaul.
8. Tambah 200ml air. Gaul dengan api sederhana sehingga kuah pekat.

9. Biasanya perasa seperti sos tiram dan sos lada hitam dah cukup memadai. Terutamanya sos tiram brand maggie mengandungi perisa Msg / ajinomoto sedia ada. So, anda tak perlulah letak ajinomoto ke dalam masakan. Hanya perlu tambah garam dan gula secukupnya sahaja jika ingin menambah perisa. 
10. Kemudian, hidangkan.




~ Semoga membantu ^-^

No comments :

Post a Comment

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.