Monday, 11 January 2016

Diantara Tiga Jenis Alza : Kenapa Alza (SE) Jadi Pilihan Terbaik Saya

Sebelum ini saya pernah menceritakan kekecewaan terhadap kereta proton suprima S dalam pelbagai aspek. Ini membuatkan saya dan suami membuat penilaian lebih mendalam apabila hendak beli kereta. Memandangkan hujung tahun lalu memberi kami peluang yang cukup baik untuk trade-in kereta, kami memilih kereta MPV alza. Family ride. Memandangkan anak pun dah semakin besar dan kami pun bercadang ingin menambah kaum kerabat, bolehlah pilih kereta yang luas sedikit.

Overview Alza & Suprima S

Meskipun kedua kereta ini tak sesuai untuk dibandingkan, tapi suprima adalah kereta yang saya gunakan sebelum ini. Jika dibandingkan penggunaan minyak dengan proton suprima S, alza sememangnya boleh tahan jimat. Sesuai dengan perjalanan jauh saya dan suami ke tempat kerja.

Bila dah biasa bawa kereta suprima, yang mempunyai enjin turbo, rasa alza lebih perlahan sedikit. Bila pakai supreme, confident bila nak memotong kereta depan..He he.. tu komen dari my husband lah selaku driver tetap. Keselesaan tempat duduk, I tabik dengan alza sebab lebih selesa. Permukaan lebih rata. Berbanding suprima S, tempat duduk agak melengkung ke dalam. Apapun, keselesaan kerusi terpulang pada individu masing-masing.

Jenis-Jenis Alza 

Ketika artikel ini ditulis, Alza dikategorikan kepada tiga :  Iaitu alza S, alza SE dan alza advance. Niat awal saya dan suami nak pakai kereta family yang paling basic dan murah. Orang kata rugi beli kereta hujung tahun sebab 'rugi tahun'... Bab ni I pun kurang faham. he he..Tapi, menurut my husband, walaupun kereta digunakan dalam masa yang singkat, penghujung tahun 2015. Jualan kereta akan ditentukan mengikut tahun 2015 juga. Bermaksud, apabila anda menjual atau trade-in kereta, nilai kereta akan jatuh pada kadar yang sama....

Bila dah beli kereta hujung tahun, dah tentulah ada harga promosi. Itupun untuk alza Se dan advance dapatlah tawaran rebat beberapa ribu. Alza S pula tak ada rebat. Kecewa juga. Saya pilih warna solid putih. Sebab lebih murah berbanding metallic. Untuk harga pasaran sabah ketika saya membeli alza tanpa deposit (solid) , monthly :)

Alza S :  Rm 607 (Tanpa rebat)
Alza Se : Rm696 ( Rebat )
Alza advance : Rm720 ( Rebat )

My husband kata alang-alang mereka dah bagi rebat, bolehlah upgrade sikit. Jadi my husband pun jadi excited pula nak ambil alza advance sebab aksesori bahagian interior memang lengkap. Meskipun pembelian kereta alza ni atas nama penulis , Saya tak tahu buat keputusan. Hanya mengikut kata putus suami mana yang terbaik. So, I pun dah mind set untuk ambil Alza advance. Rasa seronok sebab ada Lcd depan dan belakang khas untuk penumpang. He he.. Best juga kalau nak berjalan ke mana-mana.

Lepas tu, car dealer kata alza advance dah out of stock pula. Jika nak kena tunggu satu bulan lebih lagi. Boring pulaaa... Saya pun malas juga berurusan soal kereta lama-lama. Maka..Alza se pun jadi pilihan kami suami isteri.

Setakat ni, kami dah pun servis alza untuk 1000km. Bayar dalam Rm200 lebih juga. Terkejut juga. Sebab kawan-kawan perodua bagitahu, mereka bayar beberapa puluh ringgit sahaja. Sedikit kerugian bila membeli kereta tahun 2015, walaupun warranty 5 tahun. Servis kereta+ menukar minyak hitam kena bayar. Yang percuma caj pekerja sahaja. Tu pun hanya 3 kali. Berbanding pengguna yang melakukan pembelian lebih awal contohnya pada tahun 2014, servis kereta + tukar minyak hitam percuma. Hanya perlu bayar upah pekerja saja. Warranty adalah 3 tahun.

Central lock dan visor, me and husband pasang lebih kurang Rm200 lebih juga.Pasang di kedai kereta sahaja. He he..
Bila dah beberapa minggu menggunakan alza Se, saya dan suami memang puas hati. Tak dengar pun bunyi-bunyi mengeluh. :)  Kalau nak bandingkan antara tiga jenis alza ni :

Exterior : Feature Alza Se sama dengan advance. Lebih sporty...Alza S sedikit berbeza.

Interior : Bahagian dalaman alza adalah perbezaan yang paling ketara antara 3 jenis alza. Untuk alza S, selain rim berwarna silver/putih, bahagian interior S juga kebanyakannya berwarna putih. Tapi, fungsi serta aksesori bahagian dalam alza S sama sahaja dengan alza Se..

Bahagian interior Alza s.e kebanyakannya berwarna gelap termasuk rim kereta. Warna tempat duduk untuk alza s.e lebih cantik...merah + hitam. Love them !



Pandangan Alza dari sudut tepi : exterior


Walaupun saya tak dapat advance, puas hati dah dapat s.e... sebab bayaran bulanan lebih murah walaupun hanya beberapa puluh ringgit. Masa naik kereta suprima dulu, mata selalu silau kena sinar cahaya Lcd..

Alza advanced ni seat pun leather... ho ho... I dah serik juga pakai kereta leather seat..Sebab bila kereta parking tempat panas, kerusi jadi sangat panas. Anak saya pun tak mahu masuk. Meraung-raung marah kepanasan. Kena saya dukung juga. Kemudian bau getah memang naik...

Car dealer bagitahu banyak juga mengadu tentang leather seat panas. Kalau untuk keselesaan saya lebih suka seat non leather hehe... maklumlah cuaca sekarang ni memang panas. Tentang aksesori dalaman seperti Lcd bahagian belakang, my husband kata 'Tak apalah, kita bukannya travelling atau tengok setiap hari. Lcd suprima dulu pun jarang pakai.' Hmmm I fikir-fikir betul juga.

Bila dah sebut alza ADVANCE. masalah juga lebih ADVANCE. Ni cerita dari my husband lah masa pergi servis di perodua. Pelanggan ni datang complain reverse camera tak berfungsi, lcd bahagian belakang kadangkala tak pandai buka. Beliau baru menggunakan kereta selama beberapa bulan.

Masa jadi pengguna suprima pun sama juga. Disebabkan kereta terlalu canggih... masalah juga lebih canggih... hi hi...

Tapi masalah macam ni hanya dialami sebilangan individu sahaja. Consider tak lucky lah ya :(
Kalau tak mau masalah macam tu, kenalah I kurangkan risiko. Sebab tu alza s.e jadi pilihan yang terbaik bagi saya...^_^





9 comments :

  1. NICE POST, TQ

    ReplyDelete
  2. Thx so much for sharing..Sgt berguna utk org baru nak beli kereta mcm sy.insyaAllah

    ReplyDelete
  3. xsuka bawa alza...stereng agak keras kalau perjalanan jauh,smpi lenguh2 tgn ni..kalu naik bukit dari tamparuli smpi ke telupid...mmg xbest.kalu 3org duduk kt belakang...terasa berat btul.dan bumpy dia agk keras.

    ReplyDelete
  4. OK je stakat ni i pakai advance , hope selama2nya ok,minyak pun jimat,cuma bumper rendah sket, kene pandai bwk.

    ReplyDelete
  5. Saya baru angkat Alza s ...harap² okey lah

    ReplyDelete

Pesanan Editor ^_^

Sebarang komen yang berbaur spam, mengandungi link hidup / mati serta tujuan promosi dan pengiklanan tidak akan diterbitkan. Jika berminat untuk beriklan, mohon baca ruangan advertorial.